Wednesday, December 24, 2008

Nikmat dan Kesyukuran

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada, sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

Lirik lagu Antara 2 Cinta.. Karya Ustaz Pahrol Md Juoi, antara penulis lirik, buku agama dan motivasi terkenal tanah air. Lagu asal nyanyian The Zikr ini dinyanyikan semula oleh Saujana dalam album Kembara Cinta.. Saat rakaman dulu, aku faham akan maksud lirik ini, tapi waktu itu aku masih muda mentah, pemikiran juga terlalu cetek, maka perbandingan lirik2 'power' tersebut dengan hidup sendiri tidaklah begitu 'mengena'.

Alhamdulillah, syukur aku padaNya.. ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENGAMPUN, MAHA PEMBERI REZEKI DAN NIKMAT.. Kerana walau sebegitu banyak dosaku padanya, walau sebegitu leka aku akan ibadahku, walau kadang2 aku lupa padaNya, Allah masih mengurniakan nikmat padaku.. Aku rasa tahun ini, hampir saban hari aku sujud syukur pada Allah, atas kurniaan nikmat kesihatan, ilmu, makanan, ketenangan dan wang yang aku sendiri belum dapat benar2 meneliti kedahsyatan rezeki yang dikurniakan Allah ini..

Sujud Syukur bererti sujud kerana mengucapkan Syukur pada Allah serta berterima kasih kepadaNya kerana diberikan kemenangan, kejayaan dan menerima sesuatu perkara yang mengembirakan seperti selamat dari bencana dan mara bahaya, maka ekoran itu patutlah bagi Muslim itu sujud sekali sahaja sebagai menadakan kesyukurannya itu kepada Allah Taala.*

Hadis berkaitan sujud syukur yang bermaksud: Dari Abu Bakar r.a bahawa “Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.”
(Riwayat Ahmad )**

Aku tidak punya harta, tiada wang yang banyak, rumah tiada (sekadar menumpang rumah ibu dan menyewa bujang di S.A.) belum punya kenderaan sendiri (motor yang aku pakai sekarang pun motor adik) apalagi kereta mewah.. Aku juga belum punya isteri (nikmat ni..) dan anak2 (tengok anak buah pun dah 'happy', dapat dukung anak sendiri... Wowww!!) Aku pasti dan harus pupuk dalam minda.. bahawa berkeluarga itu 'best'! Sukar untuk membayangkan idea mereka yang merasakan keluarga itu bebanan.. Itu tangungjawab dan nikmat.. Itulah yang pasti.. Pada yang bekeluarga, cuba renung saat kita belum bernikah, kita beria2, dan tersangat gembira.. Kegembiraan itu nikmat. Kenapa kala ketika sudah lama bersama, kita rasa itu bebanan, ujian, apatah lagi yang menganggap anak, suami, atau isteri itu bala.. Keluarga adalah nikmat Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita...

“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan. Di dalamnya ada malaikat yang kasar lagi bengis yang tidak mengingkari terhadap apa yang diperintahkan kepadanya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (QS.At-Tahrim:6)

Mungkin benar.. Aku juga belum berkeluarga, jadi belum tahu pahit manisnya.. Namun itulah hakikatya..

Tahniah aku ucapkan pada teman2 kuliah yang tamat belajar.. Tahniah juga pada semua teman sekelas yang berjaya pass CERT IBM DB2 tempoh hari.. Tahniah pada teman2 yang dah dapat kerja.. Jangan lupa open table time dapat 1st gaji nanti.. Nikmat semua tu...

* http://ms.wikipedia.org/wiki/Sujud#Sujud_Syukur
** http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=557

Friday, December 12, 2008

Bahasa Jiwa Bangsa

"Hajimi maste, Azarino Tomoshimash.." Entah betul ke tidak.. itu saja yang ingat.. Nak guna "arigato" tiada masa yang sesuai..

10 hb aritu, mendapat undangan Naz untuk turut serta dalam program bersama anak-anak Jepun.. Pelajar-pelajar dari negara matahari terbit ini yang semuanya sekitar umur 16-18 tahun, datang melawat Malaysia sambil belajar. Dalam program ini, koordinator seperti aku, Naz, Shaf dan Murdi perlu bawa mereka ke tempat-tempat menarik sekitar KL. Antaranya Petronas Twin Tower, KL Tower, Bukit Bintang dan Petaling Street.

