Wednesday, December 24, 2008

Nikmat dan Kesyukuran

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada, sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

Lirik lagu Antara 2 Cinta.. Karya Ustaz Pahrol Md Juoi, antara penulis lirik, buku agama dan motivasi terkenal tanah air. Lagu asal nyanyian The Zikr ini dinyanyikan semula oleh Saujana dalam album Kembara Cinta.. Saat rakaman dulu, aku faham akan maksud lirik ini, tapi waktu itu aku masih muda mentah, pemikiran juga terlalu cetek, maka perbandingan lirik2 'power' tersebut dengan hidup sendiri tidaklah begitu 'mengena'.

Alhamdulillah, syukur aku padaNya.. ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENGAMPUN, MAHA PEMBERI REZEKI DAN NIKMAT.. Kerana walau sebegitu banyak dosaku padanya, walau sebegitu leka aku akan ibadahku, walau kadang2 aku lupa padaNya, Allah masih mengurniakan nikmat padaku.. Aku rasa tahun ini, hampir saban hari aku sujud syukur pada Allah, atas kurniaan nikmat kesihatan, ilmu, makanan, ketenangan dan wang yang aku sendiri belum dapat benar2 meneliti kedahsyatan rezeki yang dikurniakan Allah ini..

Sujud Syukur bererti sujud kerana mengucapkan Syukur pada Allah serta berterima kasih kepadaNya kerana diberikan kemenangan, kejayaan dan menerima sesuatu perkara yang mengembirakan seperti selamat dari bencana dan mara bahaya, maka ekoran itu patutlah bagi Muslim itu sujud sekali sahaja sebagai menadakan kesyukurannya itu kepada Allah Taala.*

Hadis berkaitan sujud syukur yang bermaksud: Dari Abu Bakar r.a bahawa “Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.”
(Riwayat Ahmad )**

Aku tidak punya harta, tiada wang yang banyak, rumah tiada (sekadar menumpang rumah ibu dan menyewa bujang di S.A.) belum punya kenderaan sendiri (motor yang aku pakai sekarang pun motor adik) apalagi kereta mewah.. Aku juga belum punya isteri (nikmat ni..) dan anak2 (tengok anak buah pun dah 'happy', dapat dukung anak sendiri... Wowww!!) Aku pasti dan harus pupuk dalam minda.. bahawa berkeluarga itu 'best'! Sukar untuk membayangkan idea mereka yang merasakan keluarga itu bebanan.. Itu tangungjawab dan nikmat.. Itulah yang pasti.. Pada yang bekeluarga, cuba renung saat kita belum bernikah, kita beria2, dan tersangat gembira.. Kegembiraan itu nikmat. Kenapa kala ketika sudah lama bersama, kita rasa itu bebanan, ujian, apatah lagi yang menganggap anak, suami, atau isteri itu bala.. Keluarga adalah nikmat Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita...

“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan. Di dalamnya ada malaikat yang kasar lagi bengis yang tidak mengingkari terhadap apa yang diperintahkan kepadanya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (QS.At-Tahrim:6)

Mungkin benar.. Aku juga belum berkeluarga, jadi belum tahu pahit manisnya.. Namun itulah hakikatya..

Tahniah aku ucapkan pada teman2 kuliah yang tamat belajar.. Tahniah juga pada semua teman sekelas yang berjaya pass CERT IBM DB2 tempoh hari.. Tahniah pada teman2 yang dah dapat kerja.. Jangan lupa open table time dapat 1st gaji nanti.. Nikmat semua tu...

* http://ms.wikipedia.org/wiki/Sujud#Sujud_Syukur
** http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=557

Friday, December 12, 2008

Bahasa Jiwa Bangsa

"Hajimi maste, Azarino Tomoshimash.." Entah betul ke tidak.. itu saja yang ingat.. Nak guna "arigato" tiada masa yang sesuai..

10 hb aritu, mendapat undangan Naz untuk turut serta dalam program bersama anak-anak Jepun.. Pelajar-pelajar dari negara matahari terbit ini yang semuanya sekitar umur 16-18 tahun, datang melawat Malaysia sambil belajar. Dalam program ini, koordinator seperti aku, Naz, Shaf dan Murdi perlu bawa mereka ke tempat-tempat menarik sekitar KL. Antaranya Petronas Twin Tower, KL Tower, Bukit Bintang dan Petaling Street.

Dari kiri: Sato, Kawasaki, Nakamura, Hiro

Setiap koordinator diberi tanggungjawab untuk bawa 4 atau 5 orang pelajar. Hampir kesemua tempat yang diarahkan pergi, kami pergi.. Anak-anak Jepun ni, Nakamura, Sato, Kawasaki dan yang last sekali Hiro (tak pasti namanya) tak membeli belah. Cuma Sato yang membeli koleksi kad2 macam pokemon waktu jalan2 di Sg Wang Plaza. Umur 17 tahun pun beli kad2 macam tu? Pelik.. Tapi bila kufikir balik, kawan2ku yang yang dah berumur 27 tahun pun masih ramai yang mengumpul komik dan minat kad2 sebegitu.. Faiz (memang nama sebenar) antara teman serumahku dulu yang suka kumpul barang2 sebegini..

Seperti yang dijangka, anak-anak jepun ni susah nak berbahasa Inggeris. Maka, terpaksalah berbual guna pelbagai gaya yang pelik. 'Confirm' insan bisu pekak pun tak dapat nak faham.. Apa lagi, ketika betul2 terdesak, panggilan telefonku pada Kimi (temanku yang belajar di Jepun dulu) tak diangkat.. Nak cakap apa la kat mereka ni supaya faham. Nasib baik Kimi dapat jugak telefon balik. Kimi ajar, 'Kaimono' dan 'Sampo' yang mungkin bermaksud 'shopping' dan jalan2..

Terasa juga kepentingan Bahasa Inggeris.. Disamping turut rasa kagum pada bangsa Jepun yang sememangnya maju dalam ekonomi dan teknologi walau tetap gagah dengan bahasa ibunda mereka.. Praktikalkah Bahasa Inggeris diajar untuk anak-anak sekolah? Baguskah 'English' mahasiswa universiti tempatan terutamanya UiTM yang bahasa pengantarnya memang untuk kesemua subjek adalah Bahasa Inggeris?

Tuesday, December 9, 2008

Masalah dan Penyelesaian - sambungan



Setelah kita pecahkan masalah-masalah itu ke dalam sistem atau kumpulan tertentu maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa setiap sistem itu berhubung.. Satu penyelesaian yang sempurna akan membuat satu sistem lain yang berhubung juga selesai..

Berbalik pada masalah belajar tempoh hari, saya cuba merangkumkan permasalahan itu kepada 2 kumpulan penyelesaian atau sistem utama iaitu yang mungkin kalau difahami dan diselesaikan dengan betul akan menyelesaikan seluruh masalah yg berkait.

Fahami 'Figure' yang saya lukis..

Penyelesaian 1:

Sistem Hobi atau masalah yg berkaitan dengan minat sangat besar. Ia juga boleh menyelesaikan permasalahah hubungan dengan guru atau pensyarah.. Saya meletakkan permasalahan dengan guru ini sebagai punca dari kurang minat pada kuliah dan kelas. Dari logik akal manusia tiada guru yang benci atau tidak suka pada muridnya, kecuali muridnya terkenal kerana nakal, bising, tidak mahu belajar, malas melakukan kerja sekolah dan sebagainya.. Yang rata2 masalah itu berpunca dari kurangnya minat belajar terhadap subjek tertentu..

Penyelesaian 2:

Kita harus sedar bahawa semua pelajar, kalau sudah ditulis status nya sepenuh masa, maka 'priority' utamanya ialah , belajar, belajar, belajar.. Dari pengalaman saya sendiri, dapat saya rumuskan bahawa, kerja-kerja part time ketika kuliah atau masih sekolah amatlah tidak baik.. Namun bisa jadi sebaliknya, jika seseorang itu 'super' atau 'multi-talented' dalam pegurusan masanya. Menurut saya, kerja part time adalah tugas mulia, terutamanya bagi mereka yang ikhlas nak bantu keluarga atau tidak mahu bebankan keluarga yang susah..

Pada hemat saya, bagi pelajar universiti contohnya, masalah kewangan bukanla satu masalah yang besar, kerana wujud pelbagai bentuk pinjaman, saluran bantuan dan juga skim2 yang boleh menyelesaikana masalah kewangan mereka (kononnya x der duit nak beli buku la ni..) Apa yang utama ialah cara menguruskan duit.. Kalau duit ada tapi asyik duk belanja GF atau BF ja, atau dapat duit aja, terus keluar HP baru, Laptop baru (dengan alasan untuk pakai belajar, walhal banyak save movie aja and mudah nak YM, chat2)pun x guna juga..

Pengurusan sangat penting. Sistem boleh membantu kita dari sudut disiplin. Ia ibarat kalendar yang save pelbagai 'event' yang berkait rapat dengan kita. Satu masalah dalam satu 'parent system' x akan selesai jika masalah sub system dibawahnya masih kelam kabut dan tidak terurus.. Wallahualam

Sesiapa ada menonton bola piala AFF? Malaysia kalah pada Vietnam 2-3. Gol ketiga Vietnam sangat cantik.. Ada seorang kawan sempat komen, "kecik2 x nak ......, dah besar malukan Malaysia" Mungkinkah sistem FAM masih tidak sempurna?

Friday, December 5, 2008

Masalah dan Penyelesaian


Asas topik kali ini adalah sekitar 'Semua manusia tak lari dari melakukan kesilapan'. Kita bukan maksum, maka jangan sesekali kita rasa diri kita ini hebat, 'perfect' dan sebagainya. Kadang2 kita bertanya pada diri kita kenapa masalah sering berlaku pada kita. "Ya Allah, Kenapalah aku diuji dengan masalah begini..?" Apalagi ketika kita telah pun mencuba sehabis baik untuk elakkannya.. Masalah masih tetap datang..

Saya juga bukan 'perfect', saya juga punya masalah yang banyak. Namun saya ingin mengajak kita semua berfikir dalam satu skop yang 'holistic' yakni melihat dari perspektif yang menyeluruh apabila sesuatu masalah itu berlaku. Jangan cepat melatah, 'blame' orang lain atau terus berputus asa. Sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi, kita harus faham bahawa setiap yang buruk ada hikmahnya. Wallahualam.

Dalam kelas Pn Mardziah Hashim di UiTM saat Semester 1 dahulu, kami belajar subjek berkaitan sistem dan komponen2 nya. (Wikipedia, 2008) memetik sistem 'is a set of interacting or interdependent entities, real or abstract, forming an integrated whole'. Makanya, definisi sistem itu sendiri dapat dihuraikan sebagai satu bentuk perkara yang mempunyai komponen2 tertentu, berkaitrapat antara semua, saling bergantung dengan yang lain dan tidak 'independent'.

Penyelesaian Masalah Menggunakan Sistem.

Allah SWT mencipta manusia dengan wujudnya sistem pernafasan, perncernaan dan pelbagai lagi sejak azali. Kita juga sedar akan sistem2 yang wujud seperti sistem2 duniawi masakini. Sebagai contoh, Sistem Pengambilan Pelajar di Universiti, Sistem Pengangkutan Jalanraya, Sistem Kewangan dan pelbagai lagi yang direka oleh penciptanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam bidang2 tertentu.

Makanya, kalau kita punya masalah kita juga harus punya sistem untuk selesaikannya bukan? Mari kita lihat contoh yang mudah dengan mengambil satu masalah klise anak muda zaman sekarang ini.

Masalah 1 - Masalah Belajar

Akibat dan Kesan Primer: Gagal dalam exam!
Punca:
1. Tidak faham dalam kelas (tidur, bersembang saat kuliah)
2. Tidak fokus (kerja part time mungkin, MLM dan sbgnya..)
3. Guru tidak suka
4. Tidak minat subjek
5. Tidak mampu beli bahan pembelajaran

Punca2 di atas hanya saya sebut dari apa yang terlintas dengan sepintas. Dari sedikit penyelidikan yang kita buat, kita mungkin dapat simpulkan bahawa masalah ini mempunyai punca-punca berkemungkinan yang datang dari sub-sistem.. Yakni sistem yang wujud dalam sistem pembelajaran kita.. Mari kita cuba korek, apa mungkin sistem2nya.

Punca 1 dan 4 mungkin dari masalah yang berkait dengan kemahuan. > SISTEM HOBI
Punca 2 mungkin datang dari masalah pengurusan masa > SISTEM MASA
Punca 3 datang dari hubungan kita > SISTEM SILATURRAHIM (Abaikan nama, isinya ambil)
Punca 5 dari masalah kewangan > SISTEM KEWANGAN

Apa yang dapat kita faham setakat ini? Saya mau berhenti di sini.. Saya mahu saudara saudari berfikir apa kaitannya, hubungan, saling bergantungan antara satu sama lain antara 4 sistem ini dengan Sistem Pembelajaran Kita yang punya masalah..

'To be continued..'

Sumber foto: www.tcw.utwente.nl