Friday, July 18, 2008

Pemimpin dan Penyokong


Kuliah bersama En Husni untuk subjek Strategic Management mengkisarkan tentang bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Dari sudut pembelajaran, subjek ini mengajar mengenai tugas-tugas CEO dalam sesuatu organisasi.. Antara yang dipelajari ialah tentang konsep dan stategi dalam merencanakan sesuatu aktiviti syarikat itu sendiri. Ia merangkumi 'formulation', 'implementation' dan 'evaluation'.

Persoalan yang terlintas di fikiran saya ialah tentang istilah pemimpin atau pengurus itu sendiri. Pada pertemuan singkat dengan saudara *Jeff Hazimin di Restoran Hakim Shah Alam tempoh hari, kami bersembang tentang isu pemimpin dan penyokong. Antara lain, Jeff mempertikaikan konsep kursus kepimpinan yang dilaksanakan oleh universiti dan mana-mana organisasi. Kata Jeff, "Semua dihantar ke kursus leadership itu la, ini la.. Kalau semua nak jadi pemimpin dan ketua, siapa nak jadi pengikut?"

Maka sekarang, penyokong yang tak berkursus, jadi kurang cerdik, dan lahirlah penyokong yang liar, super-taksub pada pemimpin dan sampai satu tahap terlalu mendewakan ketuanya hingga mencetus pelbagai musibah pada rakyat. Lihat saja ajaran sesat yang berlaku di dunia dan Malaysia. Pemimpin dianggap penebus dosa, pengantara antara tuhan dan macam-macam lagi.

Kursus yang sepatutnya dibuat ialah kursus menjadi penyokong yang baik, beretika, berani menegur, tinggi toleransi dan pelbagai lagi.. Mungkin kursus-kursus seperti BTN mempunyai modul-modul yang sesuai untuk para pekerja kerajaan atau penyokong. Namun sejauh manakah keberkesanannya. Kita bukan mahu kursus itu menghasilkan lulusannya yang ekstrim, yang kita mahu ialah satu, iaitu melahirkan produk yang bijaksana. Yakni tahu menilai mana yang baik dan buruk, serta yakin dan berpegang pada nas-nas atau dalil yang kukuh.

Sering terdengar ungkapan 'He was born to be a leader!' Apakah kita setuju pemimpin itu memang akan lahir sendiri? bukan nya diajar dan diasuh?

*Jeff Hazimin Jaafar ialah seorang komposer (ex: keluarga bahagia - Saujana), penulis lirik (Nabi Anak Yatim - Raihan), pengasas(Hijrah Remaja Astro), penulis skrip, content manager (Kisah Nabi-Nabi tv3 dan tv9) channel Al Ansar MiTV, serta pengacara (Realiti TV - Kolej Tun Seri Lanang) Edisi Remaja, dan pelbagai lagi program ilmiah untuk remaja.

**Gambar sekadar hiasan