Tuesday, June 29, 2010

Tilik Nasib

Kebelakangan ini banyak perkara amat sukar dijangka. Letaklah beribu analisis sekalipun, atas kajian dan analisis dari fakta-fakta terdahulu, keputusan akhir tetap lari dari jangkaan.

Kalau dalam Piala Dunia 2010 yang masih belum selesai ini, kita dapati banyak jangkaan yang meleset. Pasukan hebat seperti Itali, Perancis dan Argentina semuanya tersungkur awal. Saya bukanlah penilik nasib namun saya tetap menaruh harapan agar Argentina menang. Barisan pemain skuad amerika selatan ini tampak lebih lengkap dari semua sudut dan corak permainan mereka yang 'counter attacking' sentiasa sukses.

Saya mewakili jutaan rakyat malaysia yang kecewa apabila lesen judi diberikan oleh kerajaan untuk Piala Dunia kali ini. Biarlah Allah menentukan hukuman buat mereka yang memberi, menerima dan terlibat sama. Namun saya sendiri musykil dengan kelulusan dari pihak kerajaan terhadap buku-buku 'ala tilik nasib' yang kononnya berdasarkan kajian terhadap tarikh lahir kita. Contoh buku, program dan seminar tertentu telah banyak dilancarkan dan ianya mendapat sambutan menggalakkan temasuk dari golongan muslim.

Kalaulah kajian itu terdapat dalam AlQuran dan Hadis Sahih barangkali ramai ulamak tidak pertikaikannya. Namun ianya terlalu berdasarkan kajian barat. Cuba bayangkan kalau dari pengiraan (yang dicadangkan dari buku-buku seperti ini) mengeluarkan suatu keputusan seperti, ANDA BUKAN SEORANG PENIAGA, ANDA TIDAK ROMANTIK dan sebagainya. Pasti ia bakal memberi kesan negatif kepada pembaca tersebut. Kebanyakan buku-buku ini terjual laris di pasaran!

Jujurnya saya gemar meneka sesuatu tentang seseorang dan sesuatu perkara. Namun tidaklah ia sebagai satu keputusan akhir. Lebih kepada berjenaka sesama teman dan kadangkala ianya sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam kehidupan.

"Aku rasa orang macam ni tak boleh pakai"

"Mungkin dia ni nak tipu ko aja kot"

Sekurang-kurangnya apabila 'TERKENA', kita dah bersedia. Saya tertarik dengan satu tulisan teman berbangsa cina saya.. Earpin dalam bukunya "Confession of Web Developer".

"I was never approached by a street fortune teller because I don't look like their customer. Perhaps, I looked like those who is going to throw them a question of why not they spend more time predicting their own future (to be more specific, Toto's winning numbers). "

Non muslim pun sudah berfikir begini :)

Foto: antihipokrit.blogspot.com

Wednesday, June 23, 2010

Nur Adam

Sekali-sekala melayan siri ulangan Nur Kasih ada juga istimewanya. Cerita ini cukup indah, terutama dari sudut garapan fotografinya.. Ada juga beberapa episod yang saya ter’miss’ dapat saya tonton kembali. Pada saya, drama ini merupakan satu momentum untuk industri drama dan filem mewujudkan lagi lebih banyak kisah tentang isu keluarga dengan lebih serius. Saya cukup yakin bahawa tunjang utama cerita ini ialah Nur Amina itu sendiri..

Nur Kasih
Nur seorang yang sangat hebat.. baik, cantik, sabar, terlalu sabar, dan hidupnya penuh dengan kesabaran saat mula berumahtangga.. Sangat ganjil andai ada insan yang benar-benar wujud sepertinya. Sanggup menunggu suami bertahun lamanya, sesudah itu berkorban dalam banyak perkara. Sudi pula dimadukan, tidak pernah melenting dengan adik sendiri yang memang ‘nakal’. Tidak pula tergoda dengan abang ipar yang cukup alim dan punya perasaan terhadap dirinya. Apalagi Nur tidak pernah curang saat kuliah di universii. Hebat.. Sangat Hebat! Ramai lelaki pasti idamkan isteri seperti Nur.


Adamaya
Selain itu kisah Adamaya juga cukup menarik perhatian saya, isteri dan keluarga. Adik saya sendiri sanggup berulangkali merakam aksi anak buah meniru gaya Amani. Drama ini juga cukup hebat.. Heronya adalah kuasa drama ini. Adam juga baik seakan malaikat. Kalau ada pun satu kelemahan beliau dalam drama ini ialah.. 'Scene 'Olok-olok' ketika tidak memaafkan Maya di akhir episod.. Yang lain cukup ‘perfect’. Sabar, bapa penyayang, romantic, kacak dan pelbagai lagi sifat baik. Semua wanita pasti idamkan lelaki seperti Adam.

Nur Adam?
Sebuah filem yang menggabungkan watak Nur dan Adam (Adamaya). Pasti hebat tanpa sebarang konflik. Kisah rumahtangga yang penuh kasih sayang..

Tuesday, June 8, 2010

Privasi

Saya mendengar stesen BERNAMA Radio 24 semalam. Dalam segmen Kerusi Panas, tetamu yang diundang adalah seorang wakil dari Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG). Seperti biasa (kalau yang diundang itu ahli JAG), topik kali ini membincangkan isu pro-feminin dalam soal hak dan privasi kaum wanita..

Barangkali wakil JAG ini menyebelahi seorang artis 'ala 'AVATAR' (yang kesal gambarnya disiarkan dalam akhbar beberapa bulan lalu tanpa kebenarannya. Artis itu menerima cemuhan peminat dan media gara-gara aksi yang agak menjolok mata.)

Ada beberapa pemanggil yang membuat panggilan langsung ke radio seakan tidak menyebelahi artis tersebut dan mereka menyimpulkan soal kenapa artis itu 'bersetuju' bergambar sedemikian 'at first place'. Isu ini terus dikaitkan dengan isu 'privasi' di Facebook dan laman-laman 'social networking' yang lain. Soal bahaya mendedahkan infomasi sendiri seperti foto, alamat, dan apa jua perkara peribadi telah dihuraikan oleh banyak pihak.. Antara yang menarik untuk saya kongsikan bersama ialah pendapat dan ulasan UZAR tentang Dosa-dosa dan Facebook di sini

Saya sedikit runsing dengan idea yang di bawa wakil JAG ini. Antaranya beliau menyebut "Tidak salah mengambil gambar begitu dan di siarkan di media A. Masalahnya media B menyiarkan tanpa kebenaran di media mereka.. Saya rasa ini soal 'property' atau hakcipta, bukannya isu privasi.

Yang paling utama ialah menjaga hak kita dari dicuri secara nyata seperti kecurian telefon, laptop*, 'hard disk' peribadi, bagasi** dan pelbagai lagi barangan yang terlalu privasi.

* Sedikit lucu, dahulu ketika saya dan teman menginap hotel di negeri ***** kami tertinggal laptop saat keluar makan, namun yang hilang hanyalah 'perfume' dan telefon bimbit.

*Untuk keselamatan laptop di jalanan.
http://www.microsoft.com/atwork/security/laptopsecurity.aspx

**Hati-hati dengan taktik ini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Booster_bag_scam

Monday, May 31, 2010

Internet Problem?

A quick fix to all your Internet Problem:

1. Restart your modem, router and any switch you can find. Wait for couple seconds before you turn them on again.

2. Change to OpenDNS. You just need to do this once. In your TCP/IP setting, change DNS to 208.67.222.222 and 208.67.220.220. Say goodbye to TM and other ISP's DNS.

Source: 1.com.my

Friday, May 21, 2010

Puas hati dengan prestasi anda?


"Masih ada yang tak kena dengan web aku ni" - Web Designer
"Kita boleh buat lagi baik dari game kita tadi - Team Sukan Anda
"Kalau lah aku buat camni dulu.. kan tak menyesal.. " Anda?


Kalau usaha anda tak disenangi orang lain.. itu perkara biasa..
Kata David G. Jensen

Jangankan orang lain rasa usaha anda teruk.. diri sendiri pun tak mampu nak angkat 'effort' sendiri. Itulah yang sering kita keluhkan.. penyesalan yang tak sudah.. tapi benarkah apa yang anda lakukan itu bukan yang terbaik dari anda?

Ini bukan artikel motivasi. (Anda boleh membeli dan membaca karya motivasi hebat di sini ) Saya sendiri kurang gemar mendengar motivasi. Saya lebih menggemari teknik.. atau strategi. Namun dalam kondisi begini, saya juga seperti anda. Mudah kecewa dengan karya, usaha, produk, program atau ciptaan kita.. x berkesudahan. Walau datang selautan pujian pun kita tetap rasa kita mampu buat yang lebih baik..

Apa dia naluri 'tidak berpuashati dengan diri sendiri' ini ? Atau kita terlalu 'Perfectionist'?

Kapan agaknya kita bisa tersenyum lebar melihat 'event' atau produk kita sendiri saat dilancarkan? Apakah mungkin kita mampu menangis saat membaca puisi tulisan sendiri? Mampukah kita bertepuk tangan atas persembahan pasukan kita sesudah kecundang di tangan lawan?

Jawapannya: Hanya Kita Yang Tahu

Selingan:
Lagu Hanya Kita Yang Tahu
Lirik Hanya Kita Yang Tahu

Antara karya saya, yang saya cukup berpuas hati..
Sekurang-kurangnya.. saya senyum & sebak sendiri :)

Monday, May 17, 2010

Kesilapan IM dan Web 'Social Networking'

Pernah tak anda mengkaji pembaca anda? atau mailing list anda?

Ini terjadi pada saya, apabila sedang membaca promotion link dari email & google buzz. Kebanyakan para IM promote link yang menggunakan application lain. Yang saya sendiri tak boleh access. contohnya :

Autoresponder (program mailing list) ——–> email saya  ———> promote link FB / Twitter /Youtube (yang mana ada iklan promosi mereka)

Ramai IM menggunakan application lain untuk memberitahu apa yang mereka promote. Samada di dalam email ataupun blog. Banyak aplikasi web social kini digunakan pada website/blog IM. Ada yang guna video dari facebook dan youtube untuk share di email dan blog.

Masalahnya disini, tidak ramai yang boleh access ke website-website social networking ini, disebabkan company tempat mereka kerja blok website tersebut. Lagi-lagi yang kerja kerajaan. Jadi anda telah merugikan diri sendiri dengan cara anda ni. Anda promote benda yang mereka sendiri tidak boleh tengok. "Diakan boleh tengok dirumah" kata orang IM dalam hati.. :p  hmm.. kalau dah semak email di office, nak semak lagi ke email yang sama di rumah?

Para IM perlu fikir, yang subscriber/pembaca blog mereka juga sentiasa online pada waktu kerja. Kebiasaanya, waktu lengang untuk beronline ini di awal pagi masa masuk kerja (biasa orang baca online paper dulu), masa lunch hour dan masa nak balik. Dan mereka akan buka email dan blog-blog.

Jadi apa yang perlu lakukan :

  • Sila kaji user anda, bila mereka biasa online (pagi/malam)? kedudukan? tanya mereka boleh access ke tak?
  • Buat landing page ke blog anda atau satu page yang menceritakan lebih detail tentang iklan tersebut, dan baru letak link web social didalam tu.
PS: sila jadikan diri anda juga sebagai pembaca (end user). Nescaya banyak masalah yang anda akan jumpa. Selamat beramal
 
Link dari http://Izzaldin.com (Teman Kuliah Saya Di UiTM)
 

Thursday, May 13, 2010

Shahir AF8 dan Saujana


Minggu lepas Hakimi Harun, ex-Saujana hadir ke rumah menziarah. Dah lama Kimi nak ke rumah, akhirnya berkesempatan juga. Selain berbual soal anak-anak, famili, kerjaya, pendidikan terkini isteri, kami sempat juga berseloroh tentang Shahir.. ala.. SHAHIR AF8

Kimi memang terkenal dengan prinsipnya yang seakan kurang gemar apabila bekas-bekas penasyid masuk rancangan realiti. Pada Kimi usaha dakwah akan terbantut. Tiada konsep 'cuci taik dari dalam tong' dalam minda Kimi.Langsung, Kimi agak tertekan apabila ada segelintir kenalan rapatnya yang 'gila Shahir' dan menghabiskan beratus ringgit untuk mengundi Shahir di AF. Apalagi setelah Undi Masuk diwar-warkan, makin meriahlah undian yang dibuat kenalannya.

Pada saya Kimi bukan irihati, cemburu apalagi dengki. Kimi sendiri memang seorang yang sudah berjaya. Punya kerjaya yang cemerlang, punya isteri dan anak yang comel, selain pelbagai lagi kelebihan dari sudut kebijaksanaan dalam pengalaman.Lebih hebat dari Shahir dalam usianya. Banyak lagi yang Shahir bakal tempuh, dugaan wang, gosip, peminat wanita, 'geng-geng pakai pelincir', dan dalam soal ibadat, semuanya bakal terganggu dalam industri hiburan. Kalau tak banyak pasti ada tempiasnya sedikit."Kita just wait and see", kata Kimi. "Now kita see heart.. Later kita see..?" Balas saya dalam hati tanpa memikirkan makna apa-apa.

