Minggu lepas Hakimi Harun, ex-Saujana hadir ke rumah menziarah. Dah lama Kimi nak ke rumah, akhirnya berkesempatan juga. Selain berbual soal anak-anak, famili, kerjaya, pendidikan terkini isteri, kami sempat juga berseloroh tentang Shahir.. ala.. SHAHIR AF8
Kimi memang terkenal dengan prinsipnya yang seakan kurang gemar apabila bekas-bekas penasyid masuk rancangan realiti. Pada Kimi usaha dakwah akan terbantut. Tiada konsep 'cuci taik dari dalam tong' dalam minda Kimi.Langsung, Kimi agak tertekan apabila ada segelintir kenalan rapatnya yang 'gila Shahir' dan menghabiskan beratus ringgit untuk mengundi Shahir di AF. Apalagi setelah Undi Masuk diwar-warkan, makin meriahlah undian yang dibuat kenalannya.
Pada saya Kimi bukan irihati, cemburu apalagi dengki. Kimi sendiri memang seorang yang sudah berjaya. Punya kerjaya yang cemerlang, punya isteri dan anak yang comel, selain pelbagai lagi kelebihan dari sudut kebijaksanaan dalam pengalaman.Lebih hebat dari Shahir dalam usianya. Banyak lagi yang Shahir bakal tempuh, dugaan wang, gosip, peminat wanita, 'geng-geng pakai pelincir', dan dalam soal ibadat, semuanya bakal terganggu dalam industri hiburan. Kalau tak banyak pasti ada tempiasnya sedikit."Kita just wait and see", kata Kimi. "Now kita see heart.. Later kita see..?" Balas saya dalam hati tanpa memikirkan makna apa-apa.
Bercerita soal anak Kimi, seperti yang dijangka, anaknya sudah mula petah berkata-kata.. "Inilah generasi 611-ceria, bijak berkata-kata, 'english' yang mengkagumkan selain berjiwa pejuang (semuanya nak jadi 'ultraman', 'ben10'). Anak Adi Aziz (Saujana) juga begitu. Zahraa.. memang cergas.. minda dan badannya. Alhamdulillah anak saya juga dah mula memberi reaksi. Seakan dia faham apa yang kita tuturkan. Seronok melihat anak kecil teman-teman dan anak buah. Bagaimana pula anak teman Saujana yang lain.. Adakah anak Pyan sepetah ayahnya, mungkinkah anak lelaki Najran selincah Higuain (Real Madrid), anak Idzu? anak Faizul?
Bulan lepas berkesempatan minum malam bersama Faizul(Ley). Sekarang dia masih bertugas di HKL. Bidang bedah otak.. "Aku betulkan tengkorak pesakit dah macam susun Lego.." Ley secara ringkas membayangkan pada saya akan tugasnya. Ley masih belum dikurniakan anak. Insyaallah bakal menyusul.. Barangkali anaknya jadi orang Kelantan, lantaran Ley dan isteri akan berpindah ke Kubang Kerian untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Master Neurologi/Brain Surgery (kurang pasti nama 'course'nya) bulan 6 ini..
Berbalik soal Shahir tadi.. * Seperti yang semua sedia maklum dia mempunyai suara yang sangat lazat selain pandai mencipta lagu. Teringat tanggal16 Feb lepas, tatkala baru sehari menimang cahaya mata, saya menerima panggilan dari Pyan.
"Oh, barangkali pyan nak wish tahniah coz dapat baby" fikir saya.."Salam Aza, enta tau tak Shahir masuk akademi?" Pyan terus bertanya. Rupanya Pyan belum mendapat berita kelahiran Qasrina, anak saya. "Pergh, menarik tu.. konfem la menang.. macam Nua Hasin" Balas saya mengingatkan johan AQ musim kedua Anuar Hasin merupakan rakan seguru taranum Shahir di Perak."Dia masuk AF la.. bukan Akademi Quran" Pyan segera mencelah.."Jangan bagitau sesiapa dulu, ana tau pun dari kenalan Shahir, so x pasti.." arah Pyan.
Saya sedikit terkedu.. hilang sebentar fokus pada anak di wad. Terfikir saya.. Lepas seorang-seorang masuk realiti tv. Apa mungkin kata-kata keluarga mereka.. terutamanya Shahir yang saya kenal sebagai...
ANAK YANG CUKUP BAIK AKHLAKNYA (terutama ketika berurusan dengan wanita)
ABG YANG BERTANGGUNG JAWAB (teringat mak ayah shahir.. rendah diri)
ANAK MUDA YANG HORMAT SENIOR (macam saya, Pyan, Najran dan penasyid lain)
PEMUDA YANG KUAT AGAMA (Shahir orang yang solatnya dijaga baik, rajin mengaji dan banyak juga ilmu agama walau usianya muda)
ANTI SOSIAL (No Komen - komentar yang selalu Pyan beri ketika bicara soal teman-teman yang bertindak pelik ke arah 'bersosial')
PEMINAT BOLA esp Man Utd, BUKAN PEMINAT REALITI TV (Hari sabtu malam jam 9 ke atas, Shahir dan kami biasa tengok bola, bukan tengok Realiti TV)
PEMINAT NASYID HARDCORE' (Shahir suka lagu nasyid ala taranum macam geng-geng Fareast buat)
Justeru saya sendiri agak musykil Shahir ber'fantasia' musim ini. Bukan 'taste'nya..
Doa saya moga Shahir tabah.. moga Shahir dapat membawa kebaikan kepada masyarakat.. Moga Shahir dan keluarganya terus dalam rahmat dan barakah Allah..
* Saya ada lagu yang direka bersama Shahir.. Nanti senang saya uploadkan..
Semua ini hanya coretan dan pendapat peribadi..