Tuesday, January 6, 2009

Kehendak dan Matlamat

Ahad lepas, bersama Adi Farhan dan Hafiz Shaari ke Island Red Cafe makan-makan sambil mendengar satu bentuk & konsep perniagaan MLM untuk 'marketing company' ni.. Agak menarik, tapi dari sudut masa agak belum bersedia untuk fokus MLM sebegini.. Upline Adi, sangat petah berkata-kata, kurang pasti namanya siapa.. tapi dari sudut ilmu.. kata-katanya sangat baik.. semacam motivasi.. Yang paling pasti, bro. tersebut menyebut..

MATLAMAT = Mahu Atau Tidak Lahirnya Aku Mesti Ada Tujuan..(Mungkin dia reka or amik dari sesiapa. Yang pasti aku baru dengar..)

Apa dia tujuan kita dilahirkan? Aku memikirkan jawapan yang paling 'general' untuk soalan ini jika aku pandang dari perspektif yang juga 'general'.. Aku belum mahu memadatkan pemikiranku dengan memikirkan dari sudut 'islamic', agama lain, 'free thinker', sains dan falsafah mahupun 'future thinker' (ada ker ni?). Atas 'platform' general pun aku masih tidak pasti jawapan yang dapat 'full mark'.*

Aku menjemput saudara saudari untuk tinggalkan jawapan dalam bentuk komen, letak la ID apa pun, anonymous ke, animaryuni ke.. Tapi jawapan harus general ya..

Aku menyambung perbincangan soal matlamat dengan sahabat lama.. Bro M (pasti bukan nama sebenar) antara yang sering 'curhat' (curahan hati << bahasa Indo ni..)dan sering mengajak aku berfikir tentang hidup..

Bro M bilang, persoalan matlamat itu sudah 'pasti dan amat pasti'.. Namun perkara penting yang berkait dengan matlamat itu sendiri ialah KEHENDAK.. Ini yang kita tempuh. Kehendak ini yang mengakibatkan kita terjebak dengan kesedihan dan kegembiraan.. Dalam erti kata lain, insan yang punya kehendak, atau lebih parah banyak kehendak bersedialah untuk 2 kemungkinan.. Kena gaya, dia akan 'happy'. Kalau jauh dari gaya, dia sepi, sendiri, lemah sendi2, merasa benci, rendah diri, terasa nak memaki dan macam2 lagi.. (Siapa terasa nak komen, komen pedas2 pun tak mengapa, tapi bahasa yang baik2 ya)

Bro M 'suggest', cuba teruskan hidup tanpa kehendak.. Ada kemungkinan tak sedih itu tak datang? <<<<('Please' jangan kaitkan dulu dengan 'statement' "ujian dariNya". Mungkin juga gembira itu tiada.. Tapi, sekurang-kurangya kita berasa tenang mungkin.**

*Apa yang saya sebutkan semua di atas adalah satu bentuk gaya memikir yang saya cadangkan, mungkin tak betul dan sangat tak betul..
**Sebenarnya gaya memikir begini memang nampak macam tak betul

Amat sesuai untuk yang cuba memikir gaya "Bahalul"

6 comments:

  1. kita dilahirkan untuk jadi pemimpin

    ReplyDelete
  2. kita dilahirkan untuk memakmurkan bumi. sebagai manusia yang bergelar khalifah. khalifah ini maksudnya luas. mari sama-sama kita renungkan bersama. kerana betapa manusia yang sahaja yang sanggup menerima perjanjian dan tanggungjawab ini. segalanya tersembunyi hikmah.

    walau apa pun, kita perlu berkehendak. fitrah manusia berkehendak. bagaimana kita membataskan kehendak agar kita tidak kecewa akhirnya. iringi usaha, doa dan tawakal agar menerima apa sahaja kemungkinan.

    ReplyDelete
  3. Paling general yeah Nino? Yg pastinya, kita lahir utk hidup.

    Barulah pecahannya keluar. kalau hidup, perlu ada (1)- tanggungjawab (kepada Allah, diri, Keluarga, umat, etc).
    kemudian baru layan (2)- keinginan. kena ada (3)- matlamat utk capai keinginan. timbul (4)- cita2, (5)- kesan & tinggalan kita kepada dunia.

    masalahnya aku sume pun takde atau berterabur. Ya Allah, aku tau Taufiq Mu pun tak aku terima penuh, tapi please lah bg aku kesedaran ttg:

    A. 1
    B. 2
    C. 3
    D. 4
    E. 5
    Semua yg diatas

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. I agree that it's basically about choices.

    Contoh mudah, kalau dihadapkan dengan kesusahan seperti, hmmm...dirompak. Kita boleh

    a) menyesali nasib diri dan mengutuk2 kesialan diri dirompak
    atau
    b) mensyukuri nasib sekurang-kurangnya hanya dirompak, bukan _______ (isi tempat kosong dengan kejadian yang lebih malang)

    Contoh yang mungkin tidak relevan tapi point is, sedih atau gembira, isn't that just a state of mind? :-)

    Matlamat=keperluan, pilihan=kehendak?

    ReplyDelete