Tuesday, December 6, 2011

Nasyid di Malaysia



Sampai bila nasyid akan bertahan di Malaysia.

Saya sengaja mulakan tulisan saya dengan soalan yang tiada tanda soalnya. Justeru, adakah ayat saya di atas merupakan ayat penyata?

Saya tidak terkejut dengan tindakan penganjur ABP 2012 yang menggugurkan Anugerah Penyanyi Nasyid Popular. Bahkan, secara jujur, saya rasa anugerah itu agak janggal diwujudkan dahulu.

Pertama, kerana tiada anugerah untuk genre lain seperti Penyanyi Rock Popular. Ini semua orang maklum.

Kedua, kerana sememangnya penyanyi nasyid dan lagu-lagunya tidak popular di media awam terutamanya radio-radio utama. Hanya ikim fm, tv alhijrah dan tv oasis yang memainkan lagu nasyid. Barangkali lagu nasyid sesuai dengan tema saluran mereka.

Ketiga, kerana roh anugerah bintang popular dan anugerah lain seperti AIM sangat jauh dari roh dan budaya penasyid itu sendiri. Penyanyi nasyid imejnya sederhana, jauh dari glamor dan malu-malu.

Saya tidak mahu mengupas lebih lanjut. Sememangnya tulisan saya adalah untuk mengajak penasyid, pecinta nasyid dan pecinta kebijaksanaan di luar sana berfikir dan menilai dari perspektif yang lebih luas, tanpa terganggu dengan point yang saya lontarkan.

Friday, November 18, 2011

Meet Uncle Hussain Ft Hazama - Pokok (Official MV)

Banyak makna lagu ini.. One of my 2011 favorite songs..

Friday, November 11, 2011

Mercy Halal Islamic Slaughter Part 1


Korban lalu saya tertanya, bagaimana cara korban sebenar yang dilaksanakan rasulullah. Maka beberapa saudara dan teman saya mencadangkan saya menonton video di atas.. barangkali inilah video yang paling dekat menunjukkan cara korban rasulullah..

Selamat menonton dengan tenang.

Sunday, September 25, 2011

Haji Mabrur: Beri Salam dan Beri Makan


Saya terdengar kuliah di IKIM FM. Mursyid yang mengajar menyebutkan sebuah hadis rasulullah berkenaan Haji Mabrur. Apabila ditanya sahabat tentang Haji Mabrur, Rasulullah menjawab Haji mabrur itu berkaitan dengan perilaku sesorang sesudah pulang haji, yakni dia yang memperbanyakkan lafaz salam dan memberi orang makan. Kesimpulan yang dibuat oleh mursyid ialah :

Kedua perkara ini memberi kemakmuran pada alam. Memberi salam dan memberi makan pada orang lain megeratkan ukhuwah dan perpaduan. Meleraikan persengketaan dan membuang rasa benci.

Wednesday, August 17, 2011

Anak-Anak 6ixth Sense

Sejak awal lagi saya memang suka anak-anak 6ixth Sense. Dapatkan lagu terbaru Saujana & 6ixth Sense nanti di pasaran. Album Penerang Hati - Koleksi Nasyid Tersohor

Tuesday, August 9, 2011

Asyik



Tenang bak penawar
Penghawa dingin melambaikan bayu segar.
Meliris lalu pada sisa wuduk di tangan dan muka yg belum pudar
Wangian harum atar menaikkan rasa mekar
Alunan takbir melaung memuji yang Maha Besar.

Apa lagi yang aku harapkan?
Saat menghadirkan rasa asyik tika menghadap tuhan
Pada lafaz yang aku zahirkan?
Pada niat yang aku sampaikan?

Kala kumerayu dalam doa
Mengadu domba akan duka lama
Mengharapkan kasih yang belum kunjung tiba
Menghilangkan resah yang ada
Menghadirkan nyaman sentiasa
Buatku merasa Dia sentiasa bersama.

-Puisi in saya karangkan usai solat asar di Masjid SSAAS Shah Alam minggu lalu. Banyak kenangan saya di Masjid ini.

* Kredit foto buat : http://mycsq.blogspot.com/2010/08/program-motivasi-anak-soleh-ramadhan.html

Tuesday, July 12, 2011

Jilat Ludah Sendiri

Kebelakangan ini saya mula faham dan belajar. Kebarangkalian kita untuk menjilat ludah sendiri sangat tinggi. Kadang-kadang kita mencemuh bos kita. Bila kita menjadi bos kita akan menerima cemuhan yang sama. Dahulu kita mempertikai banyak perkara yang diarah oleh orang yang lebih dewasa dari kita. Nah! Rasakan ia bila kita pula menjangkau dewasa. Semua sudah lumrah. Ibarat roda. Perjalanan orang lalu akan kita rasai. Maka jangan mengata dan mencemuh, kerana kita belum benar-benar tahu situasi yang belum kita tempuhi seperti mereka.

Thursday, June 9, 2011

Small Medium Enterprise (SME)

Perusahaan Kecil dan Sederhana. Asasnya perniagaan yang tidak bermodal besar, tidak punya staf yang ramai dan tidak punya pulangan atau pendapatan yang terlalu tinggi.

En. Zalie belajar Masters?

Ya, kuliah Sarjana di Asia Europe Institute (AEI), Universiti Malaya bidang International Masters in Small Medium Enterprises. Sepenuh Masa.

En. Zalie tak bekerja? Bagaimana menyara keluarga?
Awak dapat biasiswa. Maka urusan pembelajaran dibiaya oleh AEI. Awak ada pendapatan sedikit dari kerja sendiri kecil-kecilan bersama syarikat, Siarratech Trading, banyaknya dalam bidang IT dan trading. Awak ada pendapatan sampingan yang kadang-kadang agak lumayan bersama Saujana, membuat persembahan dan memberi ceramah motivasi. Bolehlah nak menyara keluarga dengan izin Allah.

Apa yang membuatkan En. Zalie berani berhenti kerja untuk sambung belajar?
Cita-cita memang nak jadi usahawan. Pernah beberapa kali cuba berniaga dengan modal hasil tabungan dan simpanan ASB. Semuanya gagal. Maka kuliah SME ini awak rasa cukup postif untuk awak yang masih kurang ilmu.

Apa yang selalu bermain di kepala En. Zalie?

Banyaknya tentang inovasion, entrepreneurship development, Islamic entrepreneurship lagu-lagu yang enak, lirik-lirik yang puitis, filem-filem yang lazat dan sudah tentu ahli keluarga yang happy.

Ada yang menarik untuk dikongsi bersama?
Ada.. Sebuah video yang awak tonton di web pensyarah UiTM awak, Pn Mardziah Hashim. Idola awak. Banyak mengajar awak tentang hidup, berniaga, inovasi, sahsiah diri, keyakinan, hidup berkeluarga, di samping bidang terhebatnya IT.



*Awak = Saya

Monday, May 16, 2011

Islam In Singapore

Islam, the religion of the Malays in Singapore, supposedly receives special administrative attention. In 1963, Singapore became part of Malaysia along with Sarawak and Sabah. Singapore separated from Malaysia and declared independence in 1965. The constitution of the independent republic surprisingly included two provisions relating to the special position of the Malays and the Muslim religion i.e. Articles 152 and 153.

Article 152 states:

(1) It shall be the responsibility of the Government constantly to care for the interests of the racial and religious minorities in Singapore.

(2) The Government shall exercise its functions in such manner as to recognize the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

Article 153 states:


The Legislature shall by law make provision for regulating Muslim religious affairs and for constituting a Council to advise the President in matters relating to the Muslim religion.

Tuesday, April 5, 2011

Semuanya Dirancang Mereka

Kakak saya baru membeli IPhone 4. Rasanya tidak sampai setahun dia sudah menukar telefon baru. HP lamanya tidak pecah atau rosak dan lebih menarik, kenapa IPhone? Jawapannya " Aku suka touch screen". Justeru kenapa tidak tunggu IPhone 5 atau seterusnya?

Ketika menulis posting ini, saya dan rakan sekelas sedang menonton sebuah dokumentari di auditarium kuliah. Prof Martinez dari Sepanyol menghidangkan kami dengan pelbagai idea, persepsi dan strategi pemasaran. Dokumentari multibahasa ini menceritakan tentang kebanyakan produk yang ada di pasaran sekarang semuanya dicipta dengan berperingkat-peringkat, mudah rosak, dan sentiasa perlukan pembaharuan atau 'tukar baru'. Semuanya memang dirancang.. Biasanya produk dari US.


Bateri laptop dicipta ada hayatnya.. Begitu juga sebahagian part dalam kereta, printer dan sebagainya. Macam IPad, memang sengaja dicipta tanpa kamera, sebagai senjata untuk pemasaran IPad 2 yang mempunyai kamera dan beberapa aplikasi lain.

