Thursday, September 30, 2010

Aur

"Bang Azali, aur itu apaan?" Nanya Arief Budiman di kelas pagi tadi..

Kau bagaikan tebing
Seringkali dipukul badai
Ku rela menjadi aur
Kita saling memerlukan..

Friday, September 24, 2010

Sarjana

Ternyata menyambung kuliah di peringkat sarjana amat istimewa. Kita melihat subjek itu dari sudut yang berbeza dan ' very deep'. Terlalu teliti, walau kuliah baru sehari..


Dengan kenalan yang datang dari pelbagai bangsa dan negara.. Pemikiran kita agak terbuka. Kita semakin berlapang dada.. dan yang pasti kita sedar bahawa ilmu yang kita ada masih kurang bahkan tiada nilai apa-apa..

Friday, September 17, 2010

Melihat Dari Perspektif Yang Holistik

Andai ada 2 pihak yang bertelagah. Selesaikanlah dengar cara yang holistik. Yakni melihat secara menyeluruh. Rungkaikan kesemua kekeliruan dan kesalahan yang ada pada mereka. Catatkanlah apa kesalahan yang tersurat dan tersirat. Kemudian carilah semua perkara benar yang mereka pertahankan.. Catatkan juga dengan terang.

Akhir sekali, lihatlah kebenaran dan kesalahan yang tertulis itu dari pandangan yang neutral.. Ternyata anda dapat pastikan siapa yang benar-benar benar.. Binalah ulasan sendiri berpandukan kuantiti dan kualiti (priority) benar salah yang dicatatkan.

Monday, September 13, 2010

Kalaulah Dapat Aku Muslimkan Seseorang

Tak Mengerti
Saya berasa amat sedih. Saya seperti muslimin yang lain kecewa dengan apa yang berlaku di Malaysia beberapa bulan lepas. Barangkali kerana politik semua yang berkaitan Islam dan ahli politik non-muslim sering disalah-ertikan. Tambah sedih apabila membaca artikel-artikel http://www.saifulislam.com/ yang mana mesej dan dakwahnya sepatutnya dicontohi oleh seluruh pengguna masjid di Malaysia. Hebatnya Us Hasrizal mengislamkan saudara baru. Yang pasti Islam itu tidak defensif. Masjid itu mendekatkan kita dengan non-muslim. Mengajak mereka kepada Islam.

Syarikat Multi-kaum
Saya bekerja sebagai IT Exec di syarikat ber'head quaters'kan Jepun. Pekerja di sini ada yang berbangsa Jepun, Cina, India, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Nepal dan Bangladesh. Di bulan ramadhan (siang hari) kantin di tutup pada hari ahad. Maka non-muslim yang tak berpuasa ada yang mengambil langkah untuk 'join' berpuasa, walaupun mereka kadang-kadang 'curi minum air'. Namun dari sudut positif, mereka yang baru 2 - 5 tahun bekerja di Malaysia sudah masak dengan latihan berpuasa dan secara tak langsung memahamkan mereka serba sedikit tentang islam.

Memahami Islam
Ada di antara mereka yang tahu membaca doa makan. Ada juga yang mengingatkan saya.. "Lino, u dah sembahyang ke?" ketika hampir masuk waktu solat. Ada yang sesitif, meminta maaf kerana minum di hadapan saya ketika bulan puasa dan pelbagai lagi reaksi positif kepada memahami Islam. Sedikit kecewa, kerana saya tidak sehebat SaifulIslam yang memang petah berkata-kata dalam menyusun ayat-ayat yang indah tentang indahnya Islam. Apalagi saya bertambah kecewa kerana bakal meninggalkan teman-teman sekerja ini untuk menyambung pelajaran. Saya masih belum mampu mengsilamkan seseorang.

-Seorang staff india memberi saya kad raya buatan sendiri.
-Seorang operator berbangsa Vietnam mahu ganjaran 'dapat online chatting from terminal' kalau dia berpuasa. Macam rasuah pulak.. :)
-Semua mahu duit raya (walaupun mereka tahu saya tak lah kaya) dan datang rumah beraya.. .

Friday, September 3, 2010

Kenapa Lagu Raya Lama Masih Diminati

Tidak dinafikan yang lagu-lagu raya tahun 60, 70, 80, dan awal 90 an memang enak-enak belaka. Namun tahukah saudari-saudari sekalian sebab-sebab berkait lain yang membuatkan lagu-lagu itu masih diminati oleh pendengar sehingga sekarang ?

1. Raya -> Kampung Halaman.

Raya mengingatkan kita pada kampung. Barangkali kampung itu bermaksud rumah ibu dan ayah kita. Mungkin juga rumah nenek atau datuk. Maka secara tak langsung, mengingati raya bagi yang berusia 30 tahun ke atas ialah mengingatkan 'suasana' mereka di kampung. Mereka tinggal di kampung lebih kurang 20 tahun dahulu, dan mungkin lagu raya (baru) untuk tahun itu ialah lagu-lagu akhir 80 an seperti lagu-lagu raya Jamal Abdillah dan DJ Dave.


2. Raya -> Waktu Kecil -> Kampung Halaman

Raya sinonim dengan bunga api, cuti sekolah dan duit raya. Saat terindah tentulah ketika masih kanak-kanak. Ketika mengumpul duit raya dan juga bermain bunga api. Lagu raya lama kalau dimainkan, pasti membuatkan kita teringat zaman persekolahan kita. Cuti panjang untuk sambut raya, dan ketika bermain bunga api serta mengumpul duit raya. Maka suasana hari raya yang istimewa ialah ketika kita masih kecil.


3. Raya -> Pohonan Kemaafan -> Ibu Bapa & Saudara -> Kampung Halaman

"Mak, Abah, Maaf Zahir Batin.." Klise di pagi raya.. semua bersalaman dengan orang tua masing-masing dan memohon kemapunan dari mereka. Kemudian sesudah solat, semua berjalan raya ke rumah saudara. Biasanya saudara-mara masih ramai tinggal di kampung. Pakcik, Pak Uda, Pak Long.. semuanya masih bekerja, menoreh atau bertani di kampung. Itu suasana di Malaysia. Kemudian ada yang menziarahi kubur. Kubur saudara terdekat juga banyak di kampung. Maka melalui lagu raya, kita teringat saudara di kampung sama ada yang masih hidup atau mati.


4. Raya -> Takbir Raya -> Fitrah

Syahdu bila mendengar takbir raya. Pasti, orang yang barangkali tidak pernah solat juga akan terkesan dek laungan takbir. Cuma di Malaysia versinya sedih dan mendayu-dayu walaupun hakikat sebuah takbir ialah takbir 'kemenangan'. Maka seharusnya kita 'happy' bukan? Takbir itu adalah laungan kembali kepada fitrah kita yang sejak dilahirkan matlamat kita sememangnya ialah mengagungkan kebesaran Allah. Itulah Aidil Fitri yang saya fahami. Fitrah itu sudah sebati dengan kita, yakni kembali kepada asal ciptaan.

Justeru dalam mengaitkan lagu raya. Samalah juga ianya dengan takbir raya. Tidak berubah fitrahnya (masih asal ungkapan dan bait-baitnya) namun yang lama masih tetap lebih di minati. Barangkali qari-qari hebat Malaysia seperti Abdullah Fahmi, Anuar Hasin, Shahir, Adik Muhammad boleh melagukan takbir dalam nada atau irama baru. Tapi, pasti.. versi lama Malaysia 'Melayu' yang mendayu-dayu itu tetap kita minati, walaupun yang melaungkannya, Pak Menteri, atau kita sendiri.


5. Raya -> Kemalangan Maut -> Ibu Bapa -> Fitrah

Ketika kita bergembira, ada juga yang bersedih di hari raya. Barangkali kita juga termasuk dalam kelompok ini yang mungkin kehilangan sanak-saudara dek kemalangan maut di jalan raya atau pun kerana sebab yang lain (cth: akibat bom buatan manusia) setiap kali menjelang raya. Apabila menonton berita kecelakaan di TV, ibu bapa pasti terkenangkan anak-anaknya dan begitulah sebaliknya. Namun di hari raya, hikmahnya tetap ada, iaitu sebagai peringatan untuk kita lebih berhati-hati dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Teringatkan ibu bapa dan anak itulah fitrah kita. Melihat asal kejadian kita dan kejadian 'produk' kita melalui kekuasaan Allah.

Kesimpulannya. Keluarga adalah fitrah, kampung adalah fitrah, dan setiap kejadian harus kembali pada fitrah. Melodi juga punya fitrahnya. Begitu juga 'taste' kita.

Kalau pembaca mahu pandangan yang lebih istimewa.. Boleh kunjungi laman RAMLI MS ini..

Akhir kata, Selamat Hari Raya