Dari kiri: Sato, Kawasaki, Nakamura, Hiro

Setiap koordinator diberi tanggungjawab untuk bawa 4 atau 5 orang pelajar. Hampir kesemua tempat yang diarahkan pergi, kami pergi.. Anak-anak Jepun ni, Nakamura, Sato, Kawasaki dan yang last sekali Hiro (tak pasti namanya) tak membeli belah. Cuma Sato yang membeli koleksi kad2 macam pokemon waktu jalan2 di Sg Wang Plaza. Umur 17 tahun pun beli kad2 macam tu? Pelik.. Tapi bila kufikir balik, kawan2ku yang yang dah berumur 27 tahun pun masih ramai yang mengumpul komik dan minat kad2 sebegitu.. Faiz (memang nama sebenar) antara teman serumahku dulu yang suka kumpul barang2 sebegini..

Seperti yang dijangka, anak-anak jepun ni susah nak berbahasa Inggeris. Maka, terpaksalah berbual guna pelbagai gaya yang pelik. 'Confirm' insan bisu pekak pun tak dapat nak faham.. Apa lagi, ketika betul2 terdesak, panggilan telefonku pada Kimi (temanku yang belajar di Jepun dulu) tak diangkat.. Nak cakap apa la kat mereka ni supaya faham. Nasib baik Kimi dapat jugak telefon balik. Kimi ajar, 'Kaimono' dan 'Sampo' yang mungkin bermaksud 'shopping' dan jalan2..

Terasa juga kepentingan Bahasa Inggeris.. Disamping turut rasa kagum pada bangsa Jepun yang sememangnya maju dalam ekonomi dan teknologi walau tetap gagah dengan bahasa ibunda mereka.. Praktikalkah Bahasa Inggeris diajar untuk anak-anak sekolah? Baguskah 'English' mahasiswa universiti tempatan terutamanya UiTM yang bahasa pengantarnya memang untuk kesemua subjek adalah Bahasa Inggeris?

Tuesday, December 9, 2008

Masalah dan Penyelesaian - sambungan



Setelah kita pecahkan masalah-masalah itu ke dalam sistem atau kumpulan tertentu maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa setiap sistem itu berhubung.. Satu penyelesaian yang sempurna akan membuat satu sistem lain yang berhubung juga selesai..

Berbalik pada masalah belajar tempoh hari, saya cuba merangkumkan permasalahan itu kepada 2 kumpulan penyelesaian atau sistem utama iaitu yang mungkin kalau difahami dan diselesaikan dengan betul akan menyelesaikan seluruh masalah yg berkait.

Fahami 'Figure' yang saya lukis..

Penyelesaian 1:

Sistem Hobi atau masalah yg berkaitan dengan minat sangat besar. Ia juga boleh menyelesaikan permasalahah hubungan dengan guru atau pensyarah.. Saya meletakkan permasalahan dengan guru ini sebagai punca dari kurang minat pada kuliah dan kelas. Dari logik akal manusia tiada guru yang benci atau tidak suka pada muridnya, kecuali muridnya terkenal kerana nakal, bising, tidak mahu belajar, malas melakukan kerja sekolah dan sebagainya.. Yang rata2 masalah itu berpunca dari kurangnya minat belajar terhadap subjek tertentu..

Penyelesaian 2:

Kita harus sedar bahawa semua pelajar, kalau sudah ditulis status nya sepenuh masa, maka 'priority' utamanya ialah , belajar, belajar, belajar.. Dari pengalaman saya sendiri, dapat saya rumuskan bahawa, kerja-kerja part time ketika kuliah atau masih sekolah amatlah tidak baik.. Namun bisa jadi sebaliknya, jika seseorang itu 'super' atau 'multi-talented' dalam pegurusan masanya. Menurut saya, kerja part time adalah tugas mulia, terutamanya bagi mereka yang ikhlas nak bantu keluarga atau tidak mahu bebankan keluarga yang susah..

Pada hemat saya, bagi pelajar universiti contohnya, masalah kewangan bukanla satu masalah yang besar, kerana wujud pelbagai bentuk pinjaman, saluran bantuan dan juga skim2 yang boleh menyelesaikana masalah kewangan mereka (kononnya x der duit nak beli buku la ni..) Apa yang utama ialah cara menguruskan duit.. Kalau duit ada tapi asyik duk belanja GF atau BF ja, atau dapat duit aja, terus keluar HP baru, Laptop baru (dengan alasan untuk pakai belajar, walhal banyak save movie aja and mudah nak YM, chat2)pun x guna juga..

