Wednesday, January 27, 2010

Artis Nasyid dan Lagu Cinta Islamik

Baru-baru ini saya menulis kepada Us. Zaharuddin www.zaharuddin.net. Berkenaan isu lagu cinta dari kalangan penasyid. Di sini saya ingin berkongsi bersama pembaca jawapan dari beliau..
 
 
SOALAN:
 
Assalamualaikum Al Fadhil Ustaz
Barangkali ustaz tak berkesempatan untuk membaca email saya ini.. Namun doa dan harapan saya agar ustaz dan keluarga terus dalam rahmat dan barokah Allah..
Kebelakangan ini, dalam artikel ustaz byk menyebut tentang kalangan penasyid yang menyanyikan lagu 'cinta islamik' dan 'memuja wanita.. suara mendayu-dayu'
Sedikit soalan andai ada kelapangan ustaz tolong jawabkan ya..
 
"Apakah salah (hukum) menyanyi lagu cinta walau buat isteri, atau buat ibu.. atau buat guru wanita yg bukan muhrim.. dengan alasan sebagai medium luahan perasan untuk mengerat lagi kasih sayang dan silaturrahim... Bagaimana pula kalau mereka yang dipuja adalah ahli agama tersohor lampau seperti saidatina khadijah, aishah, tokoh sufi rabiatul adawiyah dan lain"
 
Sampaikan salam buat Ummu husna, kak long & kak ngah dan adik2 kecil...
Saya yang kurang ilmu..

- Azalinor Saujana
www.saujana.net.my
 
 
JAWAPAN:
 
Wa'alaikumussalam akhi Azalinor,
Terima kasih atas doa dan ana mendoakan antum sekeluarga dan shabat juga sihat wal afiat.
Terus terang saya katakan, bagi saya, kumpulan nasyid perlu lebih berhati-hati ketika mendendangkan lagu-lagu yang berkaitan cinta dan kasih.
Begini, jika jelas dan terang dari lirik cinta dan kasih sesuatu lagu itu merujuk kepada Allah, Rasul, Sahabat sama ada lelaki atau perempuan, wali popular seperti Rabiatul Aadwiyah, tokoh sprt Ratu Balqis, ibu dan bapa serta keluarga. maka hukumnya adalah HARUS
Apa yang menurut pandangan saya TIDAK HARUS adalah laungan-laungan cinta dan kasih yang tidak jelas watak yang ditujukan, sehingga memungkinkan 'double meaning" berlaku serta mengasyikkan si dara. Contoh fakta yang boleh saya bawa secara spontan adalah lagu 'Siti Munawwirah oleh amar, Nur syahada oleh Far East dan mungkin banyak lagi cuma itu dua yang saya ingat.
Saya pasti rakan nasyid telah melihat konsep lagu-lagu Sami Yusuf dan Maher Zain terbitan awakening, ia tetap hebat dan popular walau tidak berkisar hal cinta wanita. Konsep sebegini perlu lebih dipopularkan.
Saya pasti kumpulan naysid kita juga telah banyak menghasilkan lagu-lagu berkonsep itu, cuma buanglah yang syubhah dan membawa syubhat dalam seruan-seruan cinta dan kasih.
Hujjah mendendanglah lagu sebegitu bagi menyediakan alternatif cinta hitam dan maksiat dendangan penanyi biasa juga bagi saya tidak boleh diterima.
Hujjah bahawa lirik lagu cinta islamik itu mengajak kepada cinta yang tulus dan bersih juga sukar bagi saya. Ia tetap negatif secara umumnya dan mudarat melebihi manfaat. Kaedah fiqhi menyebut " menolak mudarat melebihi target mencapai manfaat"
Mungkin itu bukan pilihan penasyid tetapi penerbit tetapi buatlah sesuatu agar penerbit boleh memahami.
Sampaikan salam kepada rakan-rakan Saujana, saya minat antara dua cinta yang didendangkan Saujana dan Keluarga Bahagia. Tema begitu ok.
Minta tolong sampaikan mesej ini kepada rakan-rakan penasyid lain juga.  Ingatan ikhlas dari saya.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Saujana - Nota Cinta

Alhamdulillah, album baru Saujana (NOTA CINTA) dah pun ada di pasaran hampir 3 minggu.Sekarang Saujana sedang sibuk dengan promosi album.
Untuk jemputan dan promo boleh layari www.saujana.net.my.

Setakat ini Saujana sedang giat promosi di sekitar IPT dan itulah sasaran pertama kami, untuk mendekati semula peminat-peminat nasyid di IPT.
Kalau dari segi penjualan album nasyid, rata-rata pembelinya adalah dari kalangan penuntut IPT di ikuti pelajar sekolah menengah dan golongan
dewasa. Album Saujana yang pertama dahulu terjual hampir 80,000 unit dan pembeli utamanya adalah dari kalangan pelajar IPT.
Album kali ini lebih segar dari sudut mesej dan lagu. Jika dahulu Saujana sering tampil dengan lagu yang bermesej kekeluargaan, album kali ini lebih
menekankan aspek utama dalam beragama, iaitu ketuhanan.. Seiring dengan lagu-lagu motivasi.
 
Lagu seperti Nota Cinta, Kembara dan Sifatullah adalah antara lagu-lagu yang kami rasa penting untuk mengajak
pendengar kembali kepada fitrah asal manusia, yakni sebagai hambaNya yang lemah.
Semoga kita terus dalam rahmat dan barokah Allah. Amin...
 
Untuk sebarang infomasi tentang Saujana, boleh layari
www.saujana.net.my atau search SAUJANA di www.facebook.com

Wednesday, January 6, 2010

Leeds United - Nothing Is Impossible

Saya bukan peminat bolasepak  Liga Perdana Inggeris - EPL. Kali terakhir saya meminati team dari EPL ialah pada tahun 2001.
Ketika itu Leeds United menjadi pilihan saya. Barangkali saya cenderung kepada pasukan yang berjersi serba putih, lalu saat Leeds United tersingkir dari Liga Premier, saya beralih ke La Liga dan ketika itu pemain Real Madrid, Zidane menjadi pemain 'favourite' saya. Maka sekaligus saya meminati Real Madrid hingga kini.
 
Minggu lepas saya cenderung menonton FA Cup di Astro dan sempat menonton perlawanan secara langsung antara Leeds United dan Manchester United.
Keputusan akhir: Leeds United 1 - 0 Manchester United
 
Leeds sekarang bermain di Liga One (Div 3) dan Man Utd seperti yang ramai tahu bermain di (EPL) Liga Perdana Inggeris (seperti Div 1).
Sedikit pengajaran buat saya dari kisah ini.
 
'Yang di atas akan jatuh pada bila-bila masa dan yang di bawah tak mustahil akan berjaya ke atas andai bersungguh-sungguh mencuba'
 
Sangat klise 'pengajaran' yang saya nungkilkan ini.. Juga tiada yang menarik dalam artikel pendek ini. Sebenarnya ada beberapa kajian IT yang saya cuba lakukan dari 'post' ini..
 
Photo's Source: