Tuesday, May 19, 2009

Hero & Kuasa



Sekarang ni musim filem dan 'series' hero2 kembali naik.. Dulu Dark Night dan Joker Health Ledger, 'Latest' dengan wolverine & X-men nya. Rata2 mengasyikkan dan membuat kita rasa hidup dalam khayalan.. "Kalaulah aku punya kuasa sebegitu.. Mesti syok!!"
Macam2 perkara baik aku boleh buat kat dunia ni.. 'Of course' pertama sekali aku nak lenyapkan Israel n penyokongnya, kedua mungkin aku nak Allah beriku super power untuk tambah amal ibadah.. :)

Baru ja 'selamat' menonton Prison Break 'season' akhir (scofield pun hero gak, walau takda kuasa magik macam hero filem lain) dan Heroes.. Teringat aku waktu sem 1 degree di UiTM dulu, aku layan dekat 18 episod dalam masa 1 hari (sabtu- memang cuti).. dan akhirnya aku demam.. Elok2 nonton orang jadi hero, aku yg 'disedut' kuasa..



Dalam tahun 2000 dulu kalau x silap.. ada teman bercerita denganku, dikala orang agungkan superhero barat, mereka lupa, para nabi dan rasul juga superhero, bahkan kuasa (mukjizat) mereka yg Allah anugerahkan lebih hebat lagi.. Namun kerana nilai islam yg melarang kita mempertontonkan apalagi melakonkan watak nabi, jadi ramai pemikir dan pembikin filem islam tak menerbitkan filem2 nabi2 ni..
Cuba bayangkan..

1. Muhamad SAW & sebuah kitab yg semua ilmu ada di dalamnya..
2. Isa AS dengan kuasa menyembuhkan orang sakit dan menghidupkan org mati
3. Sulaiman AS yang juga raja segala makhluk di bumi. Bisa mengalahkan semua sihir2 jahat, ( jin sendiri takut dengan baginda..)
4. Nuh AS & Kapal Besar (ni teknologi ni..)
5. Yusuf AS dengan ilmu tafsir mimpi - muka baginda pun kacak(kuasa 'mencairkan'wanita, kalau dapat kat orang biasa, habisla perempuan2 kat dunia ni..)
6. Musa AS & Tongkat sakti( siap jadi ular besar lagi) & kuasa kekuatan baginda hingga bisa membunuh dengan sekali tumbukan!!

dan pelbagai mukjizat rasul-rasul lain lagi..

Padaku cukupla aku kalau punya kuasa bersabar, dan tenaga yg kuat untuk terus cari rezeki yang halal kat bumi ni..

Saturday, May 9, 2009

Alhamdulillah.. Lagu nota cinta dah pun disiapkan. TQ to Abg Firdaus yang bikin music sedap2.. Liriknya pun ditukar sedikit, TQ Abg Ito atas teguran dan pembetulan lirik.. Susunan vokal juga enak.. Tq to pyan yang kreatif. TQ juga Naj and Adi yang nyanyi dengan baik..

Andainya dapat kumenulis nota-nota cinta buat dirinya
Inginku titipkan bersama semua kuntuman bunga yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi..
Bersama kata-kata puji..

Sedang dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada dia
Rinduku hanya padanya
Kasehku balas cintanya
Setiaku balas kasihnya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buatnya
Akurku Kebesarannya
Teragung Maha Sucinya
Taatku hamba yang hina pada pencipta

Kiranya aku hilang arah.. Jalan hidupku, berubah punah
Namun kasihnya, tak pernah akan musnah
Belas rahmatnya, terus mencurah-curah
Nur hidayahnya semakin cerah

Tuesday, April 21, 2009

Nila dan Hipokrit

Langsung dari beberapa kes yang berlaku 'lately' ni.. ramai yang menyebut, artis2 nasyid, ustaz ustazah, tok mufti dan semua orang yang cuba mengajak kepada kebaikan adalah hipokrit semata-mata..

Menurut saya, siapa saja tidak sempurna.. namun semua orang sewajarnya harus cuba untuk menyampaikan yang baik kepada masyarakat.. tidak kiralah dalam apa jua bentuk, hiburan yang baik mungkin, ceramah2, atau pun sepotong ayat.. Apalagi kalau ianya berkaitan dengan hukum dan amalan seharian.

Dari Abi Hurairah, hadis nabi kita "sampaikanlah yang baik dariku walau sepotong ayat.."

Namun persoalan hipokrit ini pula janganlah di salah erti.. mungkin ada sesetengah golongan ini merasakan mereka tidak mahu hipokrit, maka ditonjolkan diri mereka yang sebenar yang penilaianku, adalah kurang sesuai andai dicerita dan ditonjolkan semua sifat, kelakuan buruk dan aib kita kepada semua kerana kononnya kita tidak mahu hipokrit.. Apakah perlu kita khabarkan pada semua orang yang kita ini jenis yang memang berperilaku sedemikian walaupun kita maklum, perilaku kita itu tidak disenangi teman2 dan masyarakat.. Perlu kah semua orang tau kentut kita tidak berbau harum? Maka, kerana salah tafsir pada maksud hipokrit begini, selalu sahabat sealiran yang lain turut terkena tempiasnya.. Walhal 'kentut mereka telah di'cover baik2'. Orang melayu menyebut "kerana nila setitik rosak susu sebelanga".

Kalaulah dapat ditukarkan konsep nila setitik di atas kepada yang lebih positif, kan lebih menarik.. Mungkin pakar sastera dan ahli dewan bahasa lebih arif..

Kerana nila setitik, baju putih jadi cantik dan tidak kekuningan (Azalinor, 2009)
Kerana nila sedikit, hilang sakit beguk ku (Baysirna, 2009)

Friday, April 10, 2009

Sedih Yang Teramat Sangat

Mungkin ada di antara saudara saudari yang pernah mendengar cerita ini.. Atau mungkin membacanya. Namun teramatlah beza antara membaca atau mendengar cerita dari orang lain berbanding melihat sendiri dengan mata.. Lihat video pun nak menitis air mata.. Apalagi kalau depan anak mata.. Terasa nak menyumpah, mencarut dan memaki hamun.. Moga Allah laknat manusia yang tak berperikemanusiaan sebegini..

X GUNA PUNYA ORG!!

Yang sakit jantung, anda dinasihatkan jangan tonton video ini.. cukuplah sekadar membaca artikelnya..

Wednesday, April 8, 2009

Cintaku Pada Dia

Saja menulis puisi sebegini.. Mengungkap kata cinta pada yang punya.. Kalau lulus dek panel yang menilai.. Maka inginku lagukannya.. Dalam album baru Saujana..

Andainya dapat kumenulis nota-nota cinta buat dirinya
Pastiku kepilkan bersama semua kuntuman bunga yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan kukuh ke syurga

Cintaku pada si dia
Cintaku hanya padanya
Kasihku balas cintanya
Kasihku kerana dia
Cintaku hamba yang hina pada yang punya

Rinduku pada si dia
Rinduku hanya padanya
Taatku balas cintanya
Hidupku kerana dia
Kasihku kasih yang setia pada pencipta

Biarpun aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Kiranya aku kan bersalah
Dia bisa ampunkanku asal kumemohon
Biarpun kerap kuterleka, silapku berulang segala
Namun kasihnya, tak pernah akan musnah
buat diriku yang mengharapkannya


- 5.15 am, 28th March 2009

Thursday, March 19, 2009

Istimewa

Aku bertanya pada diriku, adakah memang benar ada orang yang 'gifted' dalam dunia ini.. Teringat zaman sekolah dulu, beberapa rakan kelasku yang kufikir memang diberi kelebihan dalam subjek tertentu, kecekapan dalam menjawab soalan walaupun mereka dikenalpasti oleh rakan2 yang lain sebagai antara yang kurang belajar berbanding yang lain..

