Friday, September 18, 2009

Rayaku yang pertama..

Kali ini aku beraya sebagai suami
Bakal beraya bersama keluarga isteri
Beraya sebagai seorang yang insyaallah 'soon to have a baby'
Juga pertama kali beraya sebagai orang yang makan gaji
Masih beraya bersama Saujana walau sering bertukar ahli..
- Azali

Monday, September 14, 2009

Sukarkah Memaafkan?

Raya hampir tiba. Alhamdulillah, ramadan ku kali ini penuh dengan undangan berbuka. Dapat lah pakej yang aku inginkan.. melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim dalam menyampaikan perkara- perkara yang baik, mencari rezeki buat keluarga dan dalam masa yang sama merapatkan silaturrahim sesama keluarga Saujana, penasyid, teman penganjur yang dah lama tak berjumpa dan segelintir peminat yang sudi menonton serta meluangkan masa bersama Saujana :
 
Di sini saya menyebutkan beberapa nama sahabat dan teman yang barangkali kami akan bertemu mereka hanya di bulan ramadan sahaja.
1. Abang Harun bekas PR Hijjaz , event organizer merangkap komposer lagu 'Jesnita' ( Jumpa di Mydin USJ semalam)
2. Serina Redzuwan , pelakon & pengacara berbakat - terima kasih atas jemputan di Ampang Point
3. Hj Mubbin, Bos Raihan, dulu Bos di Telaga Biru - Atas jemputan berbuka di Kelana Sentral
4. Jeff Hazimin, mentorku, merangkap hos, event organizer terkenal - Juga bersama di Kelana sentral
5. Beberapa Dj Radio seperti Radio Ikim, Muzik FM dan beberapa lagi stesen radio yang sempat kami bertemu saat undangan berbuka
6. Bro Zamani , bard & pyan Ar-Rijal - Jemputan di Dewan Perdana Felda, Singgahsana Hotel
7. Cik Ton dan saing2 di Kelate - Siap kena belanja makan celok lagi.. Moga murah rezeki nurse2 ni...
8. Teman2 SMAPK dan UM.. seronok jumpa.. sumer dah tembam2 dan beranak bini..
 
Begitulah seba sedikit istimewanya ramadan buat Saujana.. Silaturrahim yang terbina dahulu dieratkan lagi dalam program2 seumpama majlis berbuka puasa dan undangan persembahan.
Moga ukhuwah yang terjalin mngukuhkan lagi cinta kami sesama muslim bersaudara. Sabda Nabi S.A.W : 
Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari )
 
Istimewanya. Sempat juga kami bermaafan bagi raya yang bakal menjelang. Manalah tau mungkin ini adalah ramadan dan eidul fitri yang terakhir buat diri kami.  Firman Allah S.W.T,
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (A'li Imran (3) : 133-134)
 
Admin: Dengan ahli Saujana lama dan baru ni.. belum bermaafan lagi.. Banyak dosa ni.. (ketawa banyak sangat ramadan ni)  Keh3..