Tuesday, December 21, 2010

Brand?

Sekarang saya kuliah subjek Entrepreneurship Development. Pensyarah saya Prof. Ian Fenwick, asli British dan sekarang menetap di Thailand merupakan pakar dalam bidang 'digital marketing'. Dalam satu 'chapter' tentang 'Brand' Prof. menerangkan tentang kepentingan mempunyai brand tersendiri buat produk kita, atau erti kata lain, 'branding' buat diri kita, (jika kita rasa kita adalah produk)..

Soal 'branding' ini sudah lama saya dan teman-teman Saujana fikirkan. Apakah produk lain yang mampu kita pasarkan dengan menggunakan nama Saujana. Saya sendiri kurang selesa jika Saujana itu digunakan sebagai 'brand' untuk produk lain selain 'album nasyid' dan 'motivasi ala edutainment'. Menurut saya Saujana sudah sinonim dengan nasyid, apakah sesuai Saujana dipaparkan sebagai jenama 'perfume', kosmetik, pakaian ibadah atau barangan sukan. Ada teman yang mencadangkan kita gunakan Saujana untuk medapat tender kerajaan..

"Orang percaya korang buat perkara baik dalam Malaysia ni, jadi mereka percaya korang mampu buat kerja dengan baik, tender kerajaan ni, kalau tak korup, ianya 'base on trust'"
kata teman saya..

Prof menyebut, 'brand' itu harus sesuai dengan servis dan produk yang kita tawarkan.. Bayangkan Coca-Cola memasarkan makanan segera atau alat tulis.. Barangkali produk itu boleh jual, namun pasti ramai yang rasa janggal.. Yang mungkin mengakibatkan kerugian yang lebih besar.

Terbaru teman-teman saya melancarkan website Facefood.com.my.. Satu idea yg baik dari sudut idea dan 'business model', namun sedikit kontroversi dari segi nama 'brand'nya..

Lawat www.facefood.com.my

Monday, December 20, 2010

3 Cara Memujuk?


Sebenarnya saya ingin menulis tentang '3 ways to persuade'. Saya kurang pasti apa maknaya 'persuade' dalam bahasa. Menurut isteri saya, kata melayu yang paling dekat dengan 'persuade' ialah pujuk.

Aristotle, ahli falsafah Yunani, menerangkan cara untuk kita 'persuade' orang supaya mempercayai kita. Sama ada kita penjual barang, penceramah, guru, ahli politik atau siapa saja, kita perlu mempunyai kesemua elemen di bawah untuk 'menjual ayat' kita dengan berjaya..

LOGOS - Logik
ETHOS - Etika

PATHOS - Emosi


Logik - Sesuatu yang kita cuba utarakan itu haruslah logik, dalam erti kata lain, punya data dan statistik yang membenarkannya. Bukan khayalan semata

Etika - Berkait dengan kredibiliti kita yang cuba memujuk atau memperdaya orang. Reputasi kita di mata masyarakat dan mereka yang mendengar. Sejarah kita sangat penting untuk dinilai pendengar. Kepercayaan pendengar adalah perkara utama.

Emosi - Berkait dengan kemampuan kita mengolah sesuatu perkara menjadi sesuatu yang sangat sensitif, rasa tertarik dan teruja untuk pendengar mendengar. Jika di kisahkan tentang cinta, kita harus hidangkan emosi pendengar dengan bayangan saat-saat indah, pujuk rayu, dan suasana romantik.

Jika anda mahir 3 perkara di atas, menurut Aristotle anda mampu 'persuade' orang.

Tuesday, December 7, 2010

Jesus Christ - PBUH

I read a book about Jesus Christ, one of the chapter mentioned his mission and miracles which I believed they're interesting. Most of it are not contradict with Quran. Previously I watched clips from Youtube discussing whether he is God, whether he was a good man and whether he was a prophet? I've tried to figure out the similiraties regarding what muslim and christian said about Jesus Christ.. and here are some of the facts:

HE ALIVE

HE WAS A REAL PERSON MORE THAN 2000 YEAR AGO

HE SPEAK, EAT, WALK

HE WAS A PROPHET, speaks word of god, messenger, has a divine mission to communicate about the word and will of god, speaking the truth, prophetic offers

HE PERFORMED MIRACLE – his birth was miracle, virgin born, he can raise people from dead, healing many kind of diseases

HE WAS WITHOUT SIN, faultless

HE WAS REJECTED BY HIS PEOPLE - Bani Israel


Friday, November 19, 2010

Success

There is no shortcut to success. Success will be so sweet when it comes from your effort through hard work (Prof Rahim M. Sail, 2010)

Tuesday, November 9, 2010

Wanita di Congo

Purata 14 orang rakyat Congo dirogol setiap hari. Majoritinya isteri-isteri dari golongan miskin dan kurang upaya. Kanak-kanak juga dirogol. Menurut BBC, lebih dari 40000 kes rogol dilaporkan semenjak 2006.

Yang menarik, sebuah kisah mengenai seorang wanita Congo yang mempertaruhkan maruahnya untuk dirogol agar suaminya tidak dibunuh pemberontak. Setelah dirogol, beliau diceraikan suaminya kerana dirinya sudah tidak lagi 'suci'. Wajarkah? Apa yang Islam ajar kita?

Kes kedua menceritakan tentang bagaimana seorang wanita yang baru saja dirogol pemberontak, dalam perjalanan ke rumah sakit, ditahan di 'checkpoint berikutnya' dalam perjalanannya, dan dirogol buat kali kedua hanya dalam masa beberapa jam..

Bersyukurlah kita dengan apa yang Allah kurniakan selama ini.. Moga Allah pelihara kita

Sunday, October 31, 2010

Solat Jumaat

Jumaat lepas saya solat jumaat di Masjid Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Khutbahnya berbahasa arab.. Selesai solat, imam senyap, dan beberapa saat kemudian makmum keluar dan kembali bekerja..

Sunday, October 17, 2010

Berfikir

Saya menggalakkan pembaca dan diri saya sendiri untuk rajin berfikir.. Jangan terlalu mudah membuat andaian dan keputusan. Ambil masa untuk bertenang dan berfikir.

Sunday, October 3, 2010

Maher Zain di Malaysia!!!!

Akhirnya.. Maher Zain datang juga ke Malaysia. Tahniah kepada Inteam dan JIM ( raudatus Sakinah) yang membawa Maher ke Kuala Lumpur..

Tahniah juga kepada Pyan 'coz' dapat terlibat belakang tabir Konsert nanti... Boleh la melihat, belajar dan menafsir..

Friday, October 1, 2010

CD Belajar Bahasa Arab 1st Kit

Menarik, bermelodi, mudah, lagu-lagu yang catchy.. Untuk guru sekolah, ibu bapa dan semua yang berminat. Hanya RM 15.

Sesuai juga untuk anak-anak berumur 5 tahun ke atas. Dapatkan segera atau email saya di baysirna@gmail.com for details..

Thursday, September 30, 2010

Aur

"Bang Azali, aur itu apaan?" Nanya Arief Budiman di kelas pagi tadi..

Kau bagaikan tebing
Seringkali dipukul badai
Ku rela menjadi aur
Kita saling memerlukan..

Friday, September 24, 2010

Sarjana

Ternyata menyambung kuliah di peringkat sarjana amat istimewa. Kita melihat subjek itu dari sudut yang berbeza dan ' very deep'. Terlalu teliti, walau kuliah baru sehari..


Dengan kenalan yang datang dari pelbagai bangsa dan negara.. Pemikiran kita agak terbuka. Kita semakin berlapang dada.. dan yang pasti kita sedar bahawa ilmu yang kita ada masih kurang bahkan tiada nilai apa-apa..

Friday, September 17, 2010

Melihat Dari Perspektif Yang Holistik

Andai ada 2 pihak yang bertelagah. Selesaikanlah dengar cara yang holistik. Yakni melihat secara menyeluruh. Rungkaikan kesemua kekeliruan dan kesalahan yang ada pada mereka. Catatkanlah apa kesalahan yang tersurat dan tersirat. Kemudian carilah semua perkara benar yang mereka pertahankan.. Catatkan juga dengan terang.

Akhir sekali, lihatlah kebenaran dan kesalahan yang tertulis itu dari pandangan yang neutral.. Ternyata anda dapat pastikan siapa yang benar-benar benar.. Binalah ulasan sendiri berpandukan kuantiti dan kualiti (priority) benar salah yang dicatatkan.

