Tuesday, December 6, 2011

Nasyid di Malaysia



Sampai bila nasyid akan bertahan di Malaysia.

Saya sengaja mulakan tulisan saya dengan soalan yang tiada tanda soalnya. Justeru, adakah ayat saya di atas merupakan ayat penyata?

Saya tidak terkejut dengan tindakan penganjur ABP 2012 yang menggugurkan Anugerah Penyanyi Nasyid Popular. Bahkan, secara jujur, saya rasa anugerah itu agak janggal diwujudkan dahulu.

Pertama, kerana tiada anugerah untuk genre lain seperti Penyanyi Rock Popular. Ini semua orang maklum.

Kedua, kerana sememangnya penyanyi nasyid dan lagu-lagunya tidak popular di media awam terutamanya radio-radio utama. Hanya ikim fm, tv alhijrah dan tv oasis yang memainkan lagu nasyid. Barangkali lagu nasyid sesuai dengan tema saluran mereka.

Ketiga, kerana roh anugerah bintang popular dan anugerah lain seperti AIM sangat jauh dari roh dan budaya penasyid itu sendiri. Penyanyi nasyid imejnya sederhana, jauh dari glamor dan malu-malu.

Saya tidak mahu mengupas lebih lanjut. Sememangnya tulisan saya adalah untuk mengajak penasyid, pecinta nasyid dan pecinta kebijaksanaan di luar sana berfikir dan menilai dari perspektif yang lebih luas, tanpa terganggu dengan point yang saya lontarkan.

Friday, November 18, 2011

Meet Uncle Hussain Ft Hazama - Pokok (Official MV)

Banyak makna lagu ini.. One of my 2011 favorite songs..

Friday, November 11, 2011

Mercy Halal Islamic Slaughter Part 1


Korban lalu saya tertanya, bagaimana cara korban sebenar yang dilaksanakan rasulullah. Maka beberapa saudara dan teman saya mencadangkan saya menonton video di atas.. barangkali inilah video yang paling dekat menunjukkan cara korban rasulullah..

Selamat menonton dengan tenang.

Sunday, September 25, 2011

Haji Mabrur: Beri Salam dan Beri Makan


Saya terdengar kuliah di IKIM FM. Mursyid yang mengajar menyebutkan sebuah hadis rasulullah berkenaan Haji Mabrur. Apabila ditanya sahabat tentang Haji Mabrur, Rasulullah menjawab Haji mabrur itu berkaitan dengan perilaku sesorang sesudah pulang haji, yakni dia yang memperbanyakkan lafaz salam dan memberi orang makan. Kesimpulan yang dibuat oleh mursyid ialah :

Kedua perkara ini memberi kemakmuran pada alam. Memberi salam dan memberi makan pada orang lain megeratkan ukhuwah dan perpaduan. Meleraikan persengketaan dan membuang rasa benci.

Wednesday, August 17, 2011

Anak-Anak 6ixth Sense

Sejak awal lagi saya memang suka anak-anak 6ixth Sense. Dapatkan lagu terbaru Saujana & 6ixth Sense nanti di pasaran. Album Penerang Hati - Koleksi Nasyid Tersohor

Tuesday, August 9, 2011

Asyik



Tenang bak penawar
Penghawa dingin melambaikan bayu segar.
Meliris lalu pada sisa wuduk di tangan dan muka yg belum pudar
Wangian harum atar menaikkan rasa mekar
Alunan takbir melaung memuji yang Maha Besar.

Apa lagi yang aku harapkan?
Saat menghadirkan rasa asyik tika menghadap tuhan
Pada lafaz yang aku zahirkan?
Pada niat yang aku sampaikan?

Kala kumerayu dalam doa
Mengadu domba akan duka lama
Mengharapkan kasih yang belum kunjung tiba
Menghilangkan resah yang ada
Menghadirkan nyaman sentiasa
Buatku merasa Dia sentiasa bersama.

-Puisi in saya karangkan usai solat asar di Masjid SSAAS Shah Alam minggu lalu. Banyak kenangan saya di Masjid ini.

* Kredit foto buat : http://mycsq.blogspot.com/2010/08/program-motivasi-anak-soleh-ramadhan.html

Tuesday, July 12, 2011

Jilat Ludah Sendiri

Kebelakangan ini saya mula faham dan belajar. Kebarangkalian kita untuk menjilat ludah sendiri sangat tinggi. Kadang-kadang kita mencemuh bos kita. Bila kita menjadi bos kita akan menerima cemuhan yang sama. Dahulu kita mempertikai banyak perkara yang diarah oleh orang yang lebih dewasa dari kita. Nah! Rasakan ia bila kita pula menjangkau dewasa. Semua sudah lumrah. Ibarat roda. Perjalanan orang lalu akan kita rasai. Maka jangan mengata dan mencemuh, kerana kita belum benar-benar tahu situasi yang belum kita tempuhi seperti mereka.