Sunday, June 14, 2009

Jelebu dan Jerebu

Cuaca sangat tidak baik. Kuala Lumpur gelap, mendung seakan mahu hujan. Hakikatnya, jerebu menguasai langit dan mencemarkan pernafasan aku untuk benafas segar dalam suasana 'honeymoon' lagi. Kala cuaca yang amat tidak baik di Kuala Lumpur, aku dan teman Saujana ke Jelebu, Negeri Sembilan. Ada persembahan mengisi slot awal dan penutup program rakaman Halaqah TV9 di Kuala Kluang.. or Kelawang. Sukar untuk mengingati nama2 di daerah negeri pepatih ni. Rata2 nama tempatnya lucu, sukar di sebut dan mengaibkan :) Walaupun hakikatnya tersirat sejarah istimewa di sebalik nama yang diambil...

Antaranya:
Jalan Dato Siamang Gagap (Seremban)- Sedikit Info
Jalan Penghulu Lembut

Istimewanya perjalanan kami diiringi dengan gelak ketawa.. dan tak sia2 Kimi turut serta ikut 'show' bersama Saujana. Kimi juga memang terkenal mereka2 nama macam wak Pyan.. Memang meriah dan pecah perot dibuatnya kalau Kimi & Pyan berjumpa.. Mereka ibarat moisturizer (hoho) tak kering gusi la. Nanti kalau dapat gambar 'best2' di Jelebu, pasti di'upload'kan..Thanks to Edi yang rajin 'snap' sepanjang di sana...

3 comments:

  1. Jalan Dato' Siamang Gagap la...bukan Siambang...pembetulan...2x!

    ReplyDelete
  2. Seronok ikut korang hari tu... btw pelik jugak macam mana Pencinta Kebijaksanaan boleh bagi review pasal journey to Jelebu sbb 99.996% perjalanan Pencinta Kebijaksanaan tido rasanya? haha

    ReplyDelete
  3. Tidor dari zahirnya, hati masih celik dan segar mensyukuri nikmat Allah.. :)

    ReplyDelete