Monday, December 28, 2009

Cara Turun dan Tambah Berat Badan

Saya sudah tau bagaimana untuk turunkan berat badan.. Dari analisis ringan saya, orang yang mempunyai alat penimbang (pastikan alat ini berfungsi baik + jujur) lebih bijak menjaga berat badan.
Maka setiap kali selepas atau sebelum makan, sebelum atau selepas tidur, mereka boleh menimbang berat mereka.
Seandainya berat naik, maka mereka perlu kurang sedikit makan (terutamanya nasi) untuk santapan berikutnya. Jika berat badan menurun, maka boleh lebih sedikit makan dan tidur harus lebih awal agar badan mendapat rehat secukupnya.
 
Mudah tapi berkesan. Sekarang saya sedang menganalisis cara menambah berat badan melalui pemakanan burger.. Sesuai untuk wanita kurus :)

Tuesday, December 22, 2009

Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa

Nukilan : UZAR (zaharuddin.net)
 
Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN

Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan 'pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah 'berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa.  Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya 'ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, 'gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Saturday, December 5, 2009

Berat Badan Yang Ideal

Saya bukanlah pakar kesihatan. Cuma sekadar ingin berkongsi idea. Barangkali BMI boleh ditafsirkan sebagai kaedah terbaik untuk mengetahui samada berat kita sesuai atau tidak dengan tinggi kita.
 
Beberapa kenalan yang biasa menyertai pertandingan silat, kerap memberitahu saya bahawa mereka sering mengambil diet yang tidak sempurna, namun terbaik untuk pesilat seperti mereka.. Antara yang pasti mereka tidak mengambil Karbohidrat pada sebelah malam. Dalam erti kata lain, mereka tidak makan nasi pada malam hari.
 
Beberapa atlet lain seperti pemain bola sepak turut mengamalkan diet sebegitu.. Apatah lagi ahli bina badan.. Justeru memang kita dapati pemakanan yang melibatkan unsur gula atau karbohidrat berkait rapat dengan kegemukan kerana karbo tak ditukarkan kepada tenaga pada malam hari. Mereka memfokuskan makanan mereka kepada yang bersumberkan protein seperti ikan segar dan daging..

Thursday, November 12, 2009

MD vs LG

Aku bekerja di sebuah kilang milik Jepun di Rawang.
Baru-baru ini kami membeli monitor 'flat screen' berjenama LG..
Menurut yang membeli, ini adalah antara monitor yang termurah di pasaran..
Setelah Managing Director (MD) perasan, dia mengarahkan semua lambang LG di'salotape' hitamkan..



LG adalah produk buatan Korea
Barangan lain seperti Dell dan HP tidak di pula di'salotape' hitam..
MD ku berbangsa Jepun..
Anak kepada bos besar syarikat yang berpengkalan di negara matahari terbit itu..

Tuesday, October 20, 2009

Masih Ada


Ramadan lalu ramai orang yang berpuasa
Namun ada yang tak solat walaupun yang lima..
Yang tak puasa dan tak solat pun masih ada.
Kadang-kadang kita beramal namun sia-sia..
Tak lengkap ibadahnya.. Bukan leka tapi sengaja

Dulu dan kini ada orang solat depan orang tuanya saja.
Ada juga yang solat depan isteri dan anak-anak namun di belakang bagaimana.
Ada orang yang mainkan hukum-hakam 'ikut suka hati dia ja'
Ada orang teringin nak kahwin banyak tapi satu bini pun tak larat nak jaga.
Ramai orang tak berpijak di bumi nyata.

Friday, October 16, 2009

It's All About Work

Oh.. Boring.. I have no time to write.. No movies.. No watching football.. and sadly I dont have enough time to spend with my wife and family.. All because of work.. work .. work..

Speaking about work.. My boss has just bought two new network adapters for company's server. (D-Link DGE530T GIGABIT PCI Adapter) and another one (not sure what's it's name) which has 4 ports. These network card has Wake on Lan feature. This function can wake up the system from the sleeping mode to the fully powered mode over the network immediately and automatically. Once the system is awake, it can be directed to run management utilities.

I just confused whether sleep mode is similar to hibernate in most OS system etc Vista, XP and Microsoft Server.. Then i found this
Hibernate & Sleep and continue my reading on this Do you need to turn off your PC at night?

But then i'm still having problem to connect them both.. The network keep disconnecting and no sign of hardware failure shown.. It maybe caused by company's LAN setting or the TCPIP properties.

p/s: It is kind of funny while me at office manage to configure 2 new adapters for server, my pc at home dont even have a network adapter to run network..

Friday, September 18, 2009

Rayaku yang pertama..

Kali ini aku beraya sebagai suami
Bakal beraya bersama keluarga isteri
Beraya sebagai seorang yang insyaallah 'soon to have a baby'
Juga pertama kali beraya sebagai orang yang makan gaji
Masih beraya bersama Saujana walau sering bertukar ahli..
- Azali

Monday, September 14, 2009

Sukarkah Memaafkan?

Raya hampir tiba. Alhamdulillah, ramadan ku kali ini penuh dengan undangan berbuka. Dapat lah pakej yang aku inginkan.. melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim dalam menyampaikan perkara- perkara yang baik, mencari rezeki buat keluarga dan dalam masa yang sama merapatkan silaturrahim sesama keluarga Saujana, penasyid, teman penganjur yang dah lama tak berjumpa dan segelintir peminat yang sudi menonton serta meluangkan masa bersama Saujana :
 
Di sini saya menyebutkan beberapa nama sahabat dan teman yang barangkali kami akan bertemu mereka hanya di bulan ramadan sahaja.
1. Abang Harun bekas PR Hijjaz , event organizer merangkap komposer lagu 'Jesnita' ( Jumpa di Mydin USJ semalam)
2. Serina Redzuwan , pelakon & pengacara berbakat - terima kasih atas jemputan di Ampang Point
3. Hj Mubbin, Bos Raihan, dulu Bos di Telaga Biru - Atas jemputan berbuka di Kelana Sentral
4. Jeff Hazimin, mentorku, merangkap hos, event organizer terkenal - Juga bersama di Kelana sentral
5. Beberapa Dj Radio seperti Radio Ikim, Muzik FM dan beberapa lagi stesen radio yang sempat kami bertemu saat undangan berbuka
6. Bro Zamani , bard & pyan Ar-Rijal - Jemputan di Dewan Perdana Felda, Singgahsana Hotel
7. Cik Ton dan saing2 di Kelate - Siap kena belanja makan celok lagi.. Moga murah rezeki nurse2 ni...
8. Teman2 SMAPK dan UM.. seronok jumpa.. sumer dah tembam2 dan beranak bini..
 
Begitulah seba sedikit istimewanya ramadan buat Saujana.. Silaturrahim yang terbina dahulu dieratkan lagi dalam program2 seumpama majlis berbuka puasa dan undangan persembahan.
Moga ukhuwah yang terjalin mngukuhkan lagi cinta kami sesama muslim bersaudara. Sabda Nabi S.A.W : 
Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari )
 
Istimewanya. Sempat juga kami bermaafan bagi raya yang bakal menjelang. Manalah tau mungkin ini adalah ramadan dan eidul fitri yang terakhir buat diri kami.  Firman Allah S.W.T,
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (A'li Imran (3) : 133-134)
 
Admin: Dengan ahli Saujana lama dan baru ni.. belum bermaafan lagi.. Banyak dosa ni.. (ketawa banyak sangat ramadan ni)  Keh3..
 
 

 
 

Thursday, August 20, 2009

Bersamamu - Keluarga Ustaz Asri Ibrahim

Teman2 sekolah saya, SMAPK 'batch 98' mengadakan program ala bersamamu yakni MENGUTIP DERMA UNTUK DISALURKAN KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKAN. Kali ini kami memilih keluarga Allahyarham Ustaz Asri Rabbani.
Maka, mungkin ada diantara saudara saudari yang ingin menderma boleh turut serta..  Saya diberi tugas untuk menguruskan kutipan sehingga hujung bulan ini insyaallah..
 
Yang ingin turut serta, boleh bank in ke:
 
Maybank No: 164276540184
Nama:  AZALINOR BIN ABDUL RAHMAN
 
Saat selesai, sila email nama, jumlah derma ke baysirna@gmail.com.. Sertakan RefNo andai ada..
'Perbanyakan amalan di bulan Ramadan..'
 
Untuk pertanyaan, boleh hubungi saya di email di atas atau Syed Mustafa (Pengerusi) di email..  blightme@gmail.com.

Wednesday, August 19, 2009

Jalan Mudah Ke?

Saya bukan lah yang terbaik untuk memberi idea / jalan yang mudah untuk ke syurga. Apalagi jalan mudah kepada kekayaan. Nota kali ini hanya coretan untuk sahabat di luar sana agar berhati-hati di sebalik agenda yang mungkin tersembunyi.  Wallahualam.
 
Dear Friends,
Please do not take this for a junk letter. Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will repent later. Microsoft and AOL are now the largest Internet companies and in an effort to make sure that Internet Explorer remains the most widely used program, Microsoft and AOL are running an e-mail beta test. When you forward this e-mail to friends, Microsoft can and will track it (i f you are a Microsoft Windows user) for a two week time period. For every person that you forward this e-mail to, Microsoft will pay you $245.00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and for eve ry third person that receives it, you will be paid $241.00. Within two week! s, Microsoft will contact you for your address and then send you a cheque.

 
Saya masih lagi menerima emel sebegini. Emel yang basi. Dah berkurun. Masih ada insan yang kurang bijak. Masih ada yang mahu kaut kekayaan dengan jalan mudah. Walau mereka sendiri sedar saluran itu sangat mustahil bahkan tersiratnya bahaya yang mungkin wujud disebalik agenda tersembunyi penghantar emel yang asal.
 
Sangatlah tidak masuk akal. Mustahil mereka nak berkongsi keuntungan mereka sedemikian cara. Mungkin mereka yang rajin beremel ni kurang celik IT maka di'forward'kan juga email sebegini.. Namun setakat pengetahuan IT saya yang sederhana ini, belum ada 'tracking system' terhadap email2 yang di'forward'kan untuk pembahagian keuntungan.
 
Perilaku kita mencerminkan identiti kita... Wallahualam
 
Sedikit pendedahan :
http://urbanlegends.about.com/library/blmsaol.htm
http://publicawareness.wordpress.com/2006/10/08/bill-gates-sharing-his-fortune-email/

Thursday, August 13, 2009

Kepada Allah Kita Kembali

Us Asri Ibrahim telah pergi. Vokalis kumpulan Rabbani yang kukenali sebagai seorang yang cukup sederhana, merdu suaranya, agak lucu dan sangat berilmu.. Takziah buat ahli keluarga dan sahabat handai terdekat allahyarham.. Ya Allah.. Ampunkanlah dosanya dan rahmatilah dia. Moga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.. Amin..

Sunday, August 9, 2009

Lelaki Lembut Sukar Menjadi Normal?

Soalan: Apakah lelaki lembut sukar menjadi normal kembali?