Monday, September 13, 2010

Kalaulah Dapat Aku Muslimkan Seseorang

Tak Mengerti
Saya berasa amat sedih. Saya seperti muslimin yang lain kecewa dengan apa yang berlaku di Malaysia beberapa bulan lepas. Barangkali kerana politik semua yang berkaitan Islam dan ahli politik non-muslim sering disalah-ertikan. Tambah sedih apabila membaca artikel-artikel http://www.saifulislam.com/ yang mana mesej dan dakwahnya sepatutnya dicontohi oleh seluruh pengguna masjid di Malaysia. Hebatnya Us Hasrizal mengislamkan saudara baru. Yang pasti Islam itu tidak defensif. Masjid itu mendekatkan kita dengan non-muslim. Mengajak mereka kepada Islam.

Syarikat Multi-kaum
Saya bekerja sebagai IT Exec di syarikat ber'head quaters'kan Jepun. Pekerja di sini ada yang berbangsa Jepun, Cina, India, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Nepal dan Bangladesh. Di bulan ramadhan (siang hari) kantin di tutup pada hari ahad. Maka non-muslim yang tak berpuasa ada yang mengambil langkah untuk 'join' berpuasa, walaupun mereka kadang-kadang 'curi minum air'. Namun dari sudut positif, mereka yang baru 2 - 5 tahun bekerja di Malaysia sudah masak dengan latihan berpuasa dan secara tak langsung memahamkan mereka serba sedikit tentang islam.

Memahami Islam
Ada di antara mereka yang tahu membaca doa makan. Ada juga yang mengingatkan saya.. "Lino, u dah sembahyang ke?" ketika hampir masuk waktu solat. Ada yang sesitif, meminta maaf kerana minum di hadapan saya ketika bulan puasa dan pelbagai lagi reaksi positif kepada memahami Islam. Sedikit kecewa, kerana saya tidak sehebat SaifulIslam yang memang petah berkata-kata dalam menyusun ayat-ayat yang indah tentang indahnya Islam. Apalagi saya bertambah kecewa kerana bakal meninggalkan teman-teman sekerja ini untuk menyambung pelajaran. Saya masih belum mampu mengsilamkan seseorang.

-Seorang staff india memberi saya kad raya buatan sendiri.
-Seorang operator berbangsa Vietnam mahu ganjaran 'dapat online chatting from terminal' kalau dia berpuasa. Macam rasuah pulak.. :)
-Semua mahu duit raya (walaupun mereka tahu saya tak lah kaya) dan datang rumah beraya.. .

Friday, September 3, 2010

Kenapa Lagu Raya Lama Masih Diminati

Tidak dinafikan yang lagu-lagu raya tahun 60, 70, 80, dan awal 90 an memang enak-enak belaka. Namun tahukah saudari-saudari sekalian sebab-sebab berkait lain yang membuatkan lagu-lagu itu masih diminati oleh pendengar sehingga sekarang ?

1. Raya -> Kampung Halaman.

Raya mengingatkan kita pada kampung. Barangkali kampung itu bermaksud rumah ibu dan ayah kita. Mungkin juga rumah nenek atau datuk. Maka secara tak langsung, mengingati raya bagi yang berusia 30 tahun ke atas ialah mengingatkan 'suasana' mereka di kampung. Mereka tinggal di kampung lebih kurang 20 tahun dahulu, dan mungkin lagu raya (baru) untuk tahun itu ialah lagu-lagu akhir 80 an seperti lagu-lagu raya Jamal Abdillah dan DJ Dave.


2. Raya -> Waktu Kecil -> Kampung Halaman

Raya sinonim dengan bunga api, cuti sekolah dan duit raya. Saat terindah tentulah ketika masih kanak-kanak. Ketika mengumpul duit raya dan juga bermain bunga api. Lagu raya lama kalau dimainkan, pasti membuatkan kita teringat zaman persekolahan kita. Cuti panjang untuk sambut raya, dan ketika bermain bunga api serta mengumpul duit raya. Maka suasana hari raya yang istimewa ialah ketika kita masih kecil.


3. Raya -> Pohonan Kemaafan -> Ibu Bapa & Saudara -> Kampung Halaman

"Mak, Abah, Maaf Zahir Batin.." Klise di pagi raya.. semua bersalaman dengan orang tua masing-masing dan memohon kemapunan dari mereka. Kemudian sesudah solat, semua berjalan raya ke rumah saudara. Biasanya saudara-mara masih ramai tinggal di kampung. Pakcik, Pak Uda, Pak Long.. semuanya masih bekerja, menoreh atau bertani di kampung. Itu suasana di Malaysia. Kemudian ada yang menziarahi kubur. Kubur saudara terdekat juga banyak di kampung. Maka melalui lagu raya, kita teringat saudara di kampung sama ada yang masih hidup atau mati.


4. Raya -> Takbir Raya -> Fitrah

Syahdu bila mendengar takbir raya. Pasti, orang yang barangkali tidak pernah solat juga akan terkesan dek laungan takbir. Cuma di Malaysia versinya sedih dan mendayu-dayu walaupun hakikat sebuah takbir ialah takbir 'kemenangan'. Maka seharusnya kita 'happy' bukan? Takbir itu adalah laungan kembali kepada fitrah kita yang sejak dilahirkan matlamat kita sememangnya ialah mengagungkan kebesaran Allah. Itulah Aidil Fitri yang saya fahami. Fitrah itu sudah sebati dengan kita, yakni kembali kepada asal ciptaan.

Justeru dalam mengaitkan lagu raya. Samalah juga ianya dengan takbir raya. Tidak berubah fitrahnya (masih asal ungkapan dan bait-baitnya) namun yang lama masih tetap lebih di minati. Barangkali qari-qari hebat Malaysia seperti Abdullah Fahmi, Anuar Hasin, Shahir, Adik Muhammad boleh melagukan takbir dalam nada atau irama baru. Tapi, pasti.. versi lama Malaysia 'Melayu' yang mendayu-dayu itu tetap kita minati, walaupun yang melaungkannya, Pak Menteri, atau kita sendiri.


5. Raya -> Kemalangan Maut -> Ibu Bapa -> Fitrah

Ketika kita bergembira, ada juga yang bersedih di hari raya. Barangkali kita juga termasuk dalam kelompok ini yang mungkin kehilangan sanak-saudara dek kemalangan maut di jalan raya atau pun kerana sebab yang lain (cth: akibat bom buatan manusia) setiap kali menjelang raya. Apabila menonton berita kecelakaan di TV, ibu bapa pasti terkenangkan anak-anaknya dan begitulah sebaliknya. Namun di hari raya, hikmahnya tetap ada, iaitu sebagai peringatan untuk kita lebih berhati-hati dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Teringatkan ibu bapa dan anak itulah fitrah kita. Melihat asal kejadian kita dan kejadian 'produk' kita melalui kekuasaan Allah.

Kesimpulannya. Keluarga adalah fitrah, kampung adalah fitrah, dan setiap kejadian harus kembali pada fitrah. Melodi juga punya fitrahnya. Begitu juga 'taste' kita.

Kalau pembaca mahu pandangan yang lebih istimewa.. Boleh kunjungi laman RAMLI MS ini..

Akhir kata, Selamat Hari Raya

Thursday, August 26, 2010

Ramadan masih belum meninggalkan kita

Radio sudah mula pasang lagu raya
Maknanya ada lebih kurang 14 hari lagi nak beraya.
 
Sudahkan anda membeli baju raya?
Sudahkah anda membuat kueh raya?
Sudahkan anda membantu ibu bapa mengemas dan mencantikkan rumah?
Sofa baru? Langsir baru? Alas meja baru? Mungkin HP atau aksesori baru?
 
Barangkali anda tidak mampu untuk memberi duit raya pada orang tua mu.
Maka yang terbaik ialah dengan perbanyakkan ibadah dan mendoakan kesejahteraan buat mereka dunia akhirat.
 
Ramadan masih belum meninggalkan kita

Indonesia, Malaysia.. Sudah-Sudah lah...

Ramadhan mengajar kita untuk bersabar.
Ramadhan juga sepatutnya mengeratkan silaturrahim antara kita.
Kita orang Islam sebaik-baiknya berbaik sangka sesama kita.
Carilah titik persamaan dalam ruh islam yang ada pada jutaan rakyat kita.
Lupakanlah Tarian Bali, Ponorogo, lagu Rasa Sayange, penganiayaan TKI, dan apa saja yg mewujudkan perkelahian termasuk penahanan tiga orang staf Kementerian Kelautan dan Perikanan yang baru terjadi. Bermaaf-maafan la..
 
Seharusnya kita laungkan kemarahan kita pada Israel dan Amerika yang menindas saudara seagama kita di Palestin dan Iraq.
Sewajibnya kita mendoakan kesejahteraan kesejahteraan dan keselamatan mereka.
Moga kita terus dalam rahmat dan barokah Allah. Khususnya di bulan Ramadhan ini. Ameen!

Wednesday, August 25, 2010

Nuzul Quran

Video yang sangat menarik. Tambah menarik apabila saya menjumpainya di laman web seorang non muslim. Barangkali anda kenal 'public figure' ini Daphne Iking. Moga Allah beri hidayah buat beliau..

Spekulasi No. 6

1. 21 hb Ogos 2010, 7.40PM, Johor Bahru, Johor.
2. Saujana membuat persembahan di Sangkar Crystal, Pelangi Golf Club.
3. Pyan menghubungi *geng Firdaus bertanya khabar. Kebetulan Firdaus berada di JB untuk program Marhaban@Astro.
4. Pyan meminta geng Firdaus sampaikan salam buat Shahir AF8 yang juga terlibat dalam Marhaban@Astro.
5. Shahir meminta nombor telefon Najran melalui geng Firdaus, dan melalui Pyan.
6.
7. Najran mencadangkan Saujana 'lepak' bersama Shahir lewat malam itu.
8. Cadangan ditolak atas sebab-sebab tertentu.
9. Saujana langsung pulang ke K. Lumpur.
 

* Atas kedaifan ingatan, saya kurang pasti 'geng Firdaus' itu Idzwan atau Ismandi.

Tuesday, August 24, 2010

...

Ya Allah..
Ampunkanlah dosaku.. berkatilah hidupku.. rahmatilah aku sekeluarga..
Jadikanlah aku penghuni syurga. Hindarkanlah aku dari neraka.
 
Ya Allah,
Tetapkanlah imanku.. Kuatkanlah ibadahku..
Jauhkanlah aku dari maksiat
Jauhkanlah aku dari perpecahan..

Wednesday, August 18, 2010

Konsert Live Maher Zain Di Malaysia?

Lagu-lagu Maher Zain memang sedap. Beliau memang seorang penggubah lagu yang berbakat. Lagu Maher Zain yang paling saya gemari ialah 'Open Your Eyes'.



Namun saya sedikit kecewa kerana belum punya kesempatan untuk menonton nyanyian 'live' beliau. Rata-rata di 'youtube', kebanyakan nyanyian beliau di konsert seakan-akan 'miming'. Atau memang betul-betul 'miming'. Barangkali Maher Zain hanya penggubah lagu dan lirik yang enak, namun tidak pada nyanyian 'live' nya. Dengar khabar Maher Zain bakal bikin 'show' di UIA Gombak. Dapatlah kita melihat dan mendengar sendiri depan mata. Wallahualam

Tuesday, August 17, 2010

Laptop Cooling Pad


Dalam segmen ICT di Radio 24 bernama bersama En. Azli Paat pagi tadi:

Soalan :
Apakah jenis cooling pad yang paling baik untuk laptop ?

Jawapan En. Azli:
Saya rasa 'cooling pad' tidak perlu. Ia hanyalah satu dari 'accessories' yang banyak untuk laptop. Saya tak bersetuju dengan alasan 'cooling pad' itu menyejukkan laptop dan sebagainya. Teknologi yang dibina untuk laptop ini pasti telah memikirkan tahap kepanasan yang mampu dihadapinya. Takkan ia semacam beli satu kereta, kemudian kita kena beli satu penyejuk enjin untuk kereta. Saya tak pernah pakai 'cooling pad'. Laptop dan peralatan elektronik asasnya adalah untuk kegunaan dalam kondisi yang nyaman.. (Jawapan saya edit atas ingatan yang agak lemah)


* Kilang saya buat heatsink, cooler untuk barangan elektrik macam komputer, TV, amplifier, radio dan macam-macam lagi.. Pasni shutdown kot kilang ini kalau semua beralih kepada 'cooling pad'.

Saturday, August 14, 2010

Cahaya Istana Kami

Tiada tafsiran melalui kata-kata...

Friday, August 13, 2010

Otak Kanan Atau Kiri ?

http://www.intelliscript.net/test_area/questionnaire/questionnaire.cgi

Siapa Yang Afdhal Diberikan Sedekah?

Sayyidatina 'A'isyah

Radhiallahu 'anha menceritakan
Maksudnya: "Aku berkata kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya bagiku ada dua orang jiran. Maka siapa antara keduanya ku berikan hadiah?" Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kepada yang lebih dekat pintu rumahnya daripada (pintu rumah) engkau."

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Siapa Yang Afdhal Diberikan Sedekah?

Sedekah afdhal diberikan kepada saudara terdekat walaupun saudara terdekat itu merupakan orang yang wajib diberikannya nafkah. Perkara ini ada disebutkan di dalam sebuah hadis sebagaimana perbualan Zainab Radhiallahu 'anha dengan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

Maksudnya: "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya hari ini engkau memerintahkan untuk bersedekah. Aku mempunyai perhiasanuntuk diriku, maka aku ingin menyedekahkannya." Ibnu Mas'ud berpendapat bahawa sesungguhnya dia (Ibnu Mas'ud Radhiallahu 'anhu) dan anaknyalah yang lebih berhak menerima sedekahku itu. Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ibnu Mas'ud benar, suamimu dan anakmu adalah lebih berhak untuk engkau beri sedekah"."

(Hadis riwayat al-Bukhari)
 


 

Tuesday, August 3, 2010

Anda Menanti Imam Mahdi?

Laman sesawang yang menarik..

Monday, August 2, 2010

Bercakap Seorang Diri

Jangan bercakap terlalu perlahan.. Orang kan ingat kita bercakap seorang diri..

Wednesday, July 28, 2010

Sistem

Saya kerja buat sistem. Saya guna 'platform' Classic ASP. Saya banyak kali disaran oleh kawan-kawan berubah kepada .Net Application. Tapi saya rasa tak berapa seronok. Terlalu banyak perlu saya ubah nanti. Sistem sekarang pun dah cukup stabil.. Kenapa perlu berubah?

Thursday, July 22, 2010

Engkau Maha Kuasa atas Tiap-Tiap Sesuatu


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
Al-Imran - 26

Minyak dan Barang Naik Harga

Kerajaan mengistiharkan kenaikan harga gula kepada 25 sen sekilogram, petro RON95 dan Diesel naik 5 sen dan gas LPG sepuluh sen sekilogram #
 
Minyak naik harga
 
Cadangan Kerajaan:
Kongsi kereta atau menggunakan pengangkutan awam..
 
Komen Pengguna:
Kongsi kereta ada logiknya tapi lokasi kerja yang berbeza mengakibatkan kita tak punya pilihan lain selain menggunakan pengangkutan awam. Tapi.. Komuter selalu penuh.. Komuter pun pendek. LRT lagi pendek, penuh.. Berebut-rebut nak naik. Kat dalam macam sardin. Sampai pejabat dah busuk. 'Stress', produktivi merosot dan lebih malang kalau kena raba, atau kena seluk dompet. Lebih parah kalau wanita keguguran kerana berhimpit atau lama berdiri dek budaya ego masyarakat malaysia yang tak mahu beri tempat duduk pada yang memerlukan.
 
"Ini kerana seorang wanita mengandung selalunya akan menghidapi simptom sepertti pening, mabuk dan kekuatan untuk berdiri dengan terlalu lama amat kurang. andaikata wanita tersebut terjatuh jika bas berhenti secara mengejut, berkemungkinan wanita tersebut boleh keguguran dan sebagainya atau kehilangan nyawa." *
 
Stesen LRT punya 'mesin jual tiket' macam komputer buruk.. Selalu ada yang rosak. Kalau elok pon, x punya duit baki untuk pulangkan. Maka, perlu beratur panjang di kaunter. Bas pula selalu tak datang 'on time'. Bas pun sikit. Akibatnya penumpang sampai lewat ke pejabat. Tambang boleh tahan. Stesen tak banyak. Tak menghubungkan semua tempat. Kalau nak lalu semua tempat untuk ambil penumpang, bas akan buat pusingan keliling yang tak masuk akal. Lalu segala ceruk yang mengakibatkan perjalanan 5 minit jadi 10 ke 20 minit.
 
Cadangan Pengguna:
Suruh PM, menteri kenderaan dan menteri kabinet pergi ke kerja naik komuter, LRT atau bas. Kalau berani cuba ke putrajaya dari rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam.. Boleh sampai ker?
 
Barang naik harga
 
Cadangan Kerajaan
Ubah cara hidup, berjimat cermat dan jangan membazir
 
Komen Pengguna:
Nak ubah macam mana? Katakanlah 1 keluarga seminggu makan seekor ayam, sebulan guna 5 KG beras.. Takkan nak ubah jadi seminggu guna setengah ekor, sebulan guna 2.5KG? Maknanya sekali makan seketul ayam perlu ubah jadi setengah ketul ayam sekali makan? Nasi pun kena separuh pinggan? (Bagus untuk orang yang berdiet). Ikan sedap-sedap pun terpaksa kita lupakan.. Kembung pun naik sampai RM 14 sekilo.**  Makan ikan bilis saja lah.. itupun kalau masih murah..
 
