Friday, December 12, 2008

Bahasa Jiwa Bangsa

"Hajimi maste, Azarino Tomoshimash.." Entah betul ke tidak.. itu saja yang ingat.. Nak guna "arigato" tiada masa yang sesuai..

10 hb aritu, mendapat undangan Naz untuk turut serta dalam program bersama anak-anak Jepun.. Pelajar-pelajar dari negara matahari terbit ini yang semuanya sekitar umur 16-18 tahun, datang melawat Malaysia sambil belajar. Dalam program ini, koordinator seperti aku, Naz, Shaf dan Murdi perlu bawa mereka ke tempat-tempat menarik sekitar KL. Antaranya Petronas Twin Tower, KL Tower, Bukit Bintang dan Petaling Street.

Dari kiri: Sato, Kawasaki, Nakamura, Hiro

Setiap koordinator diberi tanggungjawab untuk bawa 4 atau 5 orang pelajar. Hampir kesemua tempat yang diarahkan pergi, kami pergi.. Anak-anak Jepun ni, Nakamura, Sato, Kawasaki dan yang last sekali Hiro (tak pasti namanya) tak membeli belah. Cuma Sato yang membeli koleksi kad2 macam pokemon waktu jalan2 di Sg Wang Plaza. Umur 17 tahun pun beli kad2 macam tu? Pelik.. Tapi bila kufikir balik, kawan2ku yang yang dah berumur 27 tahun pun masih ramai yang mengumpul komik dan minat kad2 sebegitu.. Faiz (memang nama sebenar) antara teman serumahku dulu yang suka kumpul barang2 sebegini..

Seperti yang dijangka, anak-anak jepun ni susah nak berbahasa Inggeris. Maka, terpaksalah berbual guna pelbagai gaya yang pelik. 'Confirm' insan bisu pekak pun tak dapat nak faham.. Apa lagi, ketika betul2 terdesak, panggilan telefonku pada Kimi (temanku yang belajar di Jepun dulu) tak diangkat.. Nak cakap apa la kat mereka ni supaya faham. Nasib baik Kimi dapat jugak telefon balik. Kimi ajar, 'Kaimono' dan 'Sampo' yang mungkin bermaksud 'shopping' dan jalan2..

Terasa juga kepentingan Bahasa Inggeris.. Disamping turut rasa kagum pada bangsa Jepun yang sememangnya maju dalam ekonomi dan teknologi walau tetap gagah dengan bahasa ibunda mereka.. Praktikalkah Bahasa Inggeris diajar untuk anak-anak sekolah? Baguskah 'English' mahasiswa universiti tempatan terutamanya UiTM yang bahasa pengantarnya memang untuk kesemua subjek adalah Bahasa Inggeris?

2 comments:

  1. salam...
    tahun 2005 dulu sy ada gak join program kat kolej tempat sy belajar menjahit...

    ngan bebudak jepun jugak...satu kumpulan 5 orang dan saya seorang yang tolong diorang...memang sangat pening nak pk ayat apa nak cakap kat diorang...

    kawan saya pong ada yang cam awak guna bahasa isyarat yang-konfem-orang-bisu-pekak-tak-faham... saya dapat kumpulan pong nasib2 je boleh cakap bahasa inggeris yang sangat basic...

    pulak tu masa tu baru 1st day puasa, memang masaklah...tapi pengalaman tu jadi manis bila kita dah laluinya...act, diorang perlu dibawa untuk ke tempat2 yang macam awak pergi tu (siap dah bincang nak guna jalan mana) tapi alih2 dorang stuck kat sg. wang je...

    alasan ---> shopping semata2...menjerit2 tgk harga kat mesia ni...murah pada diorang...beli barang2 keluaran negara diorang gak...

    p/s: sori terpanjang tapi still respect kat diorang yang memang patuh pada masa. saya ingatkan tu semua omong kosong tapi benar2 terjadi bila mana diorang minta permission saya untuk berjalan sendiri dan berjanji akan pulang selepas 10 min, itulah yang diorang buat...memang punctual la...

    ReplyDelete