Tuesday, June 29, 2010

Tilik Nasib

Kebelakangan ini banyak perkara amat sukar dijangka. Letaklah beribu analisis sekalipun, atas kajian dan analisis dari fakta-fakta terdahulu, keputusan akhir tetap lari dari jangkaan.

Kalau dalam Piala Dunia 2010 yang masih belum selesai ini, kita dapati banyak jangkaan yang meleset. Pasukan hebat seperti Itali, Perancis dan Argentina semuanya tersungkur awal. Saya bukanlah penilik nasib namun saya tetap menaruh harapan agar Argentina menang. Barisan pemain skuad amerika selatan ini tampak lebih lengkap dari semua sudut dan corak permainan mereka yang 'counter attacking' sentiasa sukses.

Saya mewakili jutaan rakyat malaysia yang kecewa apabila lesen judi diberikan oleh kerajaan untuk Piala Dunia kali ini. Biarlah Allah menentukan hukuman buat mereka yang memberi, menerima dan terlibat sama. Namun saya sendiri musykil dengan kelulusan dari pihak kerajaan terhadap buku-buku 'ala tilik nasib' yang kononnya berdasarkan kajian terhadap tarikh lahir kita. Contoh buku, program dan seminar tertentu telah banyak dilancarkan dan ianya mendapat sambutan menggalakkan temasuk dari golongan muslim.

Kalaulah kajian itu terdapat dalam AlQuran dan Hadis Sahih barangkali ramai ulamak tidak pertikaikannya. Namun ianya terlalu berdasarkan kajian barat. Cuba bayangkan kalau dari pengiraan (yang dicadangkan dari buku-buku seperti ini) mengeluarkan suatu keputusan seperti, ANDA BUKAN SEORANG PENIAGA, ANDA TIDAK ROMANTIK dan sebagainya. Pasti ia bakal memberi kesan negatif kepada pembaca tersebut. Kebanyakan buku-buku ini terjual laris di pasaran!

Jujurnya saya gemar meneka sesuatu tentang seseorang dan sesuatu perkara. Namun tidaklah ia sebagai satu keputusan akhir. Lebih kepada berjenaka sesama teman dan kadangkala ianya sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam kehidupan.

"Aku rasa orang macam ni tak boleh pakai"

"Mungkin dia ni nak tipu ko aja kot"

Sekurang-kurangnya apabila 'TERKENA', kita dah bersedia. Saya tertarik dengan satu tulisan teman berbangsa cina saya.. Earpin dalam bukunya "Confession of Web Developer".

"I was never approached by a street fortune teller because I don't look like their customer. Perhaps, I looked like those who is going to throw them a question of why not they spend more time predicting their own future (to be more specific, Toto's winning numbers). "

Non muslim pun sudah berfikir begini :)

Foto: antihipokrit.blogspot.com

Wednesday, June 23, 2010

Nur Adam

Sekali-sekala melayan siri ulangan Nur Kasih ada juga istimewanya. Cerita ini cukup indah, terutama dari sudut garapan fotografinya.. Ada juga beberapa episod yang saya ter’miss’ dapat saya tonton kembali. Pada saya, drama ini merupakan satu momentum untuk industri drama dan filem mewujudkan lagi lebih banyak kisah tentang isu keluarga dengan lebih serius. Saya cukup yakin bahawa tunjang utama cerita ini ialah Nur Amina itu sendiri..

Nur Kasih
Nur seorang yang sangat hebat.. baik, cantik, sabar, terlalu sabar, dan hidupnya penuh dengan kesabaran saat mula berumahtangga.. Sangat ganjil andai ada insan yang benar-benar wujud sepertinya. Sanggup menunggu suami bertahun lamanya, sesudah itu berkorban dalam banyak perkara. Sudi pula dimadukan, tidak pernah melenting dengan adik sendiri yang memang ‘nakal’. Tidak pula tergoda dengan abang ipar yang cukup alim dan punya perasaan terhadap dirinya. Apalagi Nur tidak pernah curang saat kuliah di universii. Hebat.. Sangat Hebat! Ramai lelaki pasti idamkan isteri seperti Nur.


Adamaya
Selain itu kisah Adamaya juga cukup menarik perhatian saya, isteri dan keluarga. Adik saya sendiri sanggup berulangkali merakam aksi anak buah meniru gaya Amani. Drama ini juga cukup hebat.. Heronya adalah kuasa drama ini. Adam juga baik seakan malaikat. Kalau ada pun satu kelemahan beliau dalam drama ini ialah.. 'Scene 'Olok-olok' ketika tidak memaafkan Maya di akhir episod.. Yang lain cukup ‘perfect’. Sabar, bapa penyayang, romantic, kacak dan pelbagai lagi sifat baik. Semua wanita pasti idamkan lelaki seperti Adam.

Nur Adam?
Sebuah filem yang menggabungkan watak Nur dan Adam (Adamaya). Pasti hebat tanpa sebarang konflik. Kisah rumahtangga yang penuh kasih sayang..

Tuesday, June 8, 2010

Privasi

Saya mendengar stesen BERNAMA Radio 24 semalam. Dalam segmen Kerusi Panas, tetamu yang diundang adalah seorang wakil dari Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG). Seperti biasa (kalau yang diundang itu ahli JAG), topik kali ini membincangkan isu pro-feminin dalam soal hak dan privasi kaum wanita..

Barangkali wakil JAG ini menyebelahi seorang artis 'ala 'AVATAR' (yang kesal gambarnya disiarkan dalam akhbar beberapa bulan lalu tanpa kebenarannya. Artis itu menerima cemuhan peminat dan media gara-gara aksi yang agak menjolok mata.)

Ada beberapa pemanggil yang membuat panggilan langsung ke radio seakan tidak menyebelahi artis tersebut dan mereka menyimpulkan soal kenapa artis itu 'bersetuju' bergambar sedemikian 'at first place'. Isu ini terus dikaitkan dengan isu 'privasi' di Facebook dan laman-laman 'social networking' yang lain. Soal bahaya mendedahkan infomasi sendiri seperti foto, alamat, dan apa jua perkara peribadi telah dihuraikan oleh banyak pihak.. Antara yang menarik untuk saya kongsikan bersama ialah pendapat dan ulasan UZAR tentang Dosa-dosa dan Facebook di sini

Saya sedikit runsing dengan idea yang di bawa wakil JAG ini. Antaranya beliau menyebut "Tidak salah mengambil gambar begitu dan di siarkan di media A. Masalahnya media B menyiarkan tanpa kebenaran di media mereka.. Saya rasa ini soal 'property' atau hakcipta, bukannya isu privasi.

Yang paling utama ialah menjaga hak kita dari dicuri secara nyata seperti kecurian telefon, laptop*, 'hard disk' peribadi, bagasi** dan pelbagai lagi barangan yang terlalu privasi.

* Sedikit lucu, dahulu ketika saya dan teman menginap hotel di negeri ***** kami tertinggal laptop saat keluar makan, namun yang hilang hanyalah 'perfume' dan telefon bimbit.

*Untuk keselamatan laptop di jalanan.
http://www.microsoft.com/atwork/security/laptopsecurity.aspx

**Hati-hati dengan taktik ini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Booster_bag_scam