Cadangan Pengguna:
Kita berpuasa.. Dapat pahala.. Badan pun sihat, hati pun tenang dalam melawan nafsu dan sifat marah.
 
- Gambar Hanya Hiasan

Friday, July 16, 2010

Banyak Tikus di Gombak

Sesiapa yang nak menyewa atau membeli rumah di kawasan Gombak.. Fikir 2 kali.. Tikus di sini hampir sama saiznya dengan kucing.. Tak percaya cubalah makan di Medan Selera Taman Greenwood..

Kucing pun dah 'tak heran dengan tikus'

Kiamat

Firman Allah, "Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat, 'Bilakah terjadinya?' Katakanlah, 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.' Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Al-A'raf: 187).

Wednesday, July 14, 2010

Artis Nasyid & Melodi

Ketika insan lain berbahagia bersama keluarga namun kita masih meniti titian rapuh perhubungan..

Bait-bait lagu Keluarga Bahagia kembali terngiang-ngiang di pipi. Rasa sebak juga. Dahulu saya terasa nak menangis hanya jika Saujana sampaikan lagu ini kepada adik-adik dari rumah-rumah anak yatim.. Namun kali ni lebih sedih dek teringat kata-kata Sofea Soleha "Eh, tak baik tau.. Tu kan Abi Sofea"...

Saya bersimpati kepada keluarga Sofea. Dia sayangkan abinya.. sama seperti dia sayangkan maima nya, nani dan ahli keluarganya.. Namun abi nya jauh..



Dalam kerinduan yang memuncak, jarang berjumpa dan bermanja.. tersebar pula cerita abi nya di kaca TV. Sayang sekali.. ceritanya bukan cerita yang baik-baik.. Tapi suatu yang mendukacitakan keluarga.. Saya sangat bersimpati dengan ahli keluarga abi sofea.. Namun saya sendiri sangsi dengan abi sofea sendiri..

Abi Sofea pasti tau salah dan silapnya.. Kita doakan agar beliau sabar dan redha dengan ujian Ilahi. Moga ia menjadi pengajaran buat kita terutamanya saya dan penasyid-penasyid lain.. Moga Allah pelihara kita dari keaiban..

Tuesday, June 29, 2010

Tilik Nasib

Kebelakangan ini banyak perkara amat sukar dijangka. Letaklah beribu analisis sekalipun, atas kajian dan analisis dari fakta-fakta terdahulu, keputusan akhir tetap lari dari jangkaan.

Kalau dalam Piala Dunia 2010 yang masih belum selesai ini, kita dapati banyak jangkaan yang meleset. Pasukan hebat seperti Itali, Perancis dan Argentina semuanya tersungkur awal. Saya bukanlah penilik nasib namun saya tetap menaruh harapan agar Argentina menang. Barisan pemain skuad amerika selatan ini tampak lebih lengkap dari semua sudut dan corak permainan mereka yang 'counter attacking' sentiasa sukses.

Saya mewakili jutaan rakyat malaysia yang kecewa apabila lesen judi diberikan oleh kerajaan untuk Piala Dunia kali ini. Biarlah Allah menentukan hukuman buat mereka yang memberi, menerima dan terlibat sama. Namun saya sendiri musykil dengan kelulusan dari pihak kerajaan terhadap buku-buku 'ala tilik nasib' yang kononnya berdasarkan kajian terhadap tarikh lahir kita. Contoh buku, program dan seminar tertentu telah banyak dilancarkan dan ianya mendapat sambutan menggalakkan temasuk dari golongan muslim.

Kalaulah kajian itu terdapat dalam AlQuran dan Hadis Sahih barangkali ramai ulamak tidak pertikaikannya. Namun ianya terlalu berdasarkan kajian barat. Cuba bayangkan kalau dari pengiraan (yang dicadangkan dari buku-buku seperti ini) mengeluarkan suatu keputusan seperti, ANDA BUKAN SEORANG PENIAGA, ANDA TIDAK ROMANTIK dan sebagainya. Pasti ia bakal memberi kesan negatif kepada pembaca tersebut. Kebanyakan buku-buku ini terjual laris di pasaran!

Jujurnya saya gemar meneka sesuatu tentang seseorang dan sesuatu perkara. Namun tidaklah ia sebagai satu keputusan akhir. Lebih kepada berjenaka sesama teman dan kadangkala ianya sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam kehidupan.

"Aku rasa orang macam ni tak boleh pakai"

"Mungkin dia ni nak tipu ko aja kot"

Sekurang-kurangnya apabila 'TERKENA', kita dah bersedia. Saya tertarik dengan satu tulisan teman berbangsa cina saya.. Earpin dalam bukunya "Confession of Web Developer".

"I was never approached by a street fortune teller because I don't look like their customer. Perhaps, I looked like those who is going to throw them a question of why not they spend more time predicting their own future (to be more specific, Toto's winning numbers). "

Non muslim pun sudah berfikir begini :)

Foto: antihipokrit.blogspot.com

Wednesday, June 23, 2010

Nur Adam

Sekali-sekala melayan siri ulangan Nur Kasih ada juga istimewanya. Cerita ini cukup indah, terutama dari sudut garapan fotografinya.. Ada juga beberapa episod yang saya ter’miss’ dapat saya tonton kembali. Pada saya, drama ini merupakan satu momentum untuk industri drama dan filem mewujudkan lagi lebih banyak kisah tentang isu keluarga dengan lebih serius. Saya cukup yakin bahawa tunjang utama cerita ini ialah Nur Amina itu sendiri..

Nur Kasih
Nur seorang yang sangat hebat.. baik, cantik, sabar, terlalu sabar, dan hidupnya penuh dengan kesabaran saat mula berumahtangga.. Sangat ganjil andai ada insan yang benar-benar wujud sepertinya. Sanggup menunggu suami bertahun lamanya, sesudah itu berkorban dalam banyak perkara. Sudi pula dimadukan, tidak pernah melenting dengan adik sendiri yang memang ‘nakal’. Tidak pula tergoda dengan abang ipar yang cukup alim dan punya perasaan terhadap dirinya. Apalagi Nur tidak pernah curang saat kuliah di universii. Hebat.. Sangat Hebat! Ramai lelaki pasti idamkan isteri seperti Nur.


Adamaya
Selain itu kisah Adamaya juga cukup menarik perhatian saya, isteri dan keluarga. Adik saya sendiri sanggup berulangkali merakam aksi anak buah meniru gaya Amani. Drama ini juga cukup hebat.. Heronya adalah kuasa drama ini. Adam juga baik seakan malaikat. Kalau ada pun satu kelemahan beliau dalam drama ini ialah.. 'Scene 'Olok-olok' ketika tidak memaafkan Maya di akhir episod.. Yang lain cukup ‘perfect’. Sabar, bapa penyayang, romantic, kacak dan pelbagai lagi sifat baik. Semua wanita pasti idamkan lelaki seperti Adam.

Nur Adam?
Sebuah filem yang menggabungkan watak Nur dan Adam (Adamaya). Pasti hebat tanpa sebarang konflik. Kisah rumahtangga yang penuh kasih sayang..

Tuesday, June 8, 2010

Privasi

Saya mendengar stesen BERNAMA Radio 24 semalam. Dalam segmen Kerusi Panas, tetamu yang diundang adalah seorang wakil dari Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG). Seperti biasa (kalau yang diundang itu ahli JAG), topik kali ini membincangkan isu pro-feminin dalam soal hak dan privasi kaum wanita..

Barangkali wakil JAG ini menyebelahi seorang artis 'ala 'AVATAR' (yang kesal gambarnya disiarkan dalam akhbar beberapa bulan lalu tanpa kebenarannya. Artis itu menerima cemuhan peminat dan media gara-gara aksi yang agak menjolok mata.)

Ada beberapa pemanggil yang membuat panggilan langsung ke radio seakan tidak menyebelahi artis tersebut dan mereka menyimpulkan soal kenapa artis itu 'bersetuju' bergambar sedemikian 'at first place'. Isu ini terus dikaitkan dengan isu 'privasi' di Facebook dan laman-laman 'social networking' yang lain. Soal bahaya mendedahkan infomasi sendiri seperti foto, alamat, dan apa jua perkara peribadi telah dihuraikan oleh banyak pihak.. Antara yang menarik untuk saya kongsikan bersama ialah pendapat dan ulasan UZAR tentang Dosa-dosa dan Facebook di sini

Saya sedikit runsing dengan idea yang di bawa wakil JAG ini. Antaranya beliau menyebut "Tidak salah mengambil gambar begitu dan di siarkan di media A. Masalahnya media B menyiarkan tanpa kebenaran di media mereka.. Saya rasa ini soal 'property' atau hakcipta, bukannya isu privasi.

