Monday, June 9, 2008

Hadith Nabi

Sebagai umat Muhammad, dan juga pengamal Sunni, saya merasakan ada pentingnya kita umat islam tahu dan sedikit sebanyak mengambil berat soal hadis dan periwayatnya.. Kadang kala, hadith yang diterbitkan amat sangsi sekali kesahihannya. Pembangunan ibadah juga bisa jadi terencat akibat dari salah faham tentang hadis. Pernah kita dengar tentang hadis "Syaaban bulanku, Rejab bulan Allah dan Ramadan bulan umatku", dan hadis ini dikenalpasti sebagai hadis palsu.. Atau adakah ianya hadis dhaif, yg mungkin lemah, tapi masih bisa dibuat hujah ringan?

2 comments:

  1. abg aza btul ker hadith tu x sahih?? emm bkn aper just hadith tu x silap rmai da fmiliar esp time nk puase ni..emm abg explain ckit..

    ReplyDelete
  2. Menurut Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam buku fatwa Mu'asyirah (1/384) bahawa tidak ada hadith yang shahih yang menceritakan tentang fadilat bulat Rejab, kecuali yang menceritakan tentang ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram sebagaimana yang dinyatakan dialam firman Allah swt Surah Al-Taubah ayat 36. Menyentuh berkenaan dengan status hadith "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan Umatku" kata beliau :-

    "Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis ini mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya mempunyai nilai ilmiah dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah suatu pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...." (Fatwa Mu'asyirah 1/384-385).

    Kesimpulannya hadith diatas ini merupakan hadith palsu dan tidak layak ia dijadikan sebagai dalil dan sandaran, mahupun diamalkan. Bulan Ramadhan memang tidak dapat dinafikan mempunyai banyak fadhilat-fadhilat yang telah diterangkan didalam hadith-hadith yang bertaraf sahih yang boleh dibuat sebagai sandaran. Maka eloklah kita merujuk kepada kitab-kitab yang mengandungi hadith-hadith shahih agar kita tidak melibatkan diri terlibat didalam berdusta dengan menggunakan nama Nabi saw!

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete