Sunday, January 23, 2011

Tawakal

Sukar membuat pilihan...

Itulah yang dapat saya simpulkan dari 'adu domba' Xabi (bukan nama sebenar). Xabi, sahabat saya yang kurang dua tahun usianya dari saya.

"I'm 28 now, I dah decide nak kahwin this year. Tapi I tak tahu nak kahwin dengan siapa. Ada 2 orang dalam hati. Pilihan umi itu, pilihan ayah dan lain-lain pula yang lagi satu. Allah! Susahnya.."

Dilemma bagi Xabi ni bukan perkara biasa. Sejak dahulu, dalam pemilihan kerja, pembelian kereta, dia sentiasa tidak pasti dengan pilihannya. Bukan kerana dia dari jenis yang tak pandai menilai, tapi pilihannya memang diakui oleh teman-teman sebagai pilihan yang hebat-hebat. Maka keputusan yang pasti amat sukar dibuat.

"Xabi, pada Allah lah kita berserah dan minta panduan, pada ibu dan ayah kita minta nasihat, pada hati dan akal kita nilai ". Itulah nasihat Evra (juga bukan nama sebenar), 2 tahun lebih tua dari saya. Pengalamannya pasti lebih bermakna untuk dikongsi.

Alhamdulillah, saya tidak punya banyak masalah dalam mencari calon isteri dahulu. Mungkin kerana saya bukan playboy dahulu atau kerana ibu anak saya sekarang memang pilihan yang paling baik.

"Xabi, manusia itu tidak sempurna, maka carilah isteri yang berusaha ke arah kesempurnaan (kebaikan) baik dari solat, amalan lain dan akhlaknya. Istikharah dan tawakkallah!" Itulah secebis nasihat saya yang serba kekurangan kepadanya.

Pada pembaca yang masih sukar membuat pilihan, saya anjurkan anda menonton kuliah pendek ini. Barangkali dapat memberi anda ilmu atau petunjuk.

Saturday, January 22, 2011

Sakit Jantung Masih No 1?

Sakit jantung masih menjadi pembunuh nombor 1 di Malaysia dan dunia. Lihatla berita dan akhbar kita. Berapa ramai YB dan artis yang meninggal dunia akibat sakit jantung. Belum pun dikira warga Malaysia yang kematiannya tidak dikhabarkan di media. Sesiapa pun termasuk saya berdepan risiko sakit jantung.

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita. Makan makanan yang seimbang, bersenam dan elakkan daripada melakukan kerosakan kepada diri sendiri.

Sumber: KKM dan Utusan Malaysia

Sunday, January 9, 2011

Alien?

Baru-baru ini saya menonton The Fourth Kind, sebuah filem lakonan Milla Jovovich yang kononnya diadaptasi dari kisah benar Dr. Abigail Tyler. Kisah ini berlaku di Nome, Alaska di mana terdapat kejadian kehilangan misteri pada tahun 2000. Dr. Abigail percaya mereka diculik alien. Cerita ini agak menarik bagi penggemar filem fiksyen sains. Cerita ini ala-ala The Blair Witch Project, menipu orang awam kononnya di ambil dari kisah benar, walhal tidak.

Lebih baik menonton cerita-cerita yang mendidik seperti Hani di Slot Lestary TV3, Selasa jam 9 PM. Banyak manfaatnya..

Sunday, January 2, 2011

Salam Tahun Baru

Selamat Tahun Baru

Setiap kali tahun baru pasti ada azam baru, tapi kenapa hanya ketika tahun baru. Kenapa tidak pada bulan baru, minggu baru atau hari baru.
Kerana tempoh yang lama untuk merancang azam agar dikotakan? Kerana waktu mula yang cantik?

Saya berazam untuk menjadi insan yang lebih bijak tahun ini. Lebih dari tahun-tahun yang lalu..