Mereka sedang mengawal anda dan percayalah, anda tidak akan pernah puas.. Inilah yang mungkin dikatakan cinta dunia.
Formula ini mula dikenal pasti sejak Thomas Edison mencipta kemampuan 2000 watt light bulb dan sekutunya sengaja menghadkan kuasa lampu itu hanya kepada 1000 wt untuk dijual. Apabila sampai had kuasa maksima, ia rosak dan perlu diganti..

Monday, March 21, 2011

Bila Rindu

Saya jenis yang sukakan melodi berbanding lirik. Kadang-kadang ada lagu sedap yang liriknya sukar saya fahami, tetap juga saya putar hari-hari. Saya suka lagu Angel nyanyian Atilia. Sesuai bila saya merasa rindu.. Rindu pada isteri dan anak. Versi melayu lebih enak.. Selamat Mendengar!


Friday, March 18, 2011

Tsunami

Salam simpati saya buat teman-teman dan pembaca yang mempunyai kenalan atau saudara di Jepun. Musibah melanda mereka. Sama-sama lah kita hulurkan bantuan. Tanda-tanda kiamat sudah makin hampir. Seram betul apabila kita lihat negara berteknologi tinggi seperti Jepun pun tidak mampu untuk melawan tsunami. Bayangkan tsunami atau gemap berlaku di Malaysia. Bayangkanlah kiamat sebenar..

Tuesday, February 8, 2011

Ibarat Roda

Yang di atas pasti akan jatuh. En Mubarak dan En. Ben Ali telah tersungkur. Ramai lagi akan berundur dek cintakan dunia. Dunia juga ibarat roda, tidak menjanjikan indah sahaja untuk penghuninya. Kelak nanti akan musnah. Itu janji tuhan kita. Hidup kita memang seperti roda kenderaan yang berpusing, kita tidak akan selalu berasa susah kerana dihempap bumi, terhentak masuk ke lubang, terlenyek dek kurang angin. Kita tidak selalu ditolak dek tekanan buat kenderaan berhenti. Kita digilap supaya nampak cantik. Dihias dengan RIM berbelas inci untuk menstabilkan kita. Namun jika kita sudah 'botak' dan menjamin bahaya, jangan mudah kecewa jika ditukarkan dan jangan khuatir, jika kita dilemparkan ke tempat buangan, ada yang akan mengumpul kita kerana kita masih lagi berguna untuk perhiasan bunga atau buat teduhan dan perumahan serangga kecil.

Albukhary (bukan nama sebenar), teman baik saya yang bergiat dalam industri hiburan dan dokumentari. Meceritakan satu kisah di mana beliau kesuntukan wang untuk membeli beg sekolah anaknya yang terkoyak menanggung beban berkilogram buku-buku teks yang perlu dibawa ke sekolah. Suatu hari, guru sekolah menghadiahkan anaknya sebuah beg baru bertulis 'Program Usahawan Muslim', dan apabila pulang, Albukhary sangat tersentuh kerana beg sekolah baru itu adalah tajaan sebuah syarikat yang dokumentari tentang syarikat itu pernah diterbitkan oleh Albukhary dan temannya.'Program Usahawan Muslim' itu sendiri adalah hasil ideanya. Begitulah nikmat Allah, kadang-kadang Allah balas kita cash di dunia atas usaha kita sebelum ini.

Wednesday, February 2, 2011

Nilai Kegagalan

"Seroja yang berkembang mekar di gunung walaupun tak termampu sang kumbang mendaki namun harumnya telah pun sampai ke daratan untuk dihidu oleh serangga yang melata…"

Kata-kata di atas saya petik dari sebuah novel yang terlalu istimewa buat saya. Ianya adalah antara novel yang mula-mula saya baca dan memberi impak besar dalam hidup saya. Novel ini mewujudkan rasa minat membaca kepada saya.*

Ianya berkisar tentang cinta yang dipendam Si Pemandu tehadap anak bosnya.. Kerana malu dan sedar dia hanya seorang pemandu, cintanya dipendam sekian lama. Pelbagai strategi telah digunakan untuk sekurang-kurangnya membuatkan anak gadis majikannya sedar akan kewujudannya, namun tidak juga berjaya.. Akhirnya, kerana beberapa insiden tertentu, cinta mereka berputik dan ke jinjang pelamin.

