Wednesday, July 28, 2010

Sistem

Saya kerja buat sistem. Saya guna 'platform' Classic ASP. Saya banyak kali disaran oleh kawan-kawan berubah kepada .Net Application. Tapi saya rasa tak berapa seronok. Terlalu banyak perlu saya ubah nanti. Sistem sekarang pun dah cukup stabil.. Kenapa perlu berubah?

Thursday, July 22, 2010

Engkau Maha Kuasa atas Tiap-Tiap Sesuatu


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
Al-Imran - 26

Minyak dan Barang Naik Harga

Kerajaan mengistiharkan kenaikan harga gula kepada 25 sen sekilogram, petro RON95 dan Diesel naik 5 sen dan gas LPG sepuluh sen sekilogram #
 
Minyak naik harga
 
Cadangan Kerajaan:
Kongsi kereta atau menggunakan pengangkutan awam..
 
Komen Pengguna:
Kongsi kereta ada logiknya tapi lokasi kerja yang berbeza mengakibatkan kita tak punya pilihan lain selain menggunakan pengangkutan awam. Tapi.. Komuter selalu penuh.. Komuter pun pendek. LRT lagi pendek, penuh.. Berebut-rebut nak naik. Kat dalam macam sardin. Sampai pejabat dah busuk. 'Stress', produktivi merosot dan lebih malang kalau kena raba, atau kena seluk dompet. Lebih parah kalau wanita keguguran kerana berhimpit atau lama berdiri dek budaya ego masyarakat malaysia yang tak mahu beri tempat duduk pada yang memerlukan.
 
"Ini kerana seorang wanita mengandung selalunya akan menghidapi simptom sepertti pening, mabuk dan kekuatan untuk berdiri dengan terlalu lama amat kurang. andaikata wanita tersebut terjatuh jika bas berhenti secara mengejut, berkemungkinan wanita tersebut boleh keguguran dan sebagainya atau kehilangan nyawa." *
 
Stesen LRT punya 'mesin jual tiket' macam komputer buruk.. Selalu ada yang rosak. Kalau elok pon, x punya duit baki untuk pulangkan. Maka, perlu beratur panjang di kaunter. Bas pula selalu tak datang 'on time'. Bas pun sikit. Akibatnya penumpang sampai lewat ke pejabat. Tambang boleh tahan. Stesen tak banyak. Tak menghubungkan semua tempat. Kalau nak lalu semua tempat untuk ambil penumpang, bas akan buat pusingan keliling yang tak masuk akal. Lalu segala ceruk yang mengakibatkan perjalanan 5 minit jadi 10 ke 20 minit.
 
Cadangan Pengguna:
Suruh PM, menteri kenderaan dan menteri kabinet pergi ke kerja naik komuter, LRT atau bas. Kalau berani cuba ke putrajaya dari rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam.. Boleh sampai ker?
 
Barang naik harga
 
Cadangan Kerajaan
Ubah cara hidup, berjimat cermat dan jangan membazir
 
Komen Pengguna:
Nak ubah macam mana? Katakanlah 1 keluarga seminggu makan seekor ayam, sebulan guna 5 KG beras.. Takkan nak ubah jadi seminggu guna setengah ekor, sebulan guna 2.5KG? Maknanya sekali makan seketul ayam perlu ubah jadi setengah ketul ayam sekali makan? Nasi pun kena separuh pinggan? (Bagus untuk orang yang berdiet). Ikan sedap-sedap pun terpaksa kita lupakan.. Kembung pun naik sampai RM 14 sekilo.**  Makan ikan bilis saja lah.. itupun kalau masih murah..
 
Cadangan Pengguna:
Kita berpuasa.. Dapat pahala.. Badan pun sihat, hati pun tenang dalam melawan nafsu dan sifat marah.
 
- Gambar Hanya Hiasan

Friday, July 16, 2010

Banyak Tikus di Gombak

Sesiapa yang nak menyewa atau membeli rumah di kawasan Gombak.. Fikir 2 kali.. Tikus di sini hampir sama saiznya dengan kucing.. Tak percaya cubalah makan di Medan Selera Taman Greenwood..

Kucing pun dah 'tak heran dengan tikus'

Kiamat

Firman Allah, "Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat, 'Bilakah terjadinya?' Katakanlah, 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.' Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Al-A'raf: 187).

Wednesday, July 14, 2010

Artis Nasyid & Melodi

Ketika insan lain berbahagia bersama keluarga namun kita masih meniti titian rapuh perhubungan..

Bait-bait lagu Keluarga Bahagia kembali terngiang-ngiang di pipi. Rasa sebak juga. Dahulu saya terasa nak menangis hanya jika Saujana sampaikan lagu ini kepada adik-adik dari rumah-rumah anak yatim.. Namun kali ni lebih sedih dek teringat kata-kata Sofea Soleha "Eh, tak baik tau.. Tu kan Abi Sofea"...

Saya bersimpati kepada keluarga Sofea. Dia sayangkan abinya.. sama seperti dia sayangkan maima nya, nani dan ahli keluarganya.. Namun abi nya jauh..



Dalam kerinduan yang memuncak, jarang berjumpa dan bermanja.. tersebar pula cerita abi nya di kaca TV. Sayang sekali.. ceritanya bukan cerita yang baik-baik.. Tapi suatu yang mendukacitakan keluarga.. Saya sangat bersimpati dengan ahli keluarga abi sofea.. Namun saya sendiri sangsi dengan abi sofea sendiri..

Abi Sofea pasti tau salah dan silapnya.. Kita doakan agar beliau sabar dan redha dengan ujian Ilahi. Moga ia menjadi pengajaran buat kita terutamanya saya dan penasyid-penasyid lain.. Moga Allah pelihara kita dari keaiban..