Yang paling utama ialah menjaga hak kita dari dicuri secara nyata seperti kecurian telefon, laptop*, 'hard disk' peribadi, bagasi** dan pelbagai lagi barangan yang terlalu privasi.

* Sedikit lucu, dahulu ketika saya dan teman menginap hotel di negeri ***** kami tertinggal laptop saat keluar makan, namun yang hilang hanyalah 'perfume' dan telefon bimbit.

*Untuk keselamatan laptop di jalanan.
http://www.microsoft.com/atwork/security/laptopsecurity.aspx

**Hati-hati dengan taktik ini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Booster_bag_scam

Monday, May 31, 2010

Internet Problem?

A quick fix to all your Internet Problem:

1. Restart your modem, router and any switch you can find. Wait for couple seconds before you turn them on again.

2. Change to OpenDNS. You just need to do this once. In your TCP/IP setting, change DNS to 208.67.222.222 and 208.67.220.220. Say goodbye to TM and other ISP's DNS.

Source: 1.com.my

Friday, May 21, 2010

Puas hati dengan prestasi anda?


"Masih ada yang tak kena dengan web aku ni" - Web Designer
"Kita boleh buat lagi baik dari game kita tadi - Team Sukan Anda
"Kalau lah aku buat camni dulu.. kan tak menyesal.. " Anda?


Kalau usaha anda tak disenangi orang lain.. itu perkara biasa..
Kata David G. Jensen

Jangankan orang lain rasa usaha anda teruk.. diri sendiri pun tak mampu nak angkat 'effort' sendiri. Itulah yang sering kita keluhkan.. penyesalan yang tak sudah.. tapi benarkah apa yang anda lakukan itu bukan yang terbaik dari anda?

Ini bukan artikel motivasi. (Anda boleh membeli dan membaca karya motivasi hebat di sini ) Saya sendiri kurang gemar mendengar motivasi. Saya lebih menggemari teknik.. atau strategi. Namun dalam kondisi begini, saya juga seperti anda. Mudah kecewa dengan karya, usaha, produk, program atau ciptaan kita.. x berkesudahan. Walau datang selautan pujian pun kita tetap rasa kita mampu buat yang lebih baik..

Apa dia naluri 'tidak berpuashati dengan diri sendiri' ini ? Atau kita terlalu 'Perfectionist'?

Kapan agaknya kita bisa tersenyum lebar melihat 'event' atau produk kita sendiri saat dilancarkan? Apakah mungkin kita mampu menangis saat membaca puisi tulisan sendiri? Mampukah kita bertepuk tangan atas persembahan pasukan kita sesudah kecundang di tangan lawan?

Jawapannya: Hanya Kita Yang Tahu

Selingan:
Lagu Hanya Kita Yang Tahu
Lirik Hanya Kita Yang Tahu

Antara karya saya, yang saya cukup berpuas hati..
Sekurang-kurangnya.. saya senyum & sebak sendiri :)

Monday, May 17, 2010

Kesilapan IM dan Web 'Social Networking'

Pernah tak anda mengkaji pembaca anda? atau mailing list anda?

Ini terjadi pada saya, apabila sedang membaca promotion link dari email & google buzz. Kebanyakan para IM promote link yang menggunakan application lain. Yang saya sendiri tak boleh access. contohnya :

Autoresponder (program mailing list) ——–> email saya  ———> promote link FB / Twitter /Youtube (yang mana ada iklan promosi mereka)

Ramai IM menggunakan application lain untuk memberitahu apa yang mereka promote. Samada di dalam email ataupun blog. Banyak aplikasi web social kini digunakan pada website/blog IM. Ada yang guna video dari facebook dan youtube untuk share di email dan blog.

Masalahnya disini, tidak ramai yang boleh access ke website-website social networking ini, disebabkan company tempat mereka kerja blok website tersebut. Lagi-lagi yang kerja kerajaan. Jadi anda telah merugikan diri sendiri dengan cara anda ni. Anda promote benda yang mereka sendiri tidak boleh tengok. "Diakan boleh tengok dirumah" kata orang IM dalam hati.. :p  hmm.. kalau dah semak email di office, nak semak lagi ke email yang sama di rumah?

Para IM perlu fikir, yang subscriber/pembaca blog mereka juga sentiasa online pada waktu kerja. Kebiasaanya, waktu lengang untuk beronline ini di awal pagi masa masuk kerja (biasa orang baca online paper dulu), masa lunch hour dan masa nak balik. Dan mereka akan buka email dan blog-blog.

Jadi apa yang perlu lakukan :

  • Sila kaji user anda, bila mereka biasa online (pagi/malam)? kedudukan? tanya mereka boleh access ke tak?
  • Buat landing page ke blog anda atau satu page yang menceritakan lebih detail tentang iklan tersebut, dan baru letak link web social didalam tu.
PS: sila jadikan diri anda juga sebagai pembaca (end user). Nescaya banyak masalah yang anda akan jumpa. Selamat beramal
 
Link dari http://Izzaldin.com (Teman Kuliah Saya Di UiTM)
 

Thursday, May 13, 2010

Shahir AF8 dan Saujana


Minggu lepas Hakimi Harun, ex-Saujana hadir ke rumah menziarah. Dah lama Kimi nak ke rumah, akhirnya berkesempatan juga. Selain berbual soal anak-anak, famili, kerjaya, pendidikan terkini isteri, kami sempat juga berseloroh tentang Shahir.. ala.. SHAHIR AF8

Kimi memang terkenal dengan prinsipnya yang seakan kurang gemar apabila bekas-bekas penasyid masuk rancangan realiti. Pada Kimi usaha dakwah akan terbantut. Tiada konsep 'cuci taik dari dalam tong' dalam minda Kimi.Langsung, Kimi agak tertekan apabila ada segelintir kenalan rapatnya yang 'gila Shahir' dan menghabiskan beratus ringgit untuk mengundi Shahir di AF. Apalagi setelah Undi Masuk diwar-warkan, makin meriahlah undian yang dibuat kenalannya.

Pada saya Kimi bukan irihati, cemburu apalagi dengki. Kimi sendiri memang seorang yang sudah berjaya. Punya kerjaya yang cemerlang, punya isteri dan anak yang comel, selain pelbagai lagi kelebihan dari sudut kebijaksanaan dalam pengalaman.Lebih hebat dari Shahir dalam usianya. Banyak lagi yang Shahir bakal tempuh, dugaan wang, gosip, peminat wanita, 'geng-geng pakai pelincir', dan dalam soal ibadat, semuanya bakal terganggu dalam industri hiburan. Kalau tak banyak pasti ada tempiasnya sedikit."Kita just wait and see", kata Kimi. "Now kita see heart.. Later kita see..?" Balas saya dalam hati tanpa memikirkan makna apa-apa.

Bercerita soal anak Kimi, seperti yang dijangka, anaknya sudah mula petah berkata-kata.. "Inilah generasi 611-ceria, bijak berkata-kata, 'english' yang mengkagumkan selain berjiwa pejuang (semuanya nak jadi 'ultraman', 'ben10'). Anak Adi Aziz (Saujana) juga begitu. Zahraa.. memang cergas.. minda dan badannya. Alhamdulillah anak saya juga dah mula memberi reaksi. Seakan dia faham apa yang kita tuturkan. Seronok melihat anak kecil teman-teman dan anak buah. Bagaimana pula anak teman Saujana yang lain.. Adakah anak Pyan sepetah ayahnya, mungkinkah anak lelaki Najran selincah Higuain (Real Madrid), anak Idzu? anak Faizul?


Bulan lepas berkesempatan minum malam bersama Faizul(Ley). Sekarang dia masih bertugas di HKL. Bidang bedah otak.. "Aku betulkan tengkorak pesakit dah macam susun Lego.." Ley secara ringkas membayangkan pada saya akan tugasnya. Ley masih belum dikurniakan anak. Insyaallah bakal menyusul.. Barangkali anaknya jadi orang Kelantan, lantaran Ley dan isteri akan berpindah ke Kubang Kerian untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Master Neurologi/Brain Surgery (kurang pasti nama 'course'nya) bulan 6 ini..

Berbalik soal Shahir tadi.. * Seperti yang semua sedia maklum dia mempunyai suara yang sangat lazat selain pandai mencipta lagu. Teringat tanggal16 Feb lepas, tatkala baru sehari menimang cahaya mata, saya menerima panggilan dari Pyan.

"Oh, barangkali pyan nak wish tahniah coz dapat baby" fikir saya.."Salam Aza, enta tau tak Shahir masuk akademi?" Pyan terus bertanya. Rupanya Pyan belum mendapat berita kelahiran Qasrina, anak saya. "Pergh, menarik tu.. konfem la menang.. macam Nua Hasin" Balas saya mengingatkan johan AQ musim kedua Anuar Hasin merupakan rakan seguru taranum Shahir di Perak."Dia masuk AF la.. bukan Akademi Quran" Pyan segera mencelah.."Jangan bagitau sesiapa dulu, ana tau pun dari kenalan Shahir, so x pasti.." arah Pyan.