Pengurusan sangat penting. Sistem boleh membantu kita dari sudut disiplin. Ia ibarat kalendar yang save pelbagai 'event' yang berkait rapat dengan kita. Satu masalah dalam satu 'parent system' x akan selesai jika masalah sub system dibawahnya masih kelam kabut dan tidak terurus.. Wallahualam

Sesiapa ada menonton bola piala AFF? Malaysia kalah pada Vietnam 2-3. Gol ketiga Vietnam sangat cantik.. Ada seorang kawan sempat komen, "kecik2 x nak ......, dah besar malukan Malaysia" Mungkinkah sistem FAM masih tidak sempurna?

Friday, December 5, 2008

Masalah dan Penyelesaian


Asas topik kali ini adalah sekitar 'Semua manusia tak lari dari melakukan kesilapan'. Kita bukan maksum, maka jangan sesekali kita rasa diri kita ini hebat, 'perfect' dan sebagainya. Kadang2 kita bertanya pada diri kita kenapa masalah sering berlaku pada kita. "Ya Allah, Kenapalah aku diuji dengan masalah begini..?" Apalagi ketika kita telah pun mencuba sehabis baik untuk elakkannya.. Masalah masih tetap datang..

Saya juga bukan 'perfect', saya juga punya masalah yang banyak. Namun saya ingin mengajak kita semua berfikir dalam satu skop yang 'holistic' yakni melihat dari perspektif yang menyeluruh apabila sesuatu masalah itu berlaku. Jangan cepat melatah, 'blame' orang lain atau terus berputus asa. Sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi, kita harus faham bahawa setiap yang buruk ada hikmahnya. Wallahualam.

Dalam kelas Pn Mardziah Hashim di UiTM saat Semester 1 dahulu, kami belajar subjek berkaitan sistem dan komponen2 nya. (Wikipedia, 2008) memetik sistem 'is a set of interacting or interdependent entities, real or abstract, forming an integrated whole'. Makanya, definisi sistem itu sendiri dapat dihuraikan sebagai satu bentuk perkara yang mempunyai komponen2 tertentu, berkaitrapat antara semua, saling bergantung dengan yang lain dan tidak 'independent'.

Penyelesaian Masalah Menggunakan Sistem.

Allah SWT mencipta manusia dengan wujudnya sistem pernafasan, perncernaan dan pelbagai lagi sejak azali. Kita juga sedar akan sistem2 yang wujud seperti sistem2 duniawi masakini. Sebagai contoh, Sistem Pengambilan Pelajar di Universiti, Sistem Pengangkutan Jalanraya, Sistem Kewangan dan pelbagai lagi yang direka oleh penciptanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam bidang2 tertentu.

Makanya, kalau kita punya masalah kita juga harus punya sistem untuk selesaikannya bukan? Mari kita lihat contoh yang mudah dengan mengambil satu masalah klise anak muda zaman sekarang ini.

Masalah 1 - Masalah Belajar

Akibat dan Kesan Primer: Gagal dalam exam!
Punca:
1. Tidak faham dalam kelas (tidur, bersembang saat kuliah)
2. Tidak fokus (kerja part time mungkin, MLM dan sbgnya..)
3. Guru tidak suka
4. Tidak minat subjek
5. Tidak mampu beli bahan pembelajaran

Punca2 di atas hanya saya sebut dari apa yang terlintas dengan sepintas. Dari sedikit penyelidikan yang kita buat, kita mungkin dapat simpulkan bahawa masalah ini mempunyai punca-punca berkemungkinan yang datang dari sub-sistem.. Yakni sistem yang wujud dalam sistem pembelajaran kita.. Mari kita cuba korek, apa mungkin sistem2nya.

Punca 1 dan 4 mungkin dari masalah yang berkait dengan kemahuan. > SISTEM HOBI
Punca 2 mungkin datang dari masalah pengurusan masa > SISTEM MASA
Punca 3 datang dari hubungan kita > SISTEM SILATURRAHIM (Abaikan nama, isinya ambil)
Punca 5 dari masalah kewangan > SISTEM KEWANGAN

Apa yang dapat kita faham setakat ini? Saya mau berhenti di sini.. Saya mahu saudara saudari berfikir apa kaitannya, hubungan, saling bergantungan antara satu sama lain antara 4 sistem ini dengan Sistem Pembelajaran Kita yang punya masalah..

