Bacaan Sheikh Al Kandari.. Syahdu sangat dengar..
Marilah kita hayati makna di sebalik kelunakan bacaannya..
Al Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Monday, September 22, 2008
Saturday, September 20, 2008
Minggu Nur Ramadan
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
[Sarah Al A'raf ayat 180]
Ini antara potongan tafsir dari ayat-ayat yang kubaca waktu musabaqah di fakulti hari ni.. Marilah kita berkongsi maknanya.. Alhamdulilah, dapat juga sertai majlis ini.. Terima kasih pada yang membantu dan memberi dorongan.. Inspirasi juga.. Maaf la, banyak juga kesalahan tajwid dan lagu.. baru ja mula belajar balik.
Jazakallahu khairan kathira:
Shaher Nawawi - Atas ajaran tarannum dan tajwid (100% ni) nanti ana blanja enta perfume!
Najran Noh - Atas ajaran sebutan makhraj dan pilihan lagu tarannum ( yatafakkaru..)
Suffian Amrin - Atas alat bantu mengajar dan pilihan lenggok, suasana di rumah, perlepasan dan kelonggaran masa dari Saujana dan ketegasan saat mendengar yang salah (hissh!!)
Haji Abdul Rahman - Kerana menghantarku belajar di SMAP Kajang. Ada kelas KKAQ
Hajah Nafisah - Yang mengajarku eja.. alif , ba , ta ...
Azahari NSH - Yang banyak ajarku quran sejak kecil (Kami di rumah, anak yang besar tengokkan adik2 yang di bawah mengaji) dan 'encourage' diriku untuk belajar tarannum..
Allahyarham Ustaz Ismail Hashim - 1st bacaan quran berlagu didengar dan hafal
Ustaz2 KKAQ seperti Us Kamil dan Us Wan Noh
Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan. [Surah Al A'raf ayat 181]
tafisir alquran: http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Friday, September 19, 2008
Ramadan
Seronoknya dapat belajar taranum bulan ramadan ni.. Terima Kasih Shaher dan Najran yang tak lokek ilmu. Terima kasih juga Pyan kerana sediakan suasana ilmu dan quran di rumah untuk membaca dan belajar. Juga Quran dalam HP nya.. Namun sedih juga, kerana rancangan nak khatam Quran dalam ramadan ni mungkin terbantut. Penat juga ke hulu hilir dengan Saujana.. Kena kuat usaha lagi.. Namun syukur Alhamdulillah, dapat juga berbuka di rumah sewa.. Walau hanya 2 kali.. eratkan lagi silaturrahim.. Hikmah sungguh bulan ni..
Semalam di bazar ramadan, sempat bayar zakat dengan Nanang.. Nanang tanya, apa lagi zakat yang kita kena bayar.. Tak berani nak bagitau jawapan.. Apa lagi jenis zakat ya? Banyak betul lupa ilmu yang belajar di SRA dan SMAP dulu.. Ya Allah kuatkanlah ingatan ku ini.. Amin.. Apa la punca mudah sangat lupa kebelakangan ni? Banyak dosa kot?
Wednesday, September 3, 2008
Puisi Buat Diri
Lama tak menulis, banyak perkembangan terkini yang mahu diikuti.. Terus, punya kesempatan untuk menulis puisi.. Tajuk dah ada dalam hati, cuma mungkin ada idea dari teman-teman sendiri..
Friday, July 18, 2008
Pemimpin dan Penyokong
Kuliah bersama En Husni untuk subjek Strategic Management mengkisarkan tentang bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Dari sudut pembelajaran, subjek ini mengajar mengenai tugas-tugas CEO dalam sesuatu organisasi.. Antara yang dipelajari ialah tentang konsep dan stategi dalam merencanakan sesuatu aktiviti syarikat itu sendiri. Ia merangkumi 'formulation', 'implementation' dan 'evaluation'.
Persoalan yang terlintas di fikiran saya ialah tentang istilah pemimpin atau pengurus itu sendiri. Pada pertemuan singkat dengan saudara *Jeff Hazimin di Restoran Hakim Shah Alam tempoh hari, kami bersembang tentang isu pemimpin dan penyokong. Antara lain, Jeff mempertikaikan konsep kursus kepimpinan yang dilaksanakan oleh universiti dan mana-mana organisasi. Kata Jeff, "Semua dihantar ke kursus leadership itu la, ini la.. Kalau semua nak jadi pemimpin dan ketua, siapa nak jadi pengikut?"
Maka sekarang, penyokong yang tak berkursus, jadi kurang cerdik, dan lahirlah penyokong yang liar, super-taksub pada pemimpin dan sampai satu tahap terlalu mendewakan ketuanya hingga mencetus pelbagai musibah pada rakyat. Lihat saja ajaran sesat yang berlaku di dunia dan Malaysia. Pemimpin dianggap penebus dosa, pengantara antara tuhan dan macam-macam lagi.