Saya sedikit terkedu.. hilang sebentar fokus pada anak di wad. Terfikir saya.. Lepas seorang-seorang masuk realiti tv. Apa mungkin kata-kata keluarga mereka.. terutamanya Shahir yang saya kenal sebagai...

ANAK YANG CUKUP BAIK AKHLAKNYA (terutama ketika berurusan dengan wanita)

ABG YANG BERTANGGUNG JAWAB (teringat mak ayah shahir.. rendah diri)

ANAK MUDA YANG HORMAT SENIOR (macam saya, Pyan, Najran dan penasyid lain)

PEMUDA YANG KUAT AGAMA (Shahir orang yang solatnya dijaga baik, rajin mengaji dan banyak juga ilmu agama walau usianya muda)

ANTI SOSIAL (No Komen - komentar yang selalu Pyan beri ketika bicara soal teman-teman yang bertindak pelik ke arah 'bersosial')

PEMINAT BOLA esp Man Utd, BUKAN PEMINAT REALITI TV (Hari sabtu malam jam 9 ke atas, Shahir dan kami biasa tengok bola, bukan tengok Realiti TV)

PEMINAT NASYID HARDCORE' (Shahir suka lagu nasyid ala taranum macam geng-geng Fareast buat)

Justeru saya sendiri agak musykil Shahir ber'fantasia' musim ini. Bukan 'taste'nya..
Doa saya moga Shahir tabah.. moga Shahir dapat membawa kebaikan kepada masyarakat.. Moga Shahir dan keluarganya terus dalam rahmat dan barakah Allah..

* Saya ada lagu yang direka bersama Shahir.. Nanti senang saya uploadkan..
Semua ini hanya coretan dan pendapat peribadi..

Monday, May 3, 2010

Pusaka Rasulullah

Saya tak berkesempatan nak menulis panjang...
Namun saya punya satu 'link' yang pabila melihat gambar dan membacanya membuatkan saya terasa amat rindu pada seseorang yang tak pernah saya jumpa..

PUSAKA RASULULLAH

Semoga anda juga terkesan...

Friday, April 23, 2010



Saujana ke Acheh minggu lepas. Ada konsert sempena Festival Universitas Syiah Kuala (Unsyia). 'Syiah' di sini bermaksud 'Syeikh'. Almarhum Syeikh Kuala adalah antara ulamak terkenal di Acheh. Saya sendiri terkejut apabila diberitahu Pyan yang kami akan berkonsert di Universiti 'Syiah'.

Rata-rata penduduk di Acheh muslim kesemuanya dan menganut fahaman ASWJ bermazhab Imam Syafie. Menurut seorang saudara seMalaysia yang menyambung kuliah di sini, terdapat juga aliran-aliran lain yang diikuti, seperti juga di Malaysia.


Adi Saujana di Masjid BaitulRahman, Banda Acheh


Dalam satu sesi wawancara di Acheh TV, seorang pemirsa(penonton) yang membuat panggilan langsung bertanyakan kami..

"Apakah ahli Saujana punya ritual tertentu sebelum atau ketika menggubah lagu atau lirik..?"

Soalan ini istimewa.. hampir 13 tahun bersama Saujana, rasanya kami belum pernah disoal begini.. Kalau ada pun soalan yang hampir serupa, ianya berkisar tentang idea atau ilham seperti:

"Adakah Saujana perlukan ilham tertentu untuk mendapat idea dalam mencipta lagu dan lirik?"

Biasanya jawapan kami untuk soalan ini berkait dengan lokasi dan suasana ketika menggubah lagu dan lirik.

"Tidak dinafikan kadang-kala suasana seperti di tempat cantik, tepi laut dan tasik dan pergunungan yang dingin boleh memberikan ilham dan idea.. Namun semuanya kehendak Allah.. Insyaallah.. Dimana jua idea boleh datang dengan izinNya.."

Ada juga jawapan berseloroh dari seorang penggubah lagu Malaysia yang pernah saya dengar di radio suatu ketika dahulu.

"Kadang-kadang dalam 'toilet' pun saya boleh dapat idea.."

Berbalik kepada isu ritual tertentu tadi, jawapan ikhlas dari saya (pencipta lagu & lirik yang masih muda mentah):

"Kami tidak punya ritual tertentu. Kalau ada pun aktiviti tertentu dalam berkarya adalah menerusi pembacaan (puisi, buku agama atau novel), pendengaran (sering mendengar lagu yang menjadi pilihan masyarakat, baik di radio atau media lain) dan sedikit penyelidikan untuk mengkaryakan lagi irama dan lagu dalam satu bentuk yang lebih inovasi"

Pasti lebih hebat kalau karya-karya pemuzik digubah setelah solat sunat tertentu dan puji-pujian buatNya melalui zikir-zikir seperti yang dilakukan oleh para sahabat dan imam-imam hebat terdahulu ketika tekun meriwayat dan mengumpul hadis atau ketika berijma' dalam mengeluarkan fatwa.. Janganlah pula nanti ada ritual mengarut seperti menelan air ludah ustaz tertentu untuk mendapat berkat dalam berkarya. Wallahualam

Thursday, April 15, 2010

IKIM Yang Serba Baru dan Carta 'Nasyid' IKIM?

IKIM.FM sekarang berwajah baru.. Banyak program baru diperkenalkan. Rancangan-rancangan diperkemas dan segmen tertentu disusun semula. Berita, iklan juga seakan berubah. Bak kata orang kampung Pyan Saujana... 'Rebranding'
 
Antara perbezaan yang dapat saya kesan dengan jelas ialah segmen Pagi yang sebelum ini dikendali oleh
ZnZ telah digantikan dengan segmen Warna Pagi oleh Dj Irwan dan Dj Mas.. Saya rindu pada segmen Nur Hikmah.
ZnZ dan Mari Menulis kelolaan DJ Nik & Hj. Faisal Tehrani merupakan program favorite saya..
Peneman saya ketika pergi dan pulang kerja.. Sekarang ni banyak program berunsur tajaan di IKIM FM seperti yang dikesan pada slot petang..
 
Namun.. Perubahan paling ketara ialah pada slot Carta Ikim yang diubah ke waktu berikut:
Waktu Siaran
Ahad - 9.00 pagi
Isnin - 1.00 pagi (ulangan)
 
Dari siaran malam ke siang.. Hari minggu pula.. Apa mungkin strategi Dj Irwan dan IKIM?
Program ini juga ditukar nama kepada Carta IKIM. Bukan Carta Nasyid IKIM lagi..

Untuk informasi terkini boleh ke web informal CARTA IKIM..
http://cartanasyid-ikim.blogspot.com/

Haritu lagu Patah Hati juara carta lagi.. :)
Saya berubah angin ke Bernama Radio 24.. Ada segmen 'Kerusi Panas'.

Tuesday, March 30, 2010

Menerima Seadanya?

Apakah konsep menerima seseorang itu seadanya bermaksud kita menerima kesemua kelemahan yang ada pada dirinya?
Atau apakah kelemahan itu bertumpu pada perkara-perkara tertentu sahaja?
Adakah sebarang 'limitation' atau pengkhususan 'terpilih' terhadap kelemahan-kelemahan itu?
 
Contoh:
Teruna bakal dijodohkan dengan pilihan ibunya. Gadis bernama Dara yang tidak dia kenali.. Dalam hatinya.. "Cinta Selepas Nikah Yang Indah" dan "Redha Dengan Takdir" tersemat kuat.
 
Teruna menerima Dara sebagai isteri dan sanggup menerima kelemahan 'pandang pertama' yang ada pada Dara iaitu tidak cantik dan 'bukan taste' nya.
Sesudah berumah tangga, Teruna mendapati isterinya, Si Dara tidak tahu memasak dan mengemas rumah malahan berpenyakit sopak pula .
Sesudah sekian lama berumah tangga, Teruna bertambah duka kerana terpaksa membuat kesimpulan yang isterinya terlalu ego, malas dan sukar menerima nasihat..
 
Teruna bertanya pada diri.. bermonolog..
"Inikah dia yang dinamakan konsep 'menerima seadanya' ?"
 
Hubungan bisa berbeza.. tidak hanya pada suami dan isteri. Barangkali hubungan seperti di bawah juga sesuai:
Orang tua dan anak-anaknya
Teman- teman seperjuangan
Bos dan anak majikan
 
 
 

Monday, March 15, 2010

Universiti, Kuliah & Cita-Cita

Apakah yang sebenarnya kita kejar di Universiti?  Adakah sijil-sijil, diploma atau ijazahnya.. atau semata-mata
menunaikan hasrat ayah ibu, atau kita sendiri memang inginkan ilmu dan minat belajar..
atau mencari pasangan cinta baru?