'To be continued..'

Sumber foto: www.tcw.utwente.nl

Saturday, November 22, 2008

Berniaga

Saya belum pernah interview.. Saya belum pernah bekerja dengan orang.. Saya risau adakah saya mampu.. Saya juga ingin berniaga semula.. Adakah saya mampu? Adik saya juga berniaga.. Jenis pernigaan yang saya tak mampu nak buat.. Entah kenapa dia masih berminat berniaga jenis2 begini .. Mungkin lebih mudah dapat duit macam ni.. Katanya, kerja sikit masuk duit banyak.. Wallahualam..

Friday, October 17, 2008

Adab Kesopanan

Selasa lepas, saya dan Pyan mewakili Saujana untuk rakaman lagu duet terbaru Jalan Pulang bersama kumpulan Shifa. Penerbit dan komposer lagu ini ialah Epul Mestica, lirik pula karangan kak Aishah (Janji Manismu). Agak menarik bekerja dengan Epul dan Shifa. Kerja dengan mereka lebih santai.. Semuanya maklum la, anak2 yang baik.. Cara berbual dan berbahasa pun semuanya sopan dan menjaga hati. Mungkin mereka 'respect' pada Pyan, ex A&R mereka.. Shifa ni terkenal dengan ahli2 mereka yang bermotor besar.. Tak kurang juga ada ahlinya yang besar (saiz..hehe), tapi sangat 'zuhud' dan rendah diri. Epul juga tak kurang.. terkenal dengan lagu2 hits Mestica ciptaannya, dia masih lagi bersikap 'low profile'.. Senang kalau semua anggota nasyid sentiasa menjaga hati dan hormat pada masing2.. Janganlah ada dengki, salah faham yang ketara sampai jadi bermusuh2 sesama kita.. Janganlah dipupuk rasa ego dan keras hati, sampai tak dapat melihat realiti kebenaran..

Apakah sukar memaafkan kesilapan yang lalu? Hebat sangatkah kita untuk menilai seseorang ? Adakah kita sedar Allah itu Maha Pengampun?

Sunday, October 5, 2008

Selamat Hari Raya


Salam Aidilfitri buat semua.. Semoga eid kali ini lebih meriah.. Raya pertama tempoh hari, sempat beraya ke rumah Mak Andak, adik perempuan ayah.. Banyak juga bersembang sambil makan ketupat dan rendang.. Pudin* juga sempat berkongsi cerita tentang beberapa isu yang memang dari sekolah dulu sangatku minati.. SEJARAH ISLAM.. Pudin kata banyak penyelewengan fakta berlaku dalam penceritaan sejarah islam dahulu, terutamanya tentang para sahabat. Ada unsur 'bias' atau berat sebelah.. Maka banyak para sahabat digambarkan dengan akhlak dan perilaku yang tidak baik, seperti tamak kuasa, tidak menyayangi ahlul bait (keluarga nabi) dan sebagainya.. Pudin memberiku sebuah buku tulisan Dr Asri Mufti Perlis untuk dibaca.. Banyak betul kenyataan yang bercanggah dengan apa yang kita belajar dari zaman sekolah lagi.. Kebanyakan sumber cerita yang kurikulum sekolah dan universiti kita guna sekarang mengambil dari sumber2 syiah yang memang terkenal dengan sifat2 mereka yang anti para sahabat nabi.. antaranya tulisan tokoh sejarah syiah seperti Al-Mas'udi dan sebagainya.. Maka sebaik2nya kita kaji dulu sebelum percaya apabila cerita2 sejarah kita dikaitkan dengan peribadi sahabat nabi yang kononnya tidak islamik dan gilakan kuasa.. Wallahualam..

Pernah kah anda dengar cerita Hindun memakan hati Saidina Hamzah ketika syahid dalam perang uhud? Sahihkah cerita itu? Apakah signifikasinya cerita itu dengan sahabat nabi?

*Pudin atau nama sebenarnya Mohd Sharifudin B Mohd Nor, 31 tahun bertugas sebagai seorang 'engineer' di Perodua. Orangnya sederhana dan sangat suka mendalami ilmu agama.. Tidak banyak berkata-kata melainkan yang perlu sahaja. Pudin juga seniorku di SMAP Kajang. Sekarang menyambung kuliah di UM dalam bidang syariah.. Sangat gemar ke masjid dan mendengar kuliah agama.. "Ya Allah.. Aku ingin sekali menjadi sepertinya".. Amin

Monday, September 22, 2008

Bacaan Sheikh Al Kandari.. Syahdu sangat dengar..
Marilah kita hayati makna di sebalik kelunakan bacaannya..

