Thursday, May 13, 2010

Shahir AF8 dan Saujana


Minggu lepas Hakimi Harun, ex-Saujana hadir ke rumah menziarah. Dah lama Kimi nak ke rumah, akhirnya berkesempatan juga. Selain berbual soal anak-anak, famili, kerjaya, pendidikan terkini isteri, kami sempat juga berseloroh tentang Shahir.. ala.. SHAHIR AF8

Kimi memang terkenal dengan prinsipnya yang seakan kurang gemar apabila bekas-bekas penasyid masuk rancangan realiti. Pada Kimi usaha dakwah akan terbantut. Tiada konsep 'cuci taik dari dalam tong' dalam minda Kimi.Langsung, Kimi agak tertekan apabila ada segelintir kenalan rapatnya yang 'gila Shahir' dan menghabiskan beratus ringgit untuk mengundi Shahir di AF. Apalagi setelah Undi Masuk diwar-warkan, makin meriahlah undian yang dibuat kenalannya.

Pada saya Kimi bukan irihati, cemburu apalagi dengki. Kimi sendiri memang seorang yang sudah berjaya. Punya kerjaya yang cemerlang, punya isteri dan anak yang comel, selain pelbagai lagi kelebihan dari sudut kebijaksanaan dalam pengalaman.Lebih hebat dari Shahir dalam usianya. Banyak lagi yang Shahir bakal tempuh, dugaan wang, gosip, peminat wanita, 'geng-geng pakai pelincir', dan dalam soal ibadat, semuanya bakal terganggu dalam industri hiburan. Kalau tak banyak pasti ada tempiasnya sedikit."Kita just wait and see", kata Kimi. "Now kita see heart.. Later kita see..?" Balas saya dalam hati tanpa memikirkan makna apa-apa.

Bercerita soal anak Kimi, seperti yang dijangka, anaknya sudah mula petah berkata-kata.. "Inilah generasi 611-ceria, bijak berkata-kata, 'english' yang mengkagumkan selain berjiwa pejuang (semuanya nak jadi 'ultraman', 'ben10'). Anak Adi Aziz (Saujana) juga begitu. Zahraa.. memang cergas.. minda dan badannya. Alhamdulillah anak saya juga dah mula memberi reaksi. Seakan dia faham apa yang kita tuturkan. Seronok melihat anak kecil teman-teman dan anak buah. Bagaimana pula anak teman Saujana yang lain.. Adakah anak Pyan sepetah ayahnya, mungkinkah anak lelaki Najran selincah Higuain (Real Madrid), anak Idzu? anak Faizul?


Bulan lepas berkesempatan minum malam bersama Faizul(Ley). Sekarang dia masih bertugas di HKL. Bidang bedah otak.. "Aku betulkan tengkorak pesakit dah macam susun Lego.." Ley secara ringkas membayangkan pada saya akan tugasnya. Ley masih belum dikurniakan anak. Insyaallah bakal menyusul.. Barangkali anaknya jadi orang Kelantan, lantaran Ley dan isteri akan berpindah ke Kubang Kerian untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Master Neurologi/Brain Surgery (kurang pasti nama 'course'nya) bulan 6 ini..

Berbalik soal Shahir tadi.. * Seperti yang semua sedia maklum dia mempunyai suara yang sangat lazat selain pandai mencipta lagu. Teringat tanggal16 Feb lepas, tatkala baru sehari menimang cahaya mata, saya menerima panggilan dari Pyan.

"Oh, barangkali pyan nak wish tahniah coz dapat baby" fikir saya.."Salam Aza, enta tau tak Shahir masuk akademi?" Pyan terus bertanya. Rupanya Pyan belum mendapat berita kelahiran Qasrina, anak saya. "Pergh, menarik tu.. konfem la menang.. macam Nua Hasin" Balas saya mengingatkan johan AQ musim kedua Anuar Hasin merupakan rakan seguru taranum Shahir di Perak."Dia masuk AF la.. bukan Akademi Quran" Pyan segera mencelah.."Jangan bagitau sesiapa dulu, ana tau pun dari kenalan Shahir, so x pasti.." arah Pyan.



Saya sedikit terkedu.. hilang sebentar fokus pada anak di wad. Terfikir saya.. Lepas seorang-seorang masuk realiti tv. Apa mungkin kata-kata keluarga mereka.. terutamanya Shahir yang saya kenal sebagai...