Saya merupakan bekas pelajar sekolah agama di Kajang, Selangor. Sekolah agama saya adalah jenis sekolah campur, punya pelajar wanita dan lelaki.. Ada ramai lelaki yang sejak saya tingkatan 1 telah terserlah keayuan mereka.. Dari raut wajah, barangan peribadi + 'toiletris' mereka kita boleh cam yang mereka seakan-akan lelaki lembut. Andai kita sudah mendengar suara dan gaya mereka.. Kita bertambah pasti, dan apabila mereka tanpa segan silu memakai pakaian seakan wanita dan mengayakan aksi2 wanita, kita jadi semakin yakin.. Dan bila mereka melafazkan kata 'suka' atau cinta pada seseorang yang juga lelaki kita 'seram' tapi jawapan kita x mungkin lain..iaitu satu.. DIA MEMANG ******

Ada beberapa teman yang dulu saya dan teman menganggap mereka adalah kelompok 'feminin' namun sekarang dah berubah, berumahtangga dan bahagia bersama keluarga.

TANPA KAJIAN YANG TERPERINCI dan berdasarkan contoh dari teman2 bekas sekolah, saya menafsir golongan ini kepada 3 jenis:

1. Yang lembut + raut wajah, barangan peribadi ke arah wanita...
2. Yang suaranya, gayanya dan pakaiannya ke arah pakaian wanita..
3. Yang nafsunya ke arah lelaki dan bukan ke wanita..

JAWAPAN pendek saya:

Dari sudut sejarah, jenis 1 dan 2 boleh sangat nak kembali atau menjadi normal.
Jenis 3 itu perlu pengisian yang mendalam.. Perlu WUJUDKAN rasa takut pada ALLAH SWT.
Kerana dengan melihat dari sudut sejarah juga saya rasa mereka sedar akan azab yang Allah timpakan pada golongan + kaum nabi yang terdahulu..

Foto Hiasan: http://fazilyahaya.files.wordpress.com/2009/03/
Mungkin Bersambung...

Wednesday, July 22, 2009

Hendaklah Kita Berdoa

Pejuang pejuang islam telah di anggap pengganas (taliban) ..marilah kita berdoa supaya islam yang berjihad ke jalan Allah beroleh kemenangan dalam peperangan di bumi afghan.... kita lihat kemusnahan yg dibawa oleh barat.... islam telah dilabel sebagai pengganas.... Sama samalah kita berdoa. Sunnah Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

   "Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu, wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa." (Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain)

"Firman Allah SWT:Surah Al Imran, ayat 195."
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai ganguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-sebaiknya (bagi mereka yang beramal salih)".

Yaa Allah 'Berikanlah pasukan kafir...  kekalahan dan berikanlah kemenangan kepada pejuang muslim di bumi afganistan yg berjuang dijalan yg lurus dan hantarkanlah tentera mu ya Allah penguasa Alam semesta di dunia dan Akhirat ... Amin yaa Rabbal Alamin'
Allahhuakhbar... Berdoalah kepada sudara seislam yg dilanda musibah.. supaya dipelihara Allah dari kesusahan dan kesulitan. Allah sentiasa bersama kepada hamba yg bersabar..
Source: Bicara Ilmu Agama Islam - Mazlan Alain (Di ambil dari inbox laman facebook ku)

Wednesday, July 15, 2009

Hak Lelaki Muslim?

Saya kembali membaca artikel berkenaan Sister In Islam dan terangsang untuk menulis karangan pendek ini sambil mengeluarkan idea saya yang tidaklah terlalu bernas namun ada jua sinisnya untuk diambil kira.. Perkara ini langsung dari pemikiran saya yang tidak terlalu mendalam dalam isu-isu hak seperti yang dijuang oleh puteri & permaisuri SIS. Namun ada juga kesahihannya pendapat saya ini dalam pemikiran 'sekali pandang'...

Saya ingin menubuhkan Brother In Islam. Dan ingin menegakkan hak saya sebagai lelaki muslim yang 'tertindas'.. Huhu..

Saya keluarkan 3 'point' dahulu. Yang mungkin sesetengah lelaki juga bisa setuju..

1. Saya rasa tidak adil , wanita islam dibenarkan untuk tidak solat dan berpuasa saat haid dan nifas..
2. Saya rasa tidak adil, saya tidak dibenarkan berpakaian sutera dan emas. Mana hak saya untuk, melaram bercantik-cantik dan bergaya? Uiks..
3. Islam suruh wanita berehat di rumah jaga anak dan masak? Ini x adil. Saya penat bekerja.. Mereka duduk di rumah layan realiti TV.

Saya tidak menafikan hak SIS untuk bersuara.. Mungkin pemikiran wanita sedikit berbeza. Kurang perasan tokoh agama seperti Datuk Dr. Mashitah atau Datuk Ustzh Norbaayah menghurai isu SIS ini..

Bacaan terakhir Saya (Penulis adalah teman sebilik saat di Universiti)

Bacaan lain

Sengaja Dalam Sangsi




Foto: Wallpaper Fedora...

Monday, June 22, 2009

Masdom dan Guru Bahasa

Tempoh hari dapat sama2 bertemu teman2 futsal.. dapat berborak bersama tentang isu terkini, terutamanya tentang bola selain MassDom** (bukan walau hampir kepada nama sebenar) yang turut bercerita tentang kerjanya sebagai guru sepanjang perjalanan pergi dan pulang ke sportXL, Segambut..
Mas menyebut tentang uniknya anak-anak di sekolah dan dan perlunya seorang guru 'menangkap' karekter murid2 supaya segera dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran..