Jujurnya, berdasarkan pemerhatian saya ketika belajar di Universiti, saya dapati memang ada sebilangan pelajar
yang boleh saya kategorikan sebagai "Yang masuk Universiti memang untuk belajar" namun yang majoritinya lebih kepada
mengikut klise masyarakat yang ke Universiti kerana tamat sekolah (lulus SPM)..

Justeru apabila kita bertanya-tanya.. apakah cita-cita mereka, tidak ramai yang mampu memberi jawapan sebenar,
apalagi kalau yang kita tujukan soalan itu pelajar Sains Komputer , pelajar jurusan agama atau
pelajar 'Business Study". (Sekadar pendapat peribadi)

Saya menulis ini sebagai satu peringatan ikhlas buat adik-adik yang ingin menyambung kuliah di Universiti..
Pastikan pilihan kita betul. Renunglah beberapa idea yang saya tulis di bawah untuk membantu adik-adik
dalam membuat pilihan. Ini bukan tips ya.. tips itu bunyinya seakan 'tipu + s.. = penipuan yang banyak'

1. Tanamlah satu cita-cita 'profesional' yang memang tepat dan selari dari sudut kerjaya dan kerangka ilmu kuliahnya.
Mudah untuk kita memilih jenis kuliah dalam borang UPU nanti. Contoh:(Sekadar pendapat peribadi)

Doktor: Kuliahnya Perubatan
Peguam: Kuliahnya Undang-Undang
Jurutera : Kuliah Kejuruteraan (mojor dalam apa nanti boleh mula kita fikirkan dari sekarang!)
Guru: Terus ke kuliah pendidikan..
Akautan : Kuliah Akaun atau Kewangan tentunya..

2. Carilah Universiti yang di dalam pilihan-pilihan teratas di borang UPU ..  Universitinya agak jauh ceruk dari bandar,
namun hebat dari segi sejarah dan tenaga akademiknya.. (Boleh mula meng'google' sekarang)
Perkara ini mengelakkan adik-adik dari godaan 'outing' atau keluar membuang masa dengan kerap di bandar..

3. Perbanyakkanlah aktiviti di fakulti dan kolej nanti kerana ianya bakal membantu mengimbangkan tekanan kuliah dan peribadi.
Kenalan yang diperoleh dari rangkaian aktiviti kolej dan fakulti bakal membantu adik-adik ketika memerlukan dalam
masalah belajar atau yang berkaitan.. 'Banyak' maksud saya 'banyak'.. kalau punya tenaga boleh lebih dari 10 aktiviti,
atau ambillah aktiviti sebanyak maksima 'pemberat' yang dibenarkan.
 
Insyaallah bersambung...

Monday, March 8, 2010

WIFI Dalam Bas

Mahasiswa bertahan ratusan jam di bis kuning setiap tahun mulai dari dan ke sekolah di padang pasir ini exurb of Tucson, dan aduk-gila remaja memecahkan monoton dengan menggoda, texting, menggoda, berteriak, memanjat (atas kerusi) dan kadang-kadang memukul (kerusi atau seatmates).

Tetapi pada pagi dingin ini, seperti bis No 92 gulung menuruni jalan raya gunung tepat sebelum fajar, pelajar sekolah menengah tenang, menaip di laptop.
 
Kalau yang kurang mengerti coretan di atas, anda bisa 'copy paste' ke link di bawah..
 
atau teruskan bacaan yang asli di..

Adakah IQ Anda Tinggi? Hati- Hati!

Satoshi Kanazawa, pakar psikologi evolusi di London School - Economics & Sains Politik berkorelasi dengan data IQ perilaku daripada US. Keputusan mendapati bahawa rata-rata orang yang dikenalpasti sebagai liberal dan ateis mempunyai IQ yang lebih tinggi. Ini berlaku juga untuk 'Eksklusivitas' seksual pada laki-laki, tapi tidak pada wanita. Penemuan ini akan diterbitkan dalam edisi Mac 2010 Psikologi Sosial Quarterly.
 

Tuesday, March 2, 2010

Tahun Untuk Lebih Bersyukur


Hari ini kita bersyukur..
Hari esok tambahkan kesyukuran..


2 rangkap di atas aslinya dari lagu Mari Bersyukur - Kumpulan NadaMurni 'Kecil'.
Sampai sekarang saya masih ingat dan saya pasti peminat nasyid juga minat..

Tahun ini saya sangat2 bersyukur kerana beroleh zuriat.. Kebetulan bulan Maulid Nabi.. Moga Nour Qasrina, anak sulung saya menjadi anak solehah.. aset saya ketika saya meninggal kelak.. "Nanti kalau walid mati, doakan kesejahteraan walid di alam barzarh dan akhirat ya!" Itu doa saya, seorang yang banyak berdosa.. mulai sekarang..

Kita meminta pada Allah.. Tuhan yang Maha Memberi dengan Al-Wahhab Nya..
Kadangkala kita tidak sedar, apa yang tidak kita minta pun Allah tetap beri.. Kita x pernah pun berdoa seperti..

"Ya Allah, Moga aku dapat makan tengah hari nanti" atau
"Ya Tuhanku, moga rumahku masih ada di tapaknya kala aku pulang nanti.." atau yang sedikit unik..

"Ya Rabbi, Aku bermohon padamu pakaian untuk aku pergi kerja dan keluar jalan2 esok"

Allah tetap makbulkan.. kita dapat makan, kita dapat tempat berlindung, kita ada pakaian.. maka apakah kita telah pun merasa selamat.. Zon selesa? Haiti, Palestin, Acheh.. pengajaran buat kita..

Foto: Saya dalam pelukan Qasrina..

Sunday, February 28, 2010

Nasyid & Media

Bilakah anda mendengar lagu nasyid di radio? atau membaca artikel tentang nasyid di akhbar..
 
JAWAPANNYA:
 
Lagu nasyid di radio : SELEPAS atau SEBELUM AZAN / PENGUMUMAN WAKTU SOLAT
 
Artikel tentang nasyid di akhbar: KETIKA ada sambutan berkaitan dengan islam, seperti MAAL HIJRAH, MAULID NABI dan sebagainya..
 
Video Klip di TV: Hari Jumaat, Bulan Ramadan, atau lewat malam ketika orang sedang tidur..
 
Berita tentang penasyid: GOSIP peribadi yang mengaibkan diri mereka dan famili..
 
Sangat tidak bijak.. alasan stesen radio lagu nasyid kurang sesuai di pasang pada waktu lain selain dari waktu seperti di atas..
Lagu Lady Gaga yang membawa kepada perkara yang tidak baik dan syirik elok pula di mainkan..
 
Stesen radio melayu, DJ orang malaysia.. MAIN LAGU INDO yang menuduh kita MALING dan sebagainya..
Stesen radio melayu, DJ Muslim, tapi nak main lagu nasyid takut di gelar ekstrimis... takut peminat lari..
 
*Bukan semua media dan stesen TV Radio.. Hanya beberapa kerat yang mentaliti mereka terlalu unik untuk difahami..
 
Foto: All 4 Umah, SMAP KAJANG
 

Monday, February 22, 2010

BUKU - STORMREADERS

Saya sudah mendengar tentang StormReaders ini sejak beberapa tahun yang lalu.. Kebetulan Pengarah Urusan StormReaders merupakan bos dan 'ayah' saya dalam industri nasyid tanah air.
Haji Waharp.. Sehebat nama 'industrinya' begitulah jua hakikat orangnya yang sebenar.. Bijak, berdaya saing dan paling penting berpandangan jauh..

E-Commerce
Saya merupakan graduan Sains Komputer dan (Business Computing - E-Commerce) adalah bidang major saya, lantas apabila mendapat khabar Telaga Biru Sdn Bhd akan mewujudkan sistem E-Dagang + MLM.. Saya tertarik.. Dan merasakan ini peluang baik untuk saya kembali 'explore' dalam bidang e-commerce yang sudah lama saya tinggalkan 'ilmu teorinya'.

Lulus Syariah
Ternyata lulus syariah.. 2 penilai syariah (kebetulan kedua-duanya adalah idola saya dalam bidang keagamaan, hujjah, cara berfikir dan yang paling penting komunikasi mereka yang 'redup' dan bersederhana.. Us Zahazan dan Us Zaharuddin menilai setiap sudut transaksi dalam MLM baru ini..

