Wednesday, April 8, 2009

Cintaku Pada Dia

Saja menulis puisi sebegini.. Mengungkap kata cinta pada yang punya.. Kalau lulus dek panel yang menilai.. Maka inginku lagukannya.. Dalam album baru Saujana..

Andainya dapat kumenulis nota-nota cinta buat dirinya
Pastiku kepilkan bersama semua kuntuman bunga yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan kukuh ke syurga

Cintaku pada si dia
Cintaku hanya padanya
Kasihku balas cintanya
Kasihku kerana dia
Cintaku hamba yang hina pada yang punya

Rinduku pada si dia
Rinduku hanya padanya
Taatku balas cintanya
Hidupku kerana dia
Kasihku kasih yang setia pada pencipta

Biarpun aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Kiranya aku kan bersalah
Dia bisa ampunkanku asal kumemohon
Biarpun kerap kuterleka, silapku berulang segala
Namun kasihnya, tak pernah akan musnah
buat diriku yang mengharapkannya


- 5.15 am, 28th March 2009

3 comments:

  1. salam...

    iAllah lulus la tu...best bait2 ayat dalam 'puisi' awak ni...

    p.s.: semoga segalanya berjalan lancar...

    ReplyDelete
  2. ok kot..just ayat nyer terlalu direct..
    pda sy la...tak tau la kan...
    tu je nak comment..
    kalu ulang ayat yg sama pon ..
    kalu btol la kuar jadi lagu..cam tak puas jer...
    nape ekh lagu skrg ni ramai yg suke ulang ayat yg same?

    ReplyDelete