MassDom mengakui beliau terpaksa meneliti hobi murid2 nya dan kadangkala memasukkan cerita seperti dari karekter Hannah Montana, kartun2 aksi di TV dan temasuklah WWF..
Berat di hati saya berkata, wajarkah kartun aksi dan WWF yang penuh penipuan itu dikisahkan pada anak-anak sehingga ke sekolah?

MassDom turut mengakui penggunaan bahasa juga memainkan peranan dalam komunikasi beliau dalam kelas.. Bahasa seperti bahasa rojak kita yang terselit "lah" atau "ma" mungkin sudah biasa digunakan dalam kelas yang muridnya berbilang kaum.. namun jauh di benakku ini ingin bertanya juga "Apakah bentuk bahasa seperti 'cantik giler', 'best siot!' dan seangkatan dengannya wajar digunapakai walaupun guru itu sedar beliau tidak berbahasa buku dan baku, beliau guru bahasa melayu, dan beliau mengajar di sekolah kebangsaan?"

Renung-renungkan, Selamat Beramal dan kalau bersalam dengannya "usikkan@garukan jari anda di tapak tangannya" :)

*HATI-HATI:
Rakyat Malaysia - Jangan atau kurangkan menggunakan perkataan berikut di:


SPORE
Bodek(sila lihat kamus dewan)

INDONESIA
Seronok(walau hakikatnya mereka salah tafsir)

*Sekadar mengambil beberapa pekataan..
**Masdom, 28 tahun, anak kedah merupakan guru di SK Bandar Sri Damansara 2, Selangor. Beliau juga seorang pengantin baru (310509, 080609) yang memperisterikan seorang guru juga yang bertugas di Kepulauan Borneo.. Pemain futsal yang sangat hebat, Mas dan 'team'nya pernah menjadi johan zon kedah FUTSAL-METRO dan layak ke Grand FINAL Futsal Metro di KL beberapa tahun lepas. Merupakan guru sambilan tusyen untuk murid sek rendah, beliau lebih gemar menghabiskan masa menulis 'buku plan mengajar' dan 'menanda buku'. Sebagai penggemar filem dan 'game', Mas yang turut digelar cikgu 'shahrukh' oleh segelintir anak murid kerana wajahnya yang hitam manis sedikit mirip seorang pelakon hindustan yang bergelar Datuk (ditokok tambah oleh penulis) amat senang dengan filem melayu dan permainan PS2 (winning11)..

Sunday, June 14, 2009

Jelebu dan Jerebu

Cuaca sangat tidak baik. Kuala Lumpur gelap, mendung seakan mahu hujan. Hakikatnya, jerebu menguasai langit dan mencemarkan pernafasan aku untuk benafas segar dalam suasana 'honeymoon' lagi. Kala cuaca yang amat tidak baik di Kuala Lumpur, aku dan teman Saujana ke Jelebu, Negeri Sembilan. Ada persembahan mengisi slot awal dan penutup program rakaman Halaqah TV9 di Kuala Kluang.. or Kelawang. Sukar untuk mengingati nama2 di daerah negeri pepatih ni. Rata2 nama tempatnya lucu, sukar di sebut dan mengaibkan :) Walaupun hakikatnya tersirat sejarah istimewa di sebalik nama yang diambil...

Antaranya:
Jalan Dato Siamang Gagap (Seremban)- Sedikit Info
Jalan Penghulu Lembut

Istimewanya perjalanan kami diiringi dengan gelak ketawa.. dan tak sia2 Kimi turut serta ikut 'show' bersama Saujana. Kimi juga memang terkenal mereka2 nama macam wak Pyan.. Memang meriah dan pecah perot dibuatnya kalau Kimi & Pyan berjumpa.. Mereka ibarat moisturizer (hoho) tak kering gusi la. Nanti kalau dapat gambar 'best2' di Jelebu, pasti di'upload'kan..Thanks to Edi yang rajin 'snap' sepanjang di sana...

Saturday, June 13, 2009


“Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.”

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi

Alhamdulillah.. Saya sudah berwalimah.. Moga kami menjadi pasangan yang terus menerus mencintai Allah dan RasulNya.. Mohon doa dari semua agar saya bisa menjadi suami yang bertanggung jawab, moga isteri saya menjadi isteri yang taat dan perkahwinan kami terus dalam rahmat dan barokah Allah SWT...

Photo Source: G-Jart Surah

Thursday, June 4, 2009

Boikot Nike

Dear Muslims, one question – would you wear the following two t-shirts? “Absolutely not!”- everyone would say. The reason is obvious; the following two t-shirts have the images of the deities of other religions on them. No true Muslim would ever wear them.


UMAT ISLAM .. Jangan Membeli Barangan Nike! Sangat menyesal aku membeli sebelum2 ni. Dah la mereka salurkan wang ke Israel, rupanya lebih dahsyat.. ke arah mensyirikkan muslim.. Lailahaillallah! Allahuakbar..

Penjelasan Di Youtube
Penjelasan Di Laman Fatwa USIM

Thursday, May 28, 2009

Syukur Alhamdulillah






Sedih, mendapat email tentang anak-anak kecil di Bangladesh yang mulai kerja dari kecil..
Syukur, anak-anak di Malaysia majoritinya tak sebegitu.. Alhamdulillah..