Pupuk Membaca
Kebelakangan ini saya punya rasa minat membaca buku agama.. Banyak juga buku-buku isteri saya (pelajar jurusan usuluddin UM) yang saya khatam.. Kali terakhir saya bersungguh-sungguh membaca ialah pada tahun akhir kuliah .. 2008 dahulu.. Ketika getir dengan tesis dan projek tahun akhir... itupun pembacaan saya lebih kepada buku 'komputer' bukan buku agama...

StormReaders network menawarkan pakej baik buat usahawan muslim. Kita bisa :
MEMBACA - BERNIAGA - BERSEDEKAH - MENGERATKAN SILATURRAHIM

LAWAT LAMAN WEB COMPANY SAYA

ATAU HUBUNGI EN. HAFIZ: 0122034455
EMAIL: siarratech@gmail.com untuk maklumat lanjut

Thursday, February 11, 2010

Harga 1cm

Perutnya dah keras betul..
Tapi baru buka 1cm..
Yang lebih arif menyarankan agar dia pulang dulu..
Beberapa kenalan yang berpengalaman memberi pelbagai pendapat..
 
 "8-10cm sudah memadai.." Kata majoriti mereka..
 
Kasihan.. Beban yang ditanggung..
7-9cm merupakan satu perkara yang berharga
Penantian yang ternilai dari kesabaran seorang ibu..
 
 

Monday, February 8, 2010

Ibu


Sesuatu yang saya peroleh dari email yang punya mesej yang cukup bermakna juga dari seorang yang amat bermakna buat saya..

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak.... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. ​ . ​ . ​ . ​ . ​ . ​ . ​ . ​

Tapi kalau Mak sudah tiada........... MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup...... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup........ membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya........

Foto : pustakaiman.wordpress.com

Tuesday, February 2, 2010

Patah Hati ?

Patah Hati merupakan sebuah lagu yang istimewa. Karya sulung Hafiz Hamidun (Sami Yusuf Malaysia) buat Saujana
ini memang sangat istimewa. Liriknya ditulis oleh saudara Fedtri Yahya (Pengacara hebat dan bijak), juga penulis muda yang diketahui umum sangat berbakat
dalam bidang pernerbitan dan penulisan. Kini beliau bertugas di TV3.
 
Lagu ini punya melodi dan lirik yang cukup enak. Istimewa dan peliknya, ada di kalangan peminat Saujana cuba mengaitkan lagu ini dengan bekas ahli Saujana sendiri.
Kata mereka lagu itu ditujukan buat Idzwan Saujana (Idzu) yang sekarang ini menyepi.. atau PATAH HATI..?
Barangkali ya.. Lagu tersebut sesuai ditujukan buat Idzu, supaya beliau tidak patah semangat, dan terus tabah dalam menempuh hidup..
Namun hakikat sebenarnya, lirik itu ditulis oleh Fedtri sendiri, bukan tulisan ahli-ahli Saujana dan ianya sesuai buat semua insan yang pernah kecewa.

Saya mendoakan yang terbaik buat Idzu. Seorang sahabat yang baik, peramah, lucu dan tidak pernah marah. Moga beliau terus dalam rahmat dan barokah Allah..

Image: http://www.sodahead.com/living/what-kind-of-father-diddo-you-have/question-175790/

Monday, February 1, 2010

Football Art

"Football isn't about wearing down the opponent with shots, but rather about winning in syle. Guti converted a play on goal into a piece of art." (AS)

Guti (Real Madrid)

Wednesday, January 27, 2010

Artis Nasyid dan Lagu Cinta Islamik

Baru-baru ini saya menulis kepada Us. Zaharuddin www.zaharuddin.net. Berkenaan isu lagu cinta dari kalangan penasyid. Di sini saya ingin berkongsi bersama pembaca jawapan dari beliau..
 
 
SOALAN:
 
Assalamualaikum Al Fadhil Ustaz
Barangkali ustaz tak berkesempatan untuk membaca email saya ini.. Namun doa dan harapan saya agar ustaz dan keluarga terus dalam rahmat dan barokah Allah..
Kebelakangan ini, dalam artikel ustaz byk menyebut tentang kalangan penasyid yang menyanyikan lagu 'cinta islamik' dan 'memuja wanita.. suara mendayu-dayu'
Sedikit soalan andai ada kelapangan ustaz tolong jawabkan ya..
 
"Apakah salah (hukum) menyanyi lagu cinta walau buat isteri, atau buat ibu.. atau buat guru wanita yg bukan muhrim.. dengan alasan sebagai medium luahan perasan untuk mengerat lagi kasih sayang dan silaturrahim... Bagaimana pula kalau mereka yang dipuja adalah ahli agama tersohor lampau seperti saidatina khadijah, aishah, tokoh sufi rabiatul adawiyah dan lain"
 
Sampaikan salam buat Ummu husna, kak long & kak ngah dan adik2 kecil...
Saya yang kurang ilmu..

- Azalinor Saujana
www.saujana.net.my
 
 
JAWAPAN:
 
Wa'alaikumussalam akhi Azalinor,
Terima kasih atas doa dan ana mendoakan antum sekeluarga dan shabat juga sihat wal afiat.
Terus terang saya katakan, bagi saya, kumpulan nasyid perlu lebih berhati-hati ketika mendendangkan lagu-lagu yang berkaitan cinta dan kasih.
Begini, jika jelas dan terang dari lirik cinta dan kasih sesuatu lagu itu merujuk kepada Allah, Rasul, Sahabat sama ada lelaki atau perempuan, wali popular seperti Rabiatul Aadwiyah, tokoh sprt Ratu Balqis, ibu dan bapa serta keluarga. maka hukumnya adalah HARUS
Apa yang menurut pandangan saya TIDAK HARUS adalah laungan-laungan cinta dan kasih yang tidak jelas watak yang ditujukan, sehingga memungkinkan 'double meaning" berlaku serta mengasyikkan si dara. Contoh fakta yang boleh saya bawa secara spontan adalah lagu 'Siti Munawwirah oleh amar, Nur syahada oleh Far East dan mungkin banyak lagi cuma itu dua yang saya ingat.
Saya pasti rakan nasyid telah melihat konsep lagu-lagu Sami Yusuf dan Maher Zain terbitan awakening, ia tetap hebat dan popular walau tidak berkisar hal cinta wanita. Konsep sebegini perlu lebih dipopularkan.
Saya pasti kumpulan naysid kita juga telah banyak menghasilkan lagu-lagu berkonsep itu, cuma buanglah yang syubhah dan membawa syubhat dalam seruan-seruan cinta dan kasih.
Hujjah mendendanglah lagu sebegitu bagi menyediakan alternatif cinta hitam dan maksiat dendangan penanyi biasa juga bagi saya tidak boleh diterima.
Hujjah bahawa lirik lagu cinta islamik itu mengajak kepada cinta yang tulus dan bersih juga sukar bagi saya. Ia tetap negatif secara umumnya dan mudarat melebihi manfaat. Kaedah fiqhi menyebut " menolak mudarat melebihi target mencapai manfaat"
Mungkin itu bukan pilihan penasyid tetapi penerbit tetapi buatlah sesuatu agar penerbit boleh memahami.
Sampaikan salam kepada rakan-rakan Saujana, saya minat antara dua cinta yang didendangkan Saujana dan Keluarga Bahagia. Tema begitu ok.
Minta tolong sampaikan mesej ini kepada rakan-rakan penasyid lain juga.  Ingatan ikhlas dari saya.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Saujana - Nota Cinta

Alhamdulillah, album baru Saujana (NOTA CINTA) dah pun ada di pasaran hampir 3 minggu.Sekarang Saujana sedang sibuk dengan promosi album.
Untuk jemputan dan promo boleh layari www.saujana.net.my.

Setakat ini Saujana sedang giat promosi di sekitar IPT dan itulah sasaran pertama kami, untuk mendekati semula peminat-peminat nasyid di IPT.
Kalau dari segi penjualan album nasyid, rata-rata pembelinya adalah dari kalangan penuntut IPT di ikuti pelajar sekolah menengah dan golongan
dewasa. Album Saujana yang pertama dahulu terjual hampir 80,000 unit dan pembeli utamanya adalah dari kalangan pelajar IPT.
Album kali ini lebih segar dari sudut mesej dan lagu. Jika dahulu Saujana sering tampil dengan lagu yang bermesej kekeluargaan, album kali ini lebih
menekankan aspek utama dalam beragama, iaitu ketuhanan.. Seiring dengan lagu-lagu motivasi.
 
Lagu seperti Nota Cinta, Kembara dan Sifatullah adalah antara lagu-lagu yang kami rasa penting untuk mengajak
pendengar kembali kepada fitrah asal manusia, yakni sebagai hambaNya yang lemah.
Semoga kita terus dalam rahmat dan barokah Allah. Amin...
 
Untuk sebarang infomasi tentang Saujana, boleh layari
www.saujana.net.my atau search SAUJANA di www.facebook.com