Friday, April 23, 2010



Saujana ke Acheh minggu lepas. Ada konsert sempena Festival Universitas Syiah Kuala (Unsyia). 'Syiah' di sini bermaksud 'Syeikh'. Almarhum Syeikh Kuala adalah antara ulamak terkenal di Acheh. Saya sendiri terkejut apabila diberitahu Pyan yang kami akan berkonsert di Universiti 'Syiah'.

Rata-rata penduduk di Acheh muslim kesemuanya dan menganut fahaman ASWJ bermazhab Imam Syafie. Menurut seorang saudara seMalaysia yang menyambung kuliah di sini, terdapat juga aliran-aliran lain yang diikuti, seperti juga di Malaysia.


Adi Saujana di Masjid BaitulRahman, Banda Acheh


Dalam satu sesi wawancara di Acheh TV, seorang pemirsa(penonton) yang membuat panggilan langsung bertanyakan kami..

"Apakah ahli Saujana punya ritual tertentu sebelum atau ketika menggubah lagu atau lirik..?"

Soalan ini istimewa.. hampir 13 tahun bersama Saujana, rasanya kami belum pernah disoal begini.. Kalau ada pun soalan yang hampir serupa, ianya berkisar tentang idea atau ilham seperti:

"Adakah Saujana perlukan ilham tertentu untuk mendapat idea dalam mencipta lagu dan lirik?"

Biasanya jawapan kami untuk soalan ini berkait dengan lokasi dan suasana ketika menggubah lagu dan lirik.

"Tidak dinafikan kadang-kala suasana seperti di tempat cantik, tepi laut dan tasik dan pergunungan yang dingin boleh memberikan ilham dan idea.. Namun semuanya kehendak Allah.. Insyaallah.. Dimana jua idea boleh datang dengan izinNya.."

Ada juga jawapan berseloroh dari seorang penggubah lagu Malaysia yang pernah saya dengar di radio suatu ketika dahulu.

"Kadang-kadang dalam 'toilet' pun saya boleh dapat idea.."

Berbalik kepada isu ritual tertentu tadi, jawapan ikhlas dari saya (pencipta lagu & lirik yang masih muda mentah):

"Kami tidak punya ritual tertentu. Kalau ada pun aktiviti tertentu dalam berkarya adalah menerusi pembacaan (puisi, buku agama atau novel), pendengaran (sering mendengar lagu yang menjadi pilihan masyarakat, baik di radio atau media lain) dan sedikit penyelidikan untuk mengkaryakan lagi irama dan lagu dalam satu bentuk yang lebih inovasi"

Pasti lebih hebat kalau karya-karya pemuzik digubah setelah solat sunat tertentu dan puji-pujian buatNya melalui zikir-zikir seperti yang dilakukan oleh para sahabat dan imam-imam hebat terdahulu ketika tekun meriwayat dan mengumpul hadis atau ketika berijma' dalam mengeluarkan fatwa.. Janganlah pula nanti ada ritual mengarut seperti menelan air ludah ustaz tertentu untuk mendapat berkat dalam berkarya. Wallahualam

Thursday, April 15, 2010

IKIM Yang Serba Baru dan Carta 'Nasyid' IKIM?

IKIM.FM sekarang berwajah baru.. Banyak program baru diperkenalkan. Rancangan-rancangan diperkemas dan segmen tertentu disusun semula. Berita, iklan juga seakan berubah. Bak kata orang kampung Pyan Saujana... 'Rebranding'
 
Antara perbezaan yang dapat saya kesan dengan jelas ialah segmen Pagi yang sebelum ini dikendali oleh
ZnZ telah digantikan dengan segmen Warna Pagi oleh Dj Irwan dan Dj Mas.. Saya rindu pada segmen Nur Hikmah.
ZnZ dan Mari Menulis kelolaan DJ Nik & Hj. Faisal Tehrani merupakan program favorite saya..
Peneman saya ketika pergi dan pulang kerja.. Sekarang ni banyak program berunsur tajaan di IKIM FM seperti yang dikesan pada slot petang..
 
Namun.. Perubahan paling ketara ialah pada slot Carta Ikim yang diubah ke waktu berikut:
Waktu Siaran
Ahad - 9.00 pagi
Isnin - 1.00 pagi (ulangan)
 
Dari siaran malam ke siang.. Hari minggu pula.. Apa mungkin strategi Dj Irwan dan IKIM?
Program ini juga ditukar nama kepada Carta IKIM. Bukan Carta Nasyid IKIM lagi..

Untuk informasi terkini boleh ke web informal CARTA IKIM..
http://cartanasyid-ikim.blogspot.com/

Haritu lagu Patah Hati juara carta lagi.. :)
Saya berubah angin ke Bernama Radio 24.. Ada segmen 'Kerusi Panas'.