ANAK YANG CUKUP BAIK AKHLAKNYA (terutama ketika berurusan dengan wanita)

ABG YANG BERTANGGUNG JAWAB (teringat mak ayah shahir.. rendah diri)

ANAK MUDA YANG HORMAT SENIOR (macam saya, Pyan, Najran dan penasyid lain)

PEMUDA YANG KUAT AGAMA (Shahir orang yang solatnya dijaga baik, rajin mengaji dan banyak juga ilmu agama walau usianya muda)

ANTI SOSIAL (No Komen - komentar yang selalu Pyan beri ketika bicara soal teman-teman yang bertindak pelik ke arah 'bersosial')

PEMINAT BOLA esp Man Utd, BUKAN PEMINAT REALITI TV (Hari sabtu malam jam 9 ke atas, Shahir dan kami biasa tengok bola, bukan tengok Realiti TV)

PEMINAT NASYID HARDCORE' (Shahir suka lagu nasyid ala taranum macam geng-geng Fareast buat)

Justeru saya sendiri agak musykil Shahir ber'fantasia' musim ini. Bukan 'taste'nya..
Doa saya moga Shahir tabah.. moga Shahir dapat membawa kebaikan kepada masyarakat.. Moga Shahir dan keluarganya terus dalam rahmat dan barakah Allah..

* Saya ada lagu yang direka bersama Shahir.. Nanti senang saya uploadkan..
Semua ini hanya coretan dan pendapat peribadi..

18 comments:

  1. part paling tak boleh terima bila dia menari terpegang2 perempuan...salam2 perempuan tu dah jadi kebiasaan pulak sekarang ni (Af esp)...tapi norman as the principle suka dengan dia, sebab baik budi pekerti...

    harap2 dia tahu n ingat bata2 dia dengan perempuan2 tu semua...

    ReplyDelete
  2. semoga shahir boleh jaga diri bila di luar af, tambah2 lepas jadi juara af. x sangka berbeza sungguh shahir sekarang dgn shahir dulu mcm aza ceritakan. mungkin ini adalah salah satu ujian Allah buat shahir. lihat shj ujian Allah buat ustaz Akhil Hayy..

    ReplyDelete
  3. salam...

    saya bukan nk komen, tp sbg seorg yg penah minat saujana dlu ms zaman sy skolah dlu...korg la idola sy.

    tp kn, agak tersentak sket bile tgk idzwan saujana masuk audition One in A Million dlu dgn gaya yg pelik, dye rambut, agak 'lembut' gaya nye....& nyanyi lagu falling - alicia keys... erk? hmmm, klo cam tu ape pulak komen u guys?

    -CaH-

    ReplyDelete
  4. salam..

    Pasal idzu, Pyan dan saya dah komen. Antaranya di sini

    Kat web saujana pun Pyan ada komen.. Marilah kita doakan yang baik2 untuk kawan2 kita ni.. Andai mereka berdosa, pintu taubat masih terbuka luas.. Andai sebaliknya, Allah jualah Maha Membalas sebaik2 amalan..

    ReplyDelete
  5. tak baik kutuk2 shahir...masing2 ada ujian dlm kehidupan..smg shahir kembali ke pangkal jln...dan diri kita sendiri pun harus berubah ke arah kebaikan...

    ReplyDelete
  6. ohhh..apakah...ye..ini sume ujian dariNya...kita yang pilih nak jalan camne...kita adalah apa yang kita fikirkan...

    ReplyDelete
  7. suara lelaki bknnye aurat..mgkn ada sebab musabab nape shahir msk akademi..x smstinya dr nasyid berubah haluan adalah perkara yg buruk..die ttp ngn peribadi dye yg dulu..x kn lah pelajar2 AF pggl dye ustaz...jgn mengadili org...hnya ALLAH yg tahu segala2 nya..wallahua'lam..

    ReplyDelete
  8. apa yang kita lihat itu tak semestinya buruk..yang penting 'hati'.. ibadah dan kebaikan bermula dari 'hati'...shahir tak semestinya berubah total selepas masuk AF apalagi menjadi JUARA.. ini mungkin satu penghijrahan seorang jiwa muda untuk ke arah penghidupan yang baru..semoga ianya lebih membawa kebaikan..tidak semestinya ianya petanda buruk atau penghijrahan yang tidak ingini..di mata peminat..bakat shahir dan keperibadian nya yang di minati..'admirable'... SALAM...

    ReplyDelete
  9. apa saja yg shahir biat pasti ada sebabnya.. kita doakan sje lah yg terbaik buatnya..

    ReplyDelete
  10. yup..kiter doakan yg terbaik buat shahir...sy suker bakatnya...semoga dier tabah mengharungi liku2 hidup sbg artis & saujana mmg sy suker sejak zaman skola...kowang contoh baik utk peminat

    ReplyDelete
  11. salam..
    kta sma2 doakn y terbaek untk shahir..
    smoga dia x lpa dri dgn apa yg dia ad skrg..amin..
    ples,i nk sgt dgr lgu yg u reka ngn shahir..thanks..

    ReplyDelete
  12. yup...samerla...nk sgt dgr lagu yg aza cipta dgn shahir

    ReplyDelete
  13. kecoh ah kowunk...kowunk sebenarnye jeles...cube kalu ko ensem cam die...n dpt peluang nak tlg family...konpem tak pk dua kali nye...lgpon niat dia nak tlg family...apelah yang kowunk jeles ngat...dr izu lg lah laknat...kompem kowunk jeles...

    ReplyDelete
  14. salam..

    sememangnya saya meminati saujana dan gemar mendengar lagu-lagu nasyid, namun tidak pernah pula saya dengar nama shahir dalam saujana tapi semenjak shahir berada di AF, ramai pula yang kaitkan dia dengan saujana. Pendapat saya, tidak salah shahir berhijrah kepada kehidupan yang baru, saya juga seorang doktor dan mempunyai keluarga yg bahagia tapi saya minat bernyanyi dan bergaul dengan ramai orang, kita tidak boleh berada di kepompong kita sahaja iaitu nasyid untuk berdakwah, sebab tidak semua orang minat nasyid dan mendengar dakwah, bagaimana pula dengan remaja yang bermasalah? adakah kita perlu memaksa mereka mendengar nasyid dan mendengar dakwah hanya untuk mengubah cara hidup mereka? Jadi, cara pembawakan shahir di AF sedikit sebanyak dapat mempengaruhi segelintir remaja dan belia di luar sana yang bermasalah dan buruk perangainya untuk masuk AF dari menganggur atau melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan mungkin terikut dengan shahir bermain bola sepak dari melepak atau menghisap ganja.

    Seperkara lagi, shahir mungkin tidak menjadi doktor, pensyarah, arkitek atau apa sahaja kerjaya profesional tapi sekurang kurangnya shahir juara dan idola dihati peminat-peminatnya, bak kata Menteri Besar Perak, "Mungkin shahir akan menjadi Menteri Besar".. "Mungkin shahir akan menjadi Perdana Menteri".. siapa tahu? bukan itu shj, Norman KRU yg terkenal dgn lagu2 berbentuk RAP juga memuji peribadi dan perwatakan shahir. Lihatlah bagaimana shahir berjaya mempengaruhi ramai org hanya dgn perwatakannya, percakapan dan sifat rendah dirinya walaupun sudah bergelar juara.

    Oleh itu, same2lah kita mendoakan kejayaan shahir dan berfikiran positif terhadap penghijrahannya. Amin

    ReplyDelete
  15. saya senior sekolah shahir..n junior sek kepada anuar hasin..kami sume satu sek..shahir mmg pemalu time sek..saya penah g ihtifal sama2 ngan die..die sgt disenangi oleh guru n kawan2..agak terkejut die masukAF..moga Allah beri hidayah pada die

    ReplyDelete
  16. isk! isk! said..

    saya takde astro kat rumah tapi penah tgk af kat rmh org nak komen ttg komen tertentu di atas.
    yg salah bukan shahir je(berhibur tak salah dalam islam tapi jgn ada spt bercampur lelaki dan wanita bukan muhrim hukumnye haram pastu lelaki menyanyikan lagu keduniaan semata adalah makhruh dan wanita mengeluarkan suara hingga didengar oleh bukan muhrimnye adalah haram-sesiape yg mendapat rezeki dgn cara haram maka haramlah rezekinye-sila rujuk ustad jika was-was)malah org yg menggalakkan dan menyokong pun sama sahamnya. islam tak memandang hasil (klu dia ada phd dr Al-Azhar sekali pun) tapi usaha yg istikhomah (berterusan)dlm amalan. lebih mengharukan generasi kini sudah mencampur adukkan halal dan haram kerana krgnye ilmu (hendoeism dan syariaat dicampurkan) sbb tu islam menggalakkan menuntut ilmu tak kira muda atau tua terutama ilmu agama (tak tau takpe kena bertanya tapi jgn memandai2..masyaAllah). yang haq tetap haq jangan di batilkan..insyAllah kita sama kongsi (ilmu)sbb agama jgn di ambil mudah (kita manusia biasa tak lari dari kesilapan-semoga sama2 kita berusaha ikut jalan yg lurus). klu ada yg tertinggal bolehlah ditegur tapi jgn memandai-mandai dlm bab syariaat.

    ReplyDelete
  17. Mungkin saya agak terlewat untk bersama kalian dalam memberikan pendapat mengenai insan istimewa bernama Shahir ni. Mengikuti perkembangannya dalam tempoh hampir 4 tahun ini, terbukti kata-kata Kimi itu terbukti benar belaka. "Banyak lagi yang Shahir bakal tempuh, dugaan wang, gosip, peminat wanita, 'geng-geng pakai pelincir', dan dalam soal ibadat, semuanya bakal terganggu dalam industri hiburan. Kalau tak banyak pasti ada tempiasnya sedikit." Bagi saya yang berlatarbelakangkan pendidikan biasa ( bukan aliran agama) ini merasakan betapa ruginya ilmu dan bakat kurniaan Allah kepada saudara Shahir itu jika dibiarkan tanpa dibajai atau dikongsikan atau diperturunkan kepada saudara seagama dengannya. Bercakap berdasarkan pengalaman.... sememangnya Allah taala sentiasa memberikan ' klu-klu' ke arah jalanNya. Terpulang kepada hati masing-masing...Saya doakan yang terbaik untuk saudara Shahir dan keluarganya serta seluruh umat Islam.

    ReplyDelete