Saturday, January 3, 2009

Selamat Tahun Baru

Ucapan Salam Tahun Baru Islam dan Tahun Baru Masehi buat semua yang sudi membaca blog saya. Saya ada 3 rangkap pantun yang kurang 'stylo', untuk saya & pembaca

Bunga api di KLCC
Peluru dan bom berapi di Gaza
Berbanyaklah kita perbaiki diri
Berhijrah ke peribadi mulia

Air 'free' di Darul Ehsan
Tanah 'free' di negeri Perak
Azam yang lepas masih x berkesan
Azam baru ditambah pulak

Ramai teman dah berkahwin dan bertunang
Yang bujang menanti hari yang indah itu
Perkara yang lama usah dikenang
Mulakan hari ini dengan sesuatu yang baru


Apa jua yang berlaku.. yang baik dari Allah..
Yang kurang baik, mungkin dari kesilapan kita
Atas ketentuan qada' dan qadarnya..
Pasti ada hikmah.. Jangan risau..

2 comments:

  1. toshiba?hahaha, ok antara 3 dah buat keputusan utk jangka pjg, insya-allah.

    ReplyDelete
  2. Aku mohon Ya Allah, jangan kau biarkan aku berjauhan denganMu.
    Aku berazam pada tahun ini, aku akan meningkatkan prestasi dalam kitabku dengan berpuasa sunat hari isnin dan khamis bagi menyucikan diri dan hati dari titik hitam yang telah melekat di segumpal darah bekuku yang masih kukuh berada di dalam badanku, juga aku akan istiqamahkan solat malam untuk taqarrub ilallah, untuk menerangi alam kuburku kelak, untuk membersihkan hati dan fikiran, untuk mengukuhkan iman di dada, untuk menggapai redhaNya, untuk menjadi muslimah solehah yang benar-benar bertaqwa, untuk mendapat rezeki yang murah dan halal, untuk mendapat jodoh dan zuriat yang baik, untuk mempermudahkan segala urusanku, untuk memperelokkan akhlakku..ya Allah ikhlaskanlah hatiku dalam setiap hal.kumohon ya Allah..mohon dengan sangat...

    ReplyDelete