Hikari (hampir kepada nama sebenar) yang sekarang bertugas di syarikat bank gergasi di KL, antara yang disebut sebagai pelajar 'genius' di sekolahku dahulu.. Rata-rata subjek nya semua A baik dalam apa jua ujian dan peperiksaan. Antara yang menarik, beliau dikatakan mampu menjawab soalan 'add math' dengan pengiraan yang berbeza dari pengiraan yang di ajar guru.. Ingatan beliau juga kuat.. terutama dalam subjek sejarah, biologi dan subjek yang memerlukan penumpuan dan bacaan yang berulang. Aku boleh dikataan 18 jam seharianku di asrama bersamanya, dan sangat pasti, beliau kurang membaca.. (mungkin lebih sedikit dariku).. namun sebenualah jauhnya aktiviti membaca beliau kalau nak dibezakan dengan teman-teman 'best student'ku yang sudah menjadi doktor sekarang.

Bersama teman futsal yang sangat 'istimewa'

Ada seorang teman menulis di laman facebooknya, "Mawi dan Siti adalah 'kejadian' satu dalam sejuta" .. Mungkin menurut beliau .. mereka terlalu istimewa.. Terfikir sejenak, 'termanggu' (apa makna ni? macam sesuai letak..) Adakah ini bermakna, andai mereka tidak berusaha dan meningkatkan diri, mereka akan tetap berjaya seperti sekarang.. Padaku, yang istimewa hanya dari kalangan nabi2 terutamanya nabi kita Muhammad SAW. Apa jua kejayaan atau kelebihan @ 'gifted' yang ada pada diri kita semua sekarang ini hanya pinjaman, mungkin dalam bentuk nikmat mahupun ujian dariNya untuk melihat sama ada kita sukur (ejaan indo) atau tidak dengan rejekiNya (juga ejaan indo).

Wallahualam

Saturday, March 7, 2009

Apa Khabar Kamu Di Sana?

Sebetulnya, banyak cerita menarik nak dikongsi bersama pembaca.. Namun masa tidak mengizinkan untuk menulis kebelakangan ini.. Seolah2 waktu itu terlalu mencemburui, lebih dari seorang kekasih yang 'jeles' kekasihnya diminati orang.. Satu kisah yang pelik untuk tatapan ialah.. Kerap dalam minggu ini, aku dihujani SMS dan panggilan telefon dari teman2 yang ada di antara mereka rasanya hampir 3 ke 4 tahun tak berhubung denganku.. Aku fikirkan ada undangan perkahwinan.. Atau berita kelahiran.. Rupanya semua nak bertanya khabar teman lamaku yang agak 'famous' lately ni gara2 masuk tv dan 'paper'.. Anehnya, bukan khabarku ditanya..

Aku sendiri tak dapat nak menjawab kebanyakan soalan2 unik dari yang bertanya.. Kerana, aku sendiri dah hampir 2 tahun lebih tak berjumpa dengannya, apa lagi, gara2 nombor telefonnya yang kerap bertukar, maka komunikasi antara kami berdua boleh dikatakan terputus.. Lalu, aku hanya mampu memberi komen yang sangat ringkas iaitu..

"Aku pasti beliau telah memikir panjang untuk bertindak dan 'appear' begitu dan pada aku, itu adalah keputusan yang dibuat sesuai dengan situasinya sendiri.."

Jauh di sudut hatiku, aku mendoakan yang baik buat semua teman2 ku, lama dan baru, tua dan muda, dan yang juga punya krisis denganku sebelum ini.. Tak mahulah berdendam2 kerana perkara2 remeh.. Banyak lagi isu penting untuk diperdebatkan atau dibincang, macam ekonomi dan pendidikan..