Bercerita soal anak Kimi, seperti yang dijangka, anaknya sudah mula petah berkata-kata.. "Inilah generasi 611-ceria, bijak berkata-kata, 'english' yang mengkagumkan selain berjiwa pejuang (semuanya nak jadi 'ultraman', 'ben10'). Anak Adi Aziz (Saujana) juga begitu. Zahraa.. memang cergas.. minda dan badannya. Alhamdulillah anak saya juga dah mula memberi reaksi. Seakan dia faham apa yang kita tuturkan. Seronok melihat anak kecil teman-teman dan anak buah. Bagaimana pula anak teman Saujana yang lain.. Adakah anak Pyan sepetah ayahnya, mungkinkah anak lelaki Najran selincah Higuain (Real Madrid), anak Idzu? anak Faizul?


Bulan lepas berkesempatan minum malam bersama Faizul(Ley). Sekarang dia masih bertugas di HKL. Bidang bedah otak.. "Aku betulkan tengkorak pesakit dah macam susun Lego.." Ley secara ringkas membayangkan pada saya akan tugasnya. Ley masih belum dikurniakan anak. Insyaallah bakal menyusul.. Barangkali anaknya jadi orang Kelantan, lantaran Ley dan isteri akan berpindah ke Kubang Kerian untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Master Neurologi/Brain Surgery (kurang pasti nama 'course'nya) bulan 6 ini..

Berbalik soal Shahir tadi.. * Seperti yang semua sedia maklum dia mempunyai suara yang sangat lazat selain pandai mencipta lagu. Teringat tanggal16 Feb lepas, tatkala baru sehari menimang cahaya mata, saya menerima panggilan dari Pyan.

"Oh, barangkali pyan nak wish tahniah coz dapat baby" fikir saya.."Salam Aza, enta tau tak Shahir masuk akademi?" Pyan terus bertanya. Rupanya Pyan belum mendapat berita kelahiran Qasrina, anak saya. "Pergh, menarik tu.. konfem la menang.. macam Nua Hasin" Balas saya mengingatkan johan AQ musim kedua Anuar Hasin merupakan rakan seguru taranum Shahir di Perak."Dia masuk AF la.. bukan Akademi Quran" Pyan segera mencelah.."Jangan bagitau sesiapa dulu, ana tau pun dari kenalan Shahir, so x pasti.." arah Pyan.



Saya sedikit terkedu.. hilang sebentar fokus pada anak di wad. Terfikir saya.. Lepas seorang-seorang masuk realiti tv. Apa mungkin kata-kata keluarga mereka.. terutamanya Shahir yang saya kenal sebagai...

ANAK YANG CUKUP BAIK AKHLAKNYA (terutama ketika berurusan dengan wanita)

ABG YANG BERTANGGUNG JAWAB (teringat mak ayah shahir.. rendah diri)

ANAK MUDA YANG HORMAT SENIOR (macam saya, Pyan, Najran dan penasyid lain)

PEMUDA YANG KUAT AGAMA (Shahir orang yang solatnya dijaga baik, rajin mengaji dan banyak juga ilmu agama walau usianya muda)

ANTI SOSIAL (No Komen - komentar yang selalu Pyan beri ketika bicara soal teman-teman yang bertindak pelik ke arah 'bersosial')

PEMINAT BOLA esp Man Utd, BUKAN PEMINAT REALITI TV (Hari sabtu malam jam 9 ke atas, Shahir dan kami biasa tengok bola, bukan tengok Realiti TV)

PEMINAT NASYID HARDCORE' (Shahir suka lagu nasyid ala taranum macam geng-geng Fareast buat)

Justeru saya sendiri agak musykil Shahir ber'fantasia' musim ini. Bukan 'taste'nya..
Doa saya moga Shahir tabah.. moga Shahir dapat membawa kebaikan kepada masyarakat.. Moga Shahir dan keluarganya terus dalam rahmat dan barakah Allah..

* Saya ada lagu yang direka bersama Shahir.. Nanti senang saya uploadkan..
Semua ini hanya coretan dan pendapat peribadi..