Wednesday, July 28, 2010
Sistem
Thursday, July 22, 2010
Engkau Maha Kuasa atas Tiap-Tiap Sesuatu
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Minyak dan Barang Naik Harga
Friday, July 16, 2010
Banyak Tikus di Gombak
Kucing pun dah 'tak heran dengan tikus'
Kiamat
Firman Allah, "Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat, 'Bilakah terjadinya?' Katakanlah, 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.' Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Al-A'raf: 187).
Wednesday, July 14, 2010
Artis Nasyid & Melodi
Bait-bait lagu Keluarga Bahagia kembali terngiang-ngiang di pipi. Rasa sebak juga. Dahulu saya terasa nak menangis hanya jika Saujana sampaikan lagu ini kepada adik-adik dari rumah-rumah anak yatim.. Namun kali ni lebih sedih dek teringat kata-kata Sofea Soleha "Eh, tak baik tau.. Tu kan Abi Sofea"...
Saya bersimpati kepada keluarga Sofea. Dia sayangkan abinya.. sama seperti dia sayangkan maima nya, nani dan ahli keluarganya.. Namun abi nya jauh..
Dalam kerinduan yang memuncak, jarang berjumpa dan bermanja.. tersebar pula cerita abi nya di kaca TV. Sayang sekali.. ceritanya bukan cerita yang baik-baik.. Tapi suatu yang mendukacitakan keluarga.. Saya sangat bersimpati dengan ahli keluarga abi sofea.. Namun saya sendiri sangsi dengan abi sofea sendiri..
Abi Sofea pasti tau salah dan silapnya.. Kita doakan agar beliau sabar dan redha dengan ujian Ilahi. Moga ia menjadi pengajaran buat kita terutamanya saya dan penasyid-penasyid lain.. Moga Allah pelihara kita dari keaiban..
Tuesday, June 29, 2010
Tilik Nasib
Kebelakangan ini banyak perkara amat sukar dijangka. Letaklah beribu analisis sekalipun, atas kajian dan analisis dari fakta-fakta terdahulu, keputusan akhir tetap lari dari jangkