Saturday, March 7, 2009

Apa Khabar Kamu Di Sana?

Sebetulnya, banyak cerita menarik nak dikongsi bersama pembaca.. Namun masa tidak mengizinkan untuk menulis kebelakangan ini.. Seolah2 waktu itu terlalu mencemburui, lebih dari seorang kekasih yang 'jeles' kekasihnya diminati orang.. Satu kisah yang pelik untuk tatapan ialah.. Kerap dalam minggu ini, aku dihujani SMS dan panggilan telefon dari teman2 yang ada di antara mereka rasanya hampir 3 ke 4 tahun tak berhubung denganku.. Aku fikirkan ada undangan perkahwinan.. Atau berita kelahiran.. Rupanya semua nak bertanya khabar teman lamaku yang agak 'famous' lately ni gara2 masuk tv dan 'paper'.. Anehnya, bukan khabarku ditanya..

Aku sendiri tak dapat nak menjawab kebanyakan soalan2 unik dari yang bertanya.. Kerana, aku sendiri dah hampir 2 tahun lebih tak berjumpa dengannya, apa lagi, gara2 nombor telefonnya yang kerap bertukar, maka komunikasi antara kami berdua boleh dikatakan terputus.. Lalu, aku hanya mampu memberi komen yang sangat ringkas iaitu..

"Aku pasti beliau telah memikir panjang untuk bertindak dan 'appear' begitu dan pada aku, itu adalah keputusan yang dibuat sesuai dengan situasinya sendiri.."

Jauh di sudut hatiku, aku mendoakan yang baik buat semua teman2 ku, lama dan baru, tua dan muda, dan yang juga punya krisis denganku sebelum ini.. Tak mahulah berdendam2 kerana perkara2 remeh.. Banyak lagi isu penting untuk diperdebatkan atau dibincang, macam ekonomi dan pendidikan..

5 comments:

  1. Semoga Allah memberi petunjuk & hidayah...
    Dia lah yg Maha Pengampun & Maha Mengasihani hamba2 Nya..

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Mengetahui....kawan anda itu sedang diuji dengan hasrat nya itu...

    ReplyDelete
  3. salam..

    sy tak percaya itu dia.Mungkin
    pelanduk 2 serupa.

    ReplyDelete
  4. sy yakin dier akan kembali spt dhulu...maybe skarang nih dier tersilap langkah ttpi dier x kan selamanya tersilap langkah..InsyaAllah...dier akan kembali..sme2 kita doakan...

    ReplyDelete
  5. haha. aku pun hampir2 nak call ko masa tu... oh betapa busy body nya aku..

    ReplyDelete