"Seroja yang berkembang mekar di gunung walaupun tak termampu sang kumbang mendaki namun harumnya telah pun sampai ke daratan untuk dihidu oleh serangga yang melata…"
Kata-kata di atas saya petik dari sebuah novel yang terlalu istimewa buat saya. Ianya adalah antara novel yang mula-mula saya baca dan memberi impak besar dalam hidup saya. Novel ini mewujudkan rasa minat membaca kepada saya.*
Ianya berkisar tentang cinta yang dipendam Si Pemandu tehadap anak bosnya.. Kerana malu dan sedar dia hanya seorang pemandu, cintanya dipendam sekian lama. Pelbagai strategi telah digunakan untuk sekurang-kurangnya membuatkan anak gadis majikannya sedar akan kewujudannya, namun tidak juga berjaya.. Akhirnya, kerana beberapa insiden tertentu, cinta mereka berputik dan ke jinjang pelamin.
Apakah mungkin ini sudah ketentuan Ilahi, sekadar kebetulan, nasib menyebelahinya atau dia punya strategi tertentu?
Ya, barangkali semua perkara di atas benar. Namun yang pasti, hero novel ini belajar dari kesilapan lalu, kegagalannya dan tidak pernah putus asa. Novel ini novel cinta, namun dek istimewanya karya ini, saya sering menggunakan kata-kata di atas sebagai pemupuk hati saya andai saya berduka atau gagal dalam sesuatu.. Kerana pasti suatu hari nanti saya bisa kecapi apa yang saya inginkan. Chewah!
* Judulnya saya sudah lupa