Apakah mungkin ini sudah ketentuan Ilahi, sekadar kebetulan, nasib menyebelahinya atau dia punya strategi tertentu?

Ya, barangkali semua perkara di atas benar. Namun yang pasti, hero novel ini belajar dari kesilapan lalu, kegagalannya dan tidak pernah putus asa. Novel ini novel cinta, namun dek istimewanya karya ini, saya sering menggunakan kata-kata di atas sebagai pemupuk hati saya andai saya berduka atau gagal dalam sesuatu.. Kerana pasti suatu hari nanti saya bisa kecapi apa yang saya inginkan. Chewah!

* Judulnya saya sudah lupa

Sunday, January 23, 2011

Tawakal

Sukar membuat pilihan...

Itulah yang dapat saya simpulkan dari 'adu domba' Xabi (bukan nama sebenar). Xabi, sahabat saya yang kurang dua tahun usianya dari saya.

"I'm 28 now, I dah decide nak kahwin this year. Tapi I tak tahu nak kahwin dengan siapa. Ada 2 orang dalam hati. Pilihan umi itu, pilihan ayah dan lain-lain pula yang lagi satu. Allah! Susahnya.."

Dilemma bagi Xabi ni bukan perkara biasa. Sejak dahulu, dalam pemilihan kerja, pembelian kereta, dia sentiasa tidak pasti dengan pilihannya. Bukan kerana dia dari jenis yang tak pandai menilai, tapi pilihannya memang diakui oleh teman-teman sebagai pilihan yang hebat-hebat. Maka keputusan yang pasti amat sukar dibuat.

"Xabi, pada Allah lah kita berserah dan minta panduan, pada ibu dan ayah kita minta nasihat, pada hati dan akal kita nilai ". Itulah nasihat Evra (juga bukan nama sebenar), 2 tahun lebih tua dari saya. Pengalamannya pasti lebih bermakna untuk dikongsi.

Alhamdulillah, saya tidak punya banyak masalah dalam mencari calon isteri dahulu. Mungkin kerana saya bukan playboy dahulu atau kerana ibu anak saya sekarang memang pilihan yang paling baik.

"Xabi, manusia itu tidak sempurna, maka carilah isteri yang berusaha ke arah kesempurnaan (kebaikan) baik dari solat, amalan lain dan akhlaknya. Istikharah dan tawakkallah!" Itulah secebis nasihat saya yang serba kekurangan kepadanya.

Pada pembaca yang masih sukar membuat pilihan, saya anjurkan anda menonton kuliah pendek ini. Barangkali dapat memberi anda ilmu atau petunjuk.

Saturday, January 22, 2011

Sakit Jantung Masih No 1?

Sakit jantung masih menjadi pembunuh nombor 1 di Malaysia dan dunia. Lihatla berita dan akhbar kita. Berapa ramai YB dan artis yang meninggal dunia akibat sakit jantung. Belum pun dikira warga Malaysia yang kematiannya tidak dikhabarkan di media. Sesiapa pun termasuk saya berdepan risiko sakit jantung.

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita. Makan makanan yang seimbang, bersenam dan elakkan daripada melakukan kerosakan kepada diri sendiri.

Sumber: KKM dan Utusan Malaysia

Sunday, January 9, 2011

Alien?

Baru-baru ini saya menonton The Fourth Kind, sebuah filem lakonan Milla Jovovich yang kononnya diadaptasi dari kisah benar Dr. Abigail Tyler. Kisah ini berlaku di Nome, Alaska di mana terdapat kejadian kehilangan misteri pada tahun 2000. Dr. Abigail percaya mereka diculik alien. Cerita ini agak menarik bagi penggemar filem fiksyen sains. Cerita ini ala-ala The Blair Witch Project, menipu orang awam kononnya di ambil dari kisah benar, walhal tidak.

Lebih baik menonton cerita-cerita yang mendidik seperti Hani di Slot Lestary TV3, Selasa jam 9 PM. Banyak manfaatnya..

Sunday, January 2, 2011

Salam Tahun Baru

Selamat Tahun Baru

Setiap kali tahun baru pasti ada azam baru, tapi kenapa hanya ketika tahun baru. Kenapa tidak pada bulan baru, minggu baru atau hari baru.
Kerana tempoh yang lama untuk merancang azam agar dikotakan? Kerana waktu mula yang cantik?

Saya berazam untuk menjadi insan yang lebih bijak tahun ini. Lebih dari tahun-tahun yang lalu..