Sunday, May 24, 2009

Membaca

Gambar Hiasan - Source: G-Jart-Surah

Terasa ingin membaca semua buku dalam dunia ni.. Tapi macam tak cukup masa (Alasan ni!) Baru baca buku tentang jin.. Dan sangat banyak juga info pasal jin yang tak kutahu disamping info2 asas jin yang semua maklum.. Sekadar berkongsi.. Jin itu suka 'transform' ke anjing dan ular hitam, suka pada gelap dan dan tempat maksiat, suka pada tempat kotor, ada yang mirip manusia, ada yang islam dan kafir, ada yang punya kuasa dan teknologi yang hebat, ada yang baik, banyak yang tidak, dan yang menariknya jin itu tidak tahu masa hadapan (Ternyata jahil lagi syirik yang meminta nombor ekor dari jin2 dan saudaranya) Jin ada keluarga, masyarakat dan kerajaannya sendiri.. Jadi mungkin mereka juga ada mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi.. Kurang pasti soal keadilan yang terlaksana dalam mahkamah2 jin.. Kebetulan jin banyak di hutan2, mungkin ada persidangannya di bawah pohon.. Hmm.. Banyakku melalut.. 'back to main point'

Mari kita banyakkan membaca, terutama tentang buku-buku agama, budaya dan sejarah bangsa lain dan bahan ilmiah yang lain seperti buku motivasi dan kemasyarakatan. Buku politik? Kalau rasa tak geli dan jijik.. Boleh juga membacanya..

- Jangan berperangai macam Jin! Kita manusia yang jauh lebih mulia.. Sejak dari syurga

Tuesday, May 19, 2009

Hero & Kuasa



Sekarang ni musim filem dan 'series' hero2 kembali naik.. Dulu Dark Night dan Joker Health Ledger, 'Latest' dengan wolverine & X-men nya. Rata2 mengasyikkan dan membuat kita rasa hidup dalam khayalan.. "Kalaulah aku punya kuasa sebegitu.. Mesti syok!!"
Macam2 perkara baik aku boleh buat kat dunia ni.. 'Of course' pertama sekali aku nak lenyapkan Israel n penyokongnya, kedua mungkin aku nak Allah beriku super power untuk tambah amal ibadah.. :)

Baru ja 'selamat' menonton Prison Break 'season' akhir (scofield pun hero gak, walau takda kuasa magik macam hero filem lain) dan Heroes.. Teringat aku waktu sem 1 degree di UiTM dulu, aku layan dekat 18 episod dalam masa 1 hari (sabtu- memang cuti).. dan akhirnya aku demam.. Elok2 nonton orang jadi hero, aku yg 'disedut' kuasa..



Dalam tahun 2000 dulu kalau x silap.. ada teman bercerita denganku, dikala orang agungkan superhero barat, mereka lupa, para nabi dan rasul juga superhero, bahkan kuasa (mukjizat) mereka yg Allah anugerahkan lebih hebat lagi.. Namun kerana nilai islam yg melarang kita mempertontonkan apalagi melakonkan watak nabi, jadi ramai pemikir dan pembikin filem islam tak menerbitkan filem2 nabi2 ni..
Cuba bayangkan..

1. Muhamad SAW & sebuah kitab yg semua ilmu ada di dalamnya..
2. Isa AS dengan kuasa menyembuhkan orang sakit dan menghidupkan org mati
3. Sulaiman AS yang juga raja segala makhluk di bumi. Bisa mengalahkan semua sihir2 jahat, ( jin sendiri takut dengan baginda..)
4. Nuh AS & Kapal Besar (ni teknologi ni..)
5. Yusuf AS dengan ilmu tafsir mimpi - muka baginda pun kacak(kuasa 'mencairkan'wanita, kalau dapat kat orang biasa, habisla perempuan2 kat dunia ni..)
6. Musa AS & Tongkat sakti( siap jadi ular besar lagi) & kuasa kekuatan baginda hingga bisa membunuh dengan sekali tumbukan!!

dan pelbagai mukjizat rasul-rasul lain lagi..

Padaku cukupla aku kalau punya kuasa bersabar, dan tenaga yg kuat untuk terus cari rezeki yang halal kat bumi ni..

Saturday, May 9, 2009

Alhamdulillah.. Lagu nota cinta dah pun disiapkan. TQ to Abg Firdaus yang bikin music sedap2.. Liriknya pun ditukar sedikit, TQ Abg Ito atas teguran dan pembetulan lirik.. Susunan vokal juga enak.. Tq to pyan yang kreatif. TQ juga Naj and Adi yang nyanyi dengan baik..

Andainya dapat kumenulis nota-nota cinta buat dirinya
Inginku titipkan bersama semua kuntuman bunga yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi..
Bersama kata-kata puji..

Sedang dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada dia
Rinduku hanya padanya
Kasehku balas cintanya
Setiaku balas kasihnya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buatnya
Akurku Kebesarannya
Teragung Maha Sucinya
Taatku hamba yang hina pada pencipta

Kiranya aku hilang arah.. Jalan hidupku, berubah punah
Namun kasihnya, tak pernah akan musnah
Belas rahmatnya, terus mencurah-curah
Nur hidayahnya semakin cerah

Tuesday, April 21, 2009

Nila dan Hipokrit

Langsung dari beberapa kes yang berlaku 'lately' ni.. ramai yang menyebut, artis2 nasyid, ustaz ustazah, tok mufti dan semua orang yang cuba mengajak kepada kebaikan adalah hipokrit semata-mata..

Menurut saya, siapa saja tidak sempurna.. namun semua orang sewajarnya harus cuba untuk menyampaikan yang baik kepada masyarakat.. tidak kiralah dalam apa jua bentuk, hiburan yang baik mungkin, ceramah2, atau pun sepotong ayat.. Apalagi kalau ianya berkaitan dengan hukum dan amalan seharian.

Dari Abi Hurairah, hadis nabi kita "sampaikanlah yang baik dariku walau sepotong ayat.."

Namun persoalan hipokrit ini pula janganlah di salah erti.. mungkin ada sesetengah golongan ini merasakan mereka tidak mahu hipokrit, maka ditonjolkan diri mereka yang sebenar yang penilaianku, adalah kurang sesuai andai dicerita dan ditonjolkan semua sifat, kelakuan buruk dan aib kita kepada semua kerana kononnya kita tidak mahu hipokrit.. Apakah perlu kita khabarkan pada semua orang yang kita ini jenis yang memang berperilaku sedemikian walaupun kita maklum, perilaku kita itu tidak disenangi teman2 dan masyarakat.. Perlu kah semua orang tau kentut kita tidak berbau harum? Maka, kerana salah tafsir pada maksud hipokrit begini, selalu sahabat sealiran yang lain turut terkena tempiasnya.. Walhal 'kentut mereka telah di'cover baik2'. Orang melayu menyebut "kerana nila setitik rosak susu sebelanga".

Kalaulah dapat ditukarkan konsep nila setitik di atas kepada yang lebih positif, kan lebih menarik.. Mungkin pakar sastera dan ahli dewan bahasa lebih arif..

Kerana nila setitik, baju putih jadi cantik dan tidak kekuningan (Azalinor, 2009)
Kerana nila sedikit, hilang sakit beguk ku (Baysirna, 2009)

Friday, April 10, 2009

Sedih Yang Teramat Sangat

Mungkin ada di antara saudara saudari yang pernah mendengar cerita ini.. Atau mungkin membacanya. Namun teramatlah beza antara membaca atau mendengar cerita dari orang lain berbanding melihat sendiri dengan mata.. Lihat video pun nak menitis air mata.. Apalagi kalau depan anak mata.. Terasa nak menyumpah, mencarut dan memaki hamun.. Moga Allah laknat manusia yang tak berperikemanusiaan sebegini..

X GUNA PUNYA ORG!!

Yang sakit jantung, anda dinasihatkan jangan tonton video ini.. cukuplah sekadar membaca artikelnya..

Wednesday, April 8, 2009

Cintaku Pada Dia

Saja menulis puisi sebegini.. Mengungkap kata cinta pada yang punya.. Kalau lulus dek panel yang menilai.. Maka inginku lagukannya.. Dalam album baru Saujana..

Andainya dapat kumenulis nota-nota cinta buat dirinya
Pastiku kepilkan bersama semua kuntuman bunga yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan kukuh ke syurga

Cintaku pada si dia
Cintaku hanya padanya
Kasihku balas cintanya
Kasihku kerana dia
Cintaku hamba yang hina pada yang punya

Rinduku pada si dia
Rinduku hanya padanya
Taatku balas cintanya
Hidupku kerana dia
Kasihku kasih yang setia pada pencipta

Biarpun aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Kiranya aku kan bersalah
Dia bisa ampunkanku asal kumemohon
Biarpun kerap kuterleka, silapku berulang segala
Namun kasihnya, tak pernah akan musnah
buat diriku yang mengharapkannya


- 5.15 am, 28th March 2009

Thursday, March 19, 2009

Istimewa

Aku bertanya pada diriku, adakah memang benar ada orang yang 'gifted' dalam dunia ini.. Teringat zaman sekolah dulu, beberapa rakan kelasku yang kufikir memang diberi kelebihan dalam subjek tertentu, kecekapan dalam menjawab soalan walaupun mereka dikenalpasti oleh rakan2 yang lain sebagai antara yang kurang belajar berbanding yang lain..

Hikari (hampir kepada nama sebenar) yang sekarang bertugas di syarikat bank gergasi di KL, antara yang disebut sebagai pelajar 'genius' di sekolahku dahulu.. Rata-rata subjek nya semua A baik dalam apa jua ujian dan peperiksaan. Antara yang menarik, beliau dikatakan mampu menjawab soalan 'add math' dengan pengiraan yang berbeza dari pengiraan yang di ajar guru.. Ingatan beliau juga kuat.. terutama dalam subjek sejarah, biologi dan subjek yang memerlukan penumpuan dan bacaan yang berulang. Aku boleh dikataan 18 jam seharianku di asrama bersamanya, dan sangat pasti, beliau kurang membaca.. (mungkin lebih sedikit dariku).. namun sebenualah jauhnya aktiviti membaca beliau kalau nak dibezakan dengan teman-teman 'best student'ku yang sudah menjadi doktor sekarang.

Bersama teman futsal yang sangat 'istimewa'

Ada seorang teman menulis di laman facebooknya, "Mawi dan Siti adalah 'kejadian' satu dalam sejuta" .. Mungkin menurut beliau .. mereka terlalu istimewa.. Terfikir sejenak, 'termanggu' (apa makna ni? macam sesuai letak..) Adakah ini bermakna, andai mereka tidak berusaha dan meningkatkan diri, mereka akan tetap berjaya seperti sekarang.. Padaku, yang istimewa hanya dari kalangan nabi2 terutamanya nabi kita Muhammad SAW. Apa jua kejayaan atau kelebihan @ 'gifted' yang ada pada diri kita semua sekarang ini hanya pinjaman, mungkin dalam bentuk nikmat mahupun ujian dariNya untuk melihat sama ada kita sukur (ejaan indo) atau tidak dengan rejekiNya (juga ejaan indo).

Wallahualam

Saturday, March 7, 2009

Apa Khabar Kamu Di Sana?

Sebetulnya, banyak cerita menarik nak dikongsi bersama pembaca.. Namun masa tidak mengizinkan untuk menulis kebelakangan ini.. Seolah2 waktu itu terlalu mencemburui, lebih dari seorang kekasih yang 'jeles' kekasihnya diminati orang.. Satu kisah yang pelik untuk tatapan ialah.. Kerap dalam minggu ini, aku dihujani SMS dan panggilan telefon dari teman2 yang ada di antara mereka rasanya hampir 3 ke 4 tahun tak berhubung denganku.. Aku fikirkan ada undangan perkahwinan.. Atau berita kelahiran.. Rupanya semua nak bertanya khabar teman lamaku yang agak 'famous' lately ni gara2 masuk tv dan 'paper'.. Anehnya, bukan khabarku ditanya..

Aku sendiri tak dapat nak menjawab kebanyakan soalan2 unik dari yang bertanya.. Kerana, aku sendiri dah hampir 2 tahun lebih tak berjumpa dengannya, apa lagi, gara2 nombor telefonnya yang kerap bertukar, maka komunikasi antara kami berdua boleh dikatakan terputus.. Lalu, aku hanya mampu memberi komen yang sangat ringkas iaitu..

"Aku pasti beliau telah memikir panjang untuk bertindak dan 'appear' begitu dan pada aku, itu adalah keputusan yang dibuat sesuai dengan situasinya sendiri.."

Jauh di sudut hatiku, aku mendoakan yang baik buat semua teman2 ku, lama dan baru, tua dan muda, dan yang juga punya krisis denganku sebelum ini.. Tak mahulah berdendam2 kerana perkara2 remeh.. Banyak lagi isu penting untuk diperdebatkan atau dibincang, macam ekonomi dan pendidikan..

Saturday, February 14, 2009

Sama Tak Serupa

Beberapa hari yang lalu.. ada seorang hamba Allah berkata.. "Familiar la muka bro ni.. tapi x 'sure' jumpa kat mana.." Sebenarnya saya sendiri agak pelik.. kerana Saujana agak sunyi beberapa tahun ni, so x mungkin dia mengenaliku kerana aku anggota Saujana. Aku pun bukan masuk rancangan realiti TV apa2.. Memang ada sebelum ni org kata muka ku macam Zahid, tapi aku sendiri x pasti mana yang sama.. Yang sangat pelik ada orang kata muka ku macam Aqasha.. Dalam hatiku, "Wan Akashah ker?"

Kalau macam Zahid aku terima la.. kerana aku lahir lagi lambat dari dia.. maka muka aku macam dia kira ok la.. tapi kalau muka aku macam aqasha pelakun tu, aku rasa agak lucu.. sepatutya orang kata muka dia yang macam aku.. (aku lahir setahun lambat dari zahid tapi setahun cepat dari Aqasha). Perbandingan yang kurang sesuai la.. Macam orang kata gini la... "Muka Dr Mahathir macam muka Datuk Mukhriz kan?" Dari segi teks memang benar tapi dari segi nilai ayat tu agak tidak tepat.. Seolah2 Mukhriz yang lahir dulu sebelum ayahnya..

Menurutku, segala perkara, isu atau perkara remeh sekalipun ayat, kata2 dan pandangan harus melihat secara menyeluruh.. Takut tak kena gaya. Kerana mulut badan binasa.. Maka, pandangan ku, sesuatu perkara itu jangan kita lihat semuanya sama, kerana batinnya pasti berbeza.. apa lagi yang berkaitan dengan niat..

Termenung sejenak memikirkan apakah lompat parti yang berlaku di Perak baru2 ni, sama dengan lompat parti yang dicanang2 oleh DSAI saat nak tukar kerajaan 16 sept dulu.. Wallahualam

Saturday, February 7, 2009

Harapan

Kita mohon hidayah dari Allah
Kita mohon agar kita tetap iman
Kita berusaha untuk gandakan ibadah
Kita juga mohon agar tetap utuh ingatan kita padaNya
Kita doa moga Allah ampunkan dosa kita, dosa orang-orang yang kita sayang, terutamanya orang tua kita
Kita mengimpikan kejayaan yang kita inginkan, mengikut persepsi kejayaan yang kita bayangkan.. mengikut selera masyarakat
Kita doakan agar mereka yang jauh kembali ke pangkal jalan
Kita harap semua dugaan yang kita tempuh ada hikmah dihujungnya
Kita doa moga kita tidak leka dengan dunia..
Kita susun strategi ke akhirat yang sempurna balasannya buat kita..

Wednesday, January 21, 2009

Adat dan Cara Berfikir

'Kalau padangnya lain, belalangnya juga lain' seorang kenalan berbicara.. Beliau mungkin bermaksud.. Kalau dari segi adat, jika tempatnya berbeza, walau bangsa yang tinggal sama, pasti cara hidupnya berbeza.. Bahasa pertuturan sudah pasti..Cara memasak, menyambut hari perkahwinan, cara beraya, kadang2 sampai bentuk ibadah juga berbeza.. Inilah yang bersimpung siul bersama adat dan cara pemikiran.

Kelmarin saya sempat berbual2 bersama ahli agama dan usahawan seperti Haji Muhamad Zakaria, Ust Zahazan dan Haji Mat Dungun (marketing person for TBSB sdn bhd.. lebih kurang la) Kami bertanya khabar.. Berbual tentang isu semasa agama, seperti persoalan salafi, sufi, wahabi, politik dan sebagainya.. Antara perkara lain yang kami bualkan adalah tentang perkara - perkara positif dalam sudut berusaha untuk berjaya. Seperti yang kujangka, 'input' yang diperoleh bila bersama dengan insan2 berjaya ni memang padat.. Benarlah kata cerdik pandai, nak berjaya duduk bersama orang yang berjaya.. Kalau nak pandai tangkap ikan, tinggallah dengan nelayan. Kira 'conclusion' yang dapat aku buat ialah "AKU MAHU JADI LEBIH BAIK!!"

Baik dari semua segi la.. dari sudut akhlak, ilmu, amalan, pemikiran, usaha, hubungan keluarga dan macam2 lagi.. Banyak!!! Marilah kita sama2 ke arah yang lebih baik.. Kalau dulu pengotor, jadi pembersih, penipu jadilah insan jujur, istilah 'kepada lebih baik itu.. kita yang harus tafsir sendiri' dan harus pastikan tidak berselisih dengan rona hidup dan pandangan masyarakat..

Perompak bilang, "aku nak jadi lebih baik, semalam aku dapat rompak 5 juta, esok aku nak rompak 10 juta" Kan pelik pemikiran macam ni? dari sudut motivasi, nampak macam lebih baik dan kira macam ada usaha nak lebih berjaya, tapi kan berselisih dengan kitab-kitab yang mengajak kepada kebaikan pada masyarakat. Wallahualam

Wednesday, January 7, 2009

Kalaulah aku pandai berperang..

Gaza masih x henti2 di bom.. Andai saudara saudari terjumpa orang israel kat malaysia ni.. Kalau terjumpa la.. jangan lupa bunuh ya.. Kalau takut kena tangkap.. lukakan la dia, macam potong jari, kerat mata, siat telinga.. Atau kalau masih takut juga, cubit la sampai berdarah..

Satu video yang menarik.. Ini Mamat dari Bosnia yang buat dulu.. Sekelip mata ja.. Apalah ujian kita di Malaysia ini.. Kecil ja.. Denggi, denggi, Chikungunya, aedes, aedes... Wallahualam


Tuesday, January 6, 2009

Kehendak dan Matlamat

Ahad lepas, bersama Adi Farhan dan Hafiz Shaari ke Island Red Cafe makan-makan sambil mendengar satu bentuk & konsep perniagaan MLM untuk 'marketing company' ni.. Agak menarik, tapi dari sudut masa agak belum bersedia untuk fokus MLM sebegini.. Upline Adi, sangat petah berkata-kata, kurang pasti namanya siapa.. tapi dari sudut ilmu.. kata-katanya sangat baik.. semacam motivasi.. Yang paling pasti, bro. tersebut menyebut..

MATLAMAT = Mahu Atau Tidak Lahirnya Aku Mesti Ada Tujuan..(Mungkin dia reka or amik dari sesiapa. Yang pasti aku baru dengar..)

Apa dia tujuan kita dilahirkan? Aku memikirkan jawapan yang paling 'general' untuk soalan ini jika aku pandang dari perspektif yang juga 'general'.. Aku belum mahu memadatkan pemikiranku dengan memikirkan dari sudut 'islamic', agama lain, 'free thinker', sains dan falsafah mahupun 'future thinker' (ada ker ni?). Atas 'platform' general pun aku masih tidak pasti jawapan yang dapat 'full mark'.*

Aku menjemput saudara saudari untuk tinggalkan jawapan dalam bentuk komen, letak la ID apa pun, anonymous ke, animaryuni ke.. Tapi jawapan harus general ya..

Aku menyambung perbincangan soal matlamat dengan sahabat lama.. Bro M (pasti bukan nama sebenar) antara yang sering 'curhat' (curahan hati << bahasa Indo ni..)dan sering mengajak aku berfikir tentang hidup..

Bro M bilang, persoalan matlamat itu sudah 'pasti dan amat pasti'.. Namun perkara penting yang berkait dengan matlamat itu sendiri ialah KEHENDAK.. Ini yang kita tempuh. Kehendak ini yang mengakibatkan kita terjebak dengan kesedihan dan kegembiraan.. Dalam erti kata lain, insan yang punya kehendak, atau lebih parah banyak kehendak bersedialah untuk 2 kemungkinan.. Kena gaya, dia akan 'happy'. Kalau jauh dari gaya, dia sepi, sendiri, lemah sendi2, merasa benci, rendah diri, terasa nak memaki dan macam2 lagi.. (Siapa terasa nak komen, komen pedas2 pun tak mengapa, tapi bahasa yang baik2 ya)

Bro M 'suggest', cuba teruskan hidup tanpa kehendak.. Ada kemungkinan tak sedih itu tak datang? <<<<('Please' jangan kaitkan dulu dengan 'statement' "ujian dariNya". Mungkin juga gembira itu tiada.. Tapi, sekurang-kurangya kita berasa tenang mungkin.**

*Apa yang saya sebutkan semua di atas adalah satu bentuk gaya memikir yang saya cadangkan, mungkin tak betul dan sangat tak betul..
**Sebenarnya gaya memikir begini memang nampak macam tak betul

Amat sesuai untuk yang cuba memikir gaya "Bahalul"

Saturday, January 3, 2009

Selamat Tahun Baru

Ucapan Salam Tahun Baru Islam dan Tahun Baru Masehi buat semua yang sudi membaca blog saya. Saya ada 3 rangkap pantun yang kurang 'stylo', untuk saya & pembaca

Bunga api di KLCC
Peluru dan bom berapi di Gaza
Berbanyaklah kita perbaiki diri
Berhijrah ke peribadi mulia

Air 'free' di Darul Ehsan
Tanah 'free' di negeri Perak
Azam yang lepas masih x berkesan
Azam baru ditambah pulak

Ramai teman dah berkahwin dan bertunang
Yang bujang menanti hari yang indah itu
Perkara yang lama usah dikenang
Mulakan hari ini dengan sesuatu yang baru


Apa jua yang berlaku.. yang baik dari Allah..
Yang kurang baik, mungkin dari kesilapan kita
Atas ketentuan qada' dan qadarnya..
Pasti ada hikmah.. Jangan risau..