Sunday, January 23, 2011

Tawakal

Sukar membuat pilihan...

Itulah yang dapat saya simpulkan dari 'adu domba' Xabi (bukan nama sebenar). Xabi, sahabat saya yang kurang dua tahun usianya dari saya.

"I'm 28 now, I dah decide nak kahwin this year. Tapi I tak tahu nak kahwin dengan siapa. Ada 2 orang dalam hati. Pilihan umi itu, pilihan ayah dan lain-lain pula yang lagi satu. Allah! Susahnya.."

Dilemma bagi Xabi ni bukan perkara biasa. Sejak dahulu, dalam pemilihan kerja, pembelian kereta, dia sentiasa tidak pasti dengan pilihannya. Bukan kerana dia dari jenis yang tak pandai menilai, tapi pilihannya memang diakui oleh teman-teman sebagai pilihan yang hebat-hebat. Maka keputusan yang pasti amat sukar dibuat.

"Xabi, pada Allah lah kita berserah dan minta panduan, pada ibu dan ayah kita minta nasihat, pada hati dan akal kita nilai ". Itulah nasihat Evra (juga bukan nama sebenar), 2 tahun lebih tua dari saya. Pengalamannya pasti lebih bermakna untuk dikongsi.

Alhamdulillah, saya tidak punya banyak masalah dalam mencari calon isteri dahulu. Mungkin kerana saya bukan playboy dahulu atau kerana ibu anak saya sekarang memang pilihan yang paling baik.

"Xabi, manusia itu tidak sempurna, maka carilah isteri yang berusaha ke arah kesempurnaan (kebaikan) baik dari solat, amalan lain dan akhlaknya. Istikharah dan tawakkallah!" Itulah secebis nasihat saya yang serba kekurangan kepadanya.

Pada pembaca yang masih sukar membuat pilihan, saya anjurkan anda menonton kuliah pendek ini. Barangkali dapat memberi anda ilmu atau petunjuk.

2 comments:

  1. salam alaikum.....

    DUIT... pernah dgar x??? saya selalu dgr dr zaman sekolah rendah smpi d universiti skrg...

    D=doa
    U=usaha
    I=istiqamah
    T=tawakkal

    yes!!! inilah y mnjadi amalan org berjaya dlm hidup... betul ke??? percaya la... saya dan sesiapa pun mngharapkan y terbaik dlm pilihan... namun y trpaling pnting ialah... dimana kita letakkan diri kita di sisi ALLAH bila kita meminta bantuannya dan selepas kita mndapatkan apa y kita mahukan... kan2?? salam...

    ReplyDelete
  2. Solat Istikharah mohon petunjuk drpd Allah S.W.T dalam membuat pilihan yg tepat. Sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI apa yg terbaik buat hambaNYA.Selebihnya tawakal kpd Allah S.W.T.
    ⎝⏠⏝⏠⎠

    ReplyDelete