Kursus yang sepatutnya dibuat ialah kursus menjadi penyokong yang baik, beretika, berani menegur, tinggi toleransi dan pelbagai lagi.. Mungkin kursus-kursus seperti BTN mempunyai modul-modul yang sesuai untuk para pekerja kerajaan atau penyokong. Namun sejauh manakah keberkesanannya. Kita bukan mahu kursus itu menghasilkan lulusannya yang ekstrim, yang kita mahu ialah satu, iaitu melahirkan produk yang bijaksana. Yakni tahu menilai mana yang baik dan buruk, serta yakin dan berpegang pada nas-nas atau dalil yang kukuh.
Sering terdengar ungkapan 'He was born to be a leader!' Apakah kita setuju pemimpin itu memang akan lahir sendiri? bukan nya diajar dan diasuh?
*Jeff Hazimin Jaafar ialah seorang komposer (ex: keluarga bahagia - Saujana), penulis lirik (Nabi Anak Yatim - Raihan), pengasas(Hijrah Remaja Astro), penulis skrip, content manager (Kisah Nabi-Nabi tv3 dan tv9) channel Al Ansar MiTV, serta pengacara (Realiti TV - Kolej Tun Seri Lanang) Edisi Remaja, dan pelbagai lagi program ilmiah untuk remaja.
**Gambar sekadar hiasan
Saturday, June 28, 2008
Kesempitan, Jenayah dan Nilai Kebahagiaan
Seorang ulamak ada menyebut, tatkala kita dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang, jenayah akan semakin kerap berlaku..
Semakin banyak kes rompakan dan kecurian akan muncul.. Jenayah juvana juga akan meningkat, anak merasa dana pemberian ibu ayah makin kurang.. segala macam benda yang diinginkan mungkin hanya bisa diperoleh dari sumber atau cara yang tidak baik.. Akan berlaku perbalahan sesama keluarga, sahabat handai, peniaga dan pembeli, pengurus dan pekerja semuanya mempertikaikan soal kos dan kesempitan wang..
Maka tidak hairan lah, kalau dijangkakan akan sangat sukar wujud suasana yang bahagia. Majlis seperti parti harijadi menjadi makin 'simple', kenduri kahwin@walimah anak-anak muda terpaksa ditangguh, dilambatkan, atau mungkin batal, gara2 kos yang tinggi. Aktivti ziarah-menziarahi juga jadi semakin lenyap.. "Aduh, tak sanggup la nak pergi kenduri dia kat mersing, jauh tu, minyak dah la mahal.. nak beli hadiah lagi.. semua mahal sekarang ni" seorang teman pernah menyebut begini minggu lepas. Sedih kan? Bukan salah dia.. Takdir begitu? Perbualan antara anak di perantauan dan ibu di kampung pun mungkin lenyap.. Bil naik & mahal? Maka makanan yang lazat2 pun mungkin kurang dijamah lagi.. " Not worth la!!!" Program percutian bersama keluarga dan sahabat handai juga mungkin berkurang.. Umpama sesemuanya perlu disekat-sekat.. Bisa berlaku bukan? Apa mungkin bahagia dikecapi lantaran masalah2 sebegini?
Wednesday, June 18, 2008
'Murdi' dan Populariti
Kebelakangan ini, teman sekelas, Murdi* sering di sebut-sebut oleh teman-teman, baik laki dan perempuan. Sememangnya sejak awal semester, sudah saya kenalpasti akan populariti yang bakal Murdi peroleh kelak.. Dari raut wajahnya yang redup, budi bahasa yang baik, penjagaan solat yang sempurna, serta sifat tanggungjawab yang tinggi, Murdi memang sewajarnya jadi glamor dan diminati.. Apalagi sekarang saat beliau menerima Anugerah Dekan dalam keputusan peperiksaan yang lepas.. Ramai yang terkejut... dan ramai juga yang mengakui, "Murdi 'deserve' it! " Kata seorang sahabat yang menginap di seksyen 8.
Namun kalau dilihat populariti yang dikecap Murdi, pasti tidak la setanding pelakon, penyanyi, pemimpin dan orang-orang kaya di Malaysia dan dunia.. Mereka lebih dikenali.. Namun apakah yang ada pada glamor dan populariti, bakal jatuh juga kelak, silap-silap, glamor yang keterlaluan akan dicemuh masyarakat.. Apalagi glamor kerana punya harta jutaan ringgit.. Apakah nilai punya rumah besar andai tiada pengisian solat dan ibadah di dalamnya? Apakah erti guna kereta mewah jika, perjalanan atau destinasinya sering ke tempat yang mungkar?
*Murdi atau nama sebenar Hasmudi Aziz, adalah pelajar cs224 di UiTM. Lahir dan membesar di Melaka, Murdi banyak menghabiskan masa bersama keluarga terutama ayahnya yang merupakan seorang aktivis politik yang aktif.. Berbekal tangan dan kaki 'kidal', Murdi sangat aktif bersukan terutamanya dalam sukan futsal dan badminton.. Anak teruna Pak Aziz ini masih 'single' dan sedang meniti usia 23tahun dengan satu harapan, 'insan solehah bisa ditemui..'

Subscribe to:
Posts (Atom)