Tuesday, November 9, 2010

Wanita di Congo

Purata 14 orang rakyat Congo dirogol setiap hari. Majoritinya isteri-isteri dari golongan miskin dan kurang upaya. Kanak-kanak juga dirogol. Menurut BBC, lebih dari 40000 kes rogol dilaporkan semenjak 2006.

Yang menarik, sebuah kisah mengenai seorang wanita Congo yang mempertaruhkan maruahnya untuk dirogol agar suaminya tidak dibunuh pemberontak. Setelah dirogol, beliau diceraikan suaminya kerana dirinya sudah tidak lagi 'suci'. Wajarkah? Apa yang Islam ajar kita?

Kes kedua menceritakan tentang bagaimana seorang wanita yang baru saja dirogol pemberontak, dalam perjalanan ke rumah sakit, ditahan di 'checkpoint berikutnya' dalam perjalanannya, dan dirogol buat kali kedua hanya dalam masa beberapa jam..

Bersyukurlah kita dengan apa yang Allah kurniakan selama ini.. Moga Allah pelihara kita

1 comment:

  1. salam...

    wanau'zubillah.... sungguh tragis kisah mereka... juga menakutkan... manusia y dianggap sebagai pelindung jua mnjadi manusia mnjadi paling kejam... lihat Nabi Ayub kita berhadapan dgn isterinya yang melakukan kesalahan.... disini kita dapat lihat beberapa pengajaran:
    1) sentiasalah merasa bsyukur krn dpt hidup dibumi y aman dan makmur ini
    2) kalau keluar runah jgn lupa baca doa (selalu je nak rushing2, sampai trlupa nak baca)
    3) bersabarlah menerima dugaan ALLAH dan berfikir sebelum bertindak

    mudah2an mjdi pedoman buat saya dan semua...

    ReplyDelete