Al Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Saturday, September 20, 2008

Minggu Nur Ramadan

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
[Sarah Al A'raf ayat 180]

Ini antara potongan tafsir dari ayat-ayat yang kubaca waktu musabaqah di fakulti hari ni.. Marilah kita berkongsi maknanya.. Alhamdulilah, dapat juga sertai majlis ini.. Terima kasih pada yang membantu dan memberi dorongan.. Inspirasi juga.. Maaf la, banyak juga kesalahan tajwid dan lagu.. baru ja mula belajar balik.
Jazakallahu khairan kathira:

Shaher Nawawi - Atas ajaran tarannum dan tajwid (100% ni) nanti ana blanja enta perfume!
Najran Noh - Atas ajaran sebutan makhraj dan pilihan lagu tarannum ( yatafakkaru..)
Suffian Amrin - Atas alat bantu mengajar dan pilihan lenggok, suasana di rumah, perlepasan dan kelonggaran masa dari Saujana dan ketegasan saat mendengar yang salah (hissh!!)
Haji Abdul Rahman - Kerana menghantarku belajar di SMAP Kajang. Ada kelas KKAQ
Hajah Nafisah - Yang mengajarku eja.. alif , ba , ta ...
Azahari NSH - Yang banyak ajarku quran sejak kecil (Kami di rumah, anak yang besar tengokkan adik2 yang di bawah mengaji) dan 'encourage' diriku untuk belajar tarannum..
Allahyarham Ustaz Ismail Hashim - 1st bacaan quran berlagu didengar dan hafal
Ustaz2 KKAQ seperti Us Kamil dan Us Wan Noh

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan. [Surah Al A'raf ayat 181]

tafisir alquran: http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Friday, September 19, 2008

Ramadan


Seronoknya dapat belajar taranum bulan ramadan ni.. Terima Kasih Shaher dan Najran yang tak lokek ilmu. Terima kasih juga Pyan kerana sediakan suasana ilmu dan quran di rumah untuk membaca dan belajar. Juga Quran dalam HP nya.. Namun sedih juga, kerana rancangan nak khatam Quran dalam ramadan ni mungkin terbantut. Penat juga ke hulu hilir dengan Saujana.. Kena kuat usaha lagi.. Namun syukur Alhamdulillah, dapat juga berbuka di rumah sewa.. Walau hanya 2 kali.. eratkan lagi silaturrahim.. Hikmah sungguh bulan ni..

Semalam di bazar ramadan, sempat bayar zakat dengan Nanang.. Nanang tanya, apa lagi zakat yang kita kena bayar.. Tak berani nak bagitau jawapan.. Apa lagi jenis zakat ya? Banyak betul lupa ilmu yang belajar di SRA dan SMAP dulu.. Ya Allah kuatkanlah ingatan ku ini.. Amin.. Apa la punca mudah sangat lupa kebelakangan ni? Banyak dosa kot?

Wednesday, September 3, 2008

Puisi Buat Diri


Lama tak menulis, banyak perkembangan terkini yang mahu diikuti.. Terus, punya kesempatan untuk menulis puisi.. Tajuk dah ada dalam hati, cuma mungkin ada idea dari teman-teman sendiri..

Friday, July 18, 2008

Pemimpin dan Penyokong


Kuliah bersama En Husni untuk subjek Strategic Management mengkisarkan tentang bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Dari sudut pembelajaran, subjek ini mengajar mengenai tugas-tugas CEO dalam sesuatu organisasi.. Antara yang dipelajari ialah tentang konsep dan stategi dalam merencanakan sesuatu aktiviti syarikat itu sendiri. Ia merangkumi 'formulation', 'implementation' dan 'evaluation'.

Persoalan yang terlintas di fikiran saya ialah tentang istilah pemimpin atau pengurus itu sendiri. Pada pertemuan singkat dengan saudara *Jeff Hazimin di Restoran Hakim Shah Alam tempoh hari, kami bersembang tentang isu pemimpin dan penyokong. Antara lain, Jeff mempertikaikan konsep kursus kepimpinan yang dilaksanakan oleh universiti dan mana-mana organisasi. Kata Jeff, "Semua dihantar ke kursus leadership itu la, ini la.. Kalau semua nak jadi pemimpin dan ketua, siapa nak jadi pengikut?"

