Hikari (hampir kepada nama sebenar) yang sekarang bertugas di syarikat bank gergasi di KL, antara yang disebut sebagai pelajar 'genius' di sekolahku dahulu.. Rata-rata subjek nya semua A baik dalam apa jua ujian dan peperiksaan. Antara yang menarik, beliau dikatakan mampu menjawab soalan 'add math' dengan pengiraan yang berbeza dari pengiraan yang di ajar guru.. Ingatan beliau juga kuat.. terutama dalam subjek sejarah, biologi dan subjek yang memerlukan penumpuan dan bacaan yang berulang. Aku boleh dikataan 18 jam seharianku di asrama bersamanya, dan sangat pasti, beliau kurang membaca.. (mungkin lebih sedikit dariku).. namun sebenualah jauhnya aktiviti membaca beliau kalau nak dibezakan dengan teman-teman 'best student'ku yang sudah menjadi doktor sekarang.
Bersama teman futsal yang sangat 'istimewa'Ada seorang teman menulis di laman facebooknya, "Mawi dan Siti adalah 'kejadian' satu dalam sejuta" .. Mungkin menurut beliau .. mereka terlalu istimewa.. Terfikir sejenak, 'termanggu' (apa makna ni? macam sesuai letak..) Adakah ini bermakna, andai mereka tidak berusaha dan meningkatkan diri, mereka akan tetap berjaya seperti sekarang.. Padaku, yang istimewa hanya dari kalangan nabi2 terutamanya nabi kita Muhammad SAW. Apa jua kejayaan atau kelebihan @ 'gifted' yang ada pada diri kita semua sekarang ini hanya pinjaman, mungkin dalam bentuk nikmat mahupun ujian dariNya untuk melihat sama ada kita sukur (ejaan indo) atau tidak dengan rejekiNya (juga ejaan indo).
Wallahualam