Maka sekarang, penyokong yang tak berkursus, jadi kurang cerdik, dan lahirlah penyokong yang liar, super-taksub pada pemimpin dan sampai satu tahap terlalu mendewakan ketuanya hingga mencetus pelbagai musibah pada rakyat. Lihat saja ajaran sesat yang berlaku di dunia dan Malaysia. Pemimpin dianggap penebus dosa, pengantara antara tuhan dan macam-macam lagi.

Kursus yang sepatutnya dibuat ialah kursus menjadi penyokong yang baik, beretika, berani menegur, tinggi toleransi dan pelbagai lagi.. Mungkin kursus-kursus seperti BTN mempunyai modul-modul yang sesuai untuk para pekerja kerajaan atau penyokong. Namun sejauh manakah keberkesanannya. Kita bukan mahu kursus itu menghasilkan lulusannya yang ekstrim, yang kita mahu ialah satu, iaitu melahirkan produk yang bijaksana. Yakni tahu menilai mana yang baik dan buruk, serta yakin dan berpegang pada nas-nas atau dalil yang kukuh.

Sering terdengar ungkapan 'He was born to be a leader!' Apakah kita setuju pemimpin itu memang akan lahir sendiri? bukan nya diajar dan diasuh?

*Jeff Hazimin Jaafar ialah seorang komposer (ex: keluarga bahagia - Saujana), penulis lirik (Nabi Anak Yatim - Raihan), pengasas(Hijrah Remaja Astro), penulis skrip, content manager (Kisah Nabi-Nabi tv3 dan tv9) channel Al Ansar MiTV, serta pengacara (Realiti TV - Kolej Tun Seri Lanang) Edisi Remaja, dan pelbagai lagi program ilmiah untuk remaja.

**Gambar sekadar hiasan

Saturday, June 28, 2008

Kesempitan, Jenayah dan Nilai Kebahagiaan



Seorang ulamak ada menyebut, tatkala kita dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang, jenayah akan semakin kerap berlaku..

Semakin banyak kes rompakan dan kecurian akan muncul.. Jenayah juvana juga akan meningkat, anak merasa dana pemberian ibu ayah makin kurang.. segala macam benda yang diinginkan mungkin hanya bisa diperoleh dari sumber atau cara yang tidak baik.. Akan berlaku perbalahan sesama keluarga, sahabat handai, peniaga dan pembeli, pengurus dan pekerja semuanya mempertikaikan soal kos dan kesempitan wang..

Maka tidak hairan lah, kalau dijangkakan akan sangat sukar wujud suasana yang bahagia. Majlis seperti parti harijadi menjadi makin 'simple', kenduri kahwin@walimah anak-anak muda terpaksa ditangguh, dilambatkan, atau mungkin batal, gara2 kos yang tinggi. Aktivti ziarah-menziarahi juga jadi semakin lenyap.. "Aduh, tak sanggup la nak pergi kenduri dia kat mersing, jauh tu, minyak dah la mahal.. nak beli hadiah lagi.. semua mahal sekarang ni" seorang teman pernah menyebut begini minggu lepas. Sedih kan? Bukan salah dia.. Takdir begitu? Perbualan antara anak di perantauan dan ibu di kampung pun mungkin lenyap.. Bil naik & mahal? Maka makanan yang lazat2 pun mungkin kurang dijamah lagi.. " Not worth la!!!" Program percutian bersama keluarga dan sahabat handai juga mungkin berkurang.. Umpama sesemuanya perlu disekat-sekat.. Bisa berlaku bukan? Apa mungkin bahagia dikecapi lantaran masalah2 sebegini?

Wednesday, June 18, 2008

'Murdi' dan Populariti

Kebelakangan ini, teman sekelas, Murdi* sering di sebut-sebut oleh teman-teman, baik laki dan perempuan. Sememangnya sejak awal semester, sudah saya kenalpasti akan populariti yang bakal Murdi peroleh kelak.. Dari raut wajahnya yang redup, budi bahasa yang baik, penjagaan solat yang sempurna, serta sifat tanggungjawab yang tinggi, Murdi memang sewajarnya jadi glamor dan diminati.. Apalagi sekarang saat beliau menerima Anugerah Dekan dalam keputusan peperiksaan yang lepas.. Ramai yang terkejut... dan ramai juga yang mengakui, "Murdi 'deserve' it! " Kata seorang sahabat yang menginap di seksyen 8.

Namun kalau dilihat populariti yang dikecap Murdi, pasti tidak la setanding pelakon, penyanyi, pemimpin dan orang-orang kaya di Malaysia dan dunia.. Mereka lebih dikenali.. Namun apakah yang ada pada glamor dan populariti, bakal jatuh juga kelak, silap-silap, glamor yang keterlaluan akan dicemuh masyarakat.. Apalagi glamor kerana punya harta jutaan ringgit.. Apakah nilai punya rumah besar andai tiada pengisian solat dan ibadah di dalamnya? Apakah erti guna kereta mewah jika, perjalanan atau destinasinya sering ke tempat yang mungkar?



*Murdi atau nama sebenar Hasmudi Aziz, adalah pelajar cs224 di UiTM. Lahir dan membesar di Melaka, Murdi banyak menghabiskan masa bersama keluarga terutama ayahnya yang merupakan seorang aktivis politik yang aktif.. Berbekal tangan dan kaki 'kidal', Murdi sangat aktif bersukan terutamanya dalam sukan futsal dan badminton.. Anak teruna Pak Aziz ini masih 'single' dan sedang meniti usia 23tahun dengan satu harapan, 'insan solehah bisa ditemui..'

Tuesday, June 17, 2008

Cahaya Merentasi Masa


"Kuperlukan cahaya, dari sinar matahari, untuk menerangi gelapku"..
Cahaya digambarkan sebagai satu objek yang positif.. Terang.. Hangat.. Cerah.. Jelas.. Berbanding gelap, yang lebih cerminkan topik2 negatif.. Maka saat ibu menamakan anaknya dengan maksud 'cahaya sedia ada' tersergam indah satu niat dari si ibu untuk melihat anaknya menjadi seorang yang bersifat positif, berpotensi untuk berjaya, keluar dari permasalahan, dan turut sama menerangi yang lain.. andai mampu.. sekarang dan akan datang..

Perbincangan dengan teman-teman tempoh hari tentang minyak bersambung kepada satu teori.. Teori cahaya dan kemampuan kita merentasi masa.. Kelajuan cahaya yang disebut sekitar 300 ribu km/h mampu menempatkan kita ke satu tempat dalam masa sekelip mata..

Maka kerana itulah, saat peristiwa Israk dan Mikraj dahulu, Rasulullah SAW yang diangkat dengan menunggang seekor binatang, didatangkan Buraq dari syurga yang berpelana dan bertali. Buraq ialah seekor binatang berwarna putih, saiz badannya lebih besar daripada himar dan lebih kecil daripada barghal. Ia mempunyai empat kaki dan pantas berjalan. Satu langkah ke satu langkah kakinya adalah seumpama 'sekelip mata memandang'. Cahaya lah yang dipantulkan pada mata, maka itulah gambaran yang dapat dipotretkan tentang perjalanan Rasulullah. Jibril yang diciptakan dari cahaya turut menemani Nabi SAW dalam peristiwa itu..
Ulungnya Muhammad Rasulullah. Kerdilnya kita.. Namun, baginda tetap ingat pada kita, waimah nak menempuh wafatnya.. Mampukah kita peroleh syafaatnya?
Sumber foto Kartun (http://www.cafetalk.jp/)


Monday, June 16, 2008

Minyak dan Sampah


Petang semalam.. Duduk bersembang sambil minum teh tarik bersama teman lama, Ciki, Joy, Godang (bukan nama sebenar). Isu-isu yang dibincangkan tertumpu soal politik negara dan masalah terbaru.. isu kenaikan harga minyak.. Ciki mengutarakan soal gas, kebetulan beliau merupakan engineer di syarikat oil n gas antarabangsa.. Lalu sembang punya sembang, keluar bermacam idea penemuan dan teknologi yang dah dijumpai, tapi tak mungkin dipasarkan. Setakat teori gas dapur untuk kuasa enjin, kita dah tahu.. teori Hybrid Car kita sudah maklum, Ciki bilang ada kenderaan yang bisa pakai udara untuk berjalan, ada pula yang guna minyak kelapa, Joy suka kalau dapat guna air ganti petrol, Godang masih menyimpan ideanya.. dan Joy mengakhiri dengan teori 'guna sampah' untuk bahan bakar kenderaan kita..

Shafizal, student cs224 uitm pasti berminat tentang sampah.. Kecemerlangan Shafizal dalam penemuan baru tak bisa disangkal. Beliau merupakan saintis muda bersama Azri dan rakan2 yang 'espose' dalam 'paper' bulan lepas dengan penciptaan 'Jam "SMART WATCH" untuk kes-kes anak hilang seperti adik Sharlinie.. Katanya untuk dibuat thesis nanti, beliau mahu gunakan sampah sebagai topik.. Tapi bermanfaatkah sampah?

Kata ahli cerdik pandai, untuk mengenali peribadi seseorang itu, lihat apa yang ada dalam tong sampahnya.. Itu lah yang bisa digambar kan tentang seseorang itu.. Pernahkah kita dengar tentang cara menilai seseorang melalui tahi lalat? hari lahir? cara duduk?

Wednesday, June 11, 2008

Tepuk Dada Tanyalah Selera

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kesilapan kita sendiri.. Baru tadi, terdengar satu potong ayat, dari Prof Madya Hanafiah Harun, pensyarah ethics di UiTM.. Kata-kata beliau cukup menarik, lebih kurang beginilah bunyinya..

"Jangan lakukan sesuatu yang tidak baik itu sebagai amalan, takut- takut menjadi tabiat.. Jangan terus melakukan tabiat itu, takut nanti jadi budaya. Kerana, kalau sudah jadi budaya, ianya sukar nak di bendung, nak bendungnya, perlu hapuskan satu generasi.. "

Adakah mampu sesetengah pihak yang selama ini mewar-warkan konsep pembangunan insan melaksanakan program-programnya? Adakah objektif nya di capai? Apakah ada jalan tepat untuk membetulkan perokok, penagih, menyesalkan pencuri dan perompak? Apakah mudah untuk mengajak manusia ke jalan yang baik?

Tuesday, June 10, 2008

Euro Oh Euro!

Euro kali ni kelihatan lebih baik.. Dari segi permainan, agak rancak.. Taktik2 baru dan teratur wujud.. Pemain nampak agresif dan berkobar-kobar semangatnya.. Tapi dari segi mutu pengadilan, agak sukar diperjelaskan.. Lihatlah gol pertama Holland saat bertemu Itali, ternyata Van Nisterrooy 'score' dalam keadaan offside.. Even Van sebagai pemain Real Madrid sekalipun, saya masih tidak menyokong gol itu.. Ianya gol murahan yang menbuatkan Italy punya corak permainan jadi tak menentu akibat dari gol seumpama itu.. Mungkinkah rasuah berlaku? Pengadil dan 'linesman' dibayar? Atau mungkin pemain Italy juga dibayar? 3-0 gol margin tu agak besar.. Apakah gaji mereka yang sekitar 100 ribu pound seminggu tu masih tidak mencukupi? Lainlah di Malaysia.. gaji nya kecil.. jadi rasuah bisa mungkin berlaku untuk pemain liga super kita.. Bagaimana pula pimpinan di Malaysia? Tiada rasuah?

Monday, June 9, 2008

Hadith Nabi

Sebagai umat Muhammad, dan juga pengamal Sunni, saya merasakan ada pentingnya kita umat islam tahu dan sedikit sebanyak mengambil berat soal hadis dan periwayatnya.. Kadang kala, hadith yang diterbitkan amat sangsi sekali kesahihannya. Pembangunan ibadah juga bisa jadi terencat akibat dari salah faham tentang hadis. Pernah kita dengar tentang hadis "Syaaban bulanku, Rejab bulan Allah dan Ramadan bulan umatku", dan hadis ini dikenalpasti sebagai hadis palsu.. Atau adakah ianya hadis dhaif, yg mungkin lemah, tapi masih bisa dibuat hujah ringan?

Monday, June 2, 2008

Muqaddimah

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".
Surah Al-Qasas ayat 77

Cetusan minat saya untuk menulis blog lahir dari dorongan teman- teman rapat Meon, Red, Kodin, Latip yang dah lama berkecimpung dalam penulisan2 maya ini.. Saya rasa mungkin sedikit sebanyak ada sumbangan besar yg dapat taburkan, atau setidak-tidak nya ada manfaat yang saya bisa peroleh dari laman blog ini.. Untuk diri saya sendiri..

Saya mengharapkan sesuatu yang baik , sebagai mana semua insan di dunia ini inginkan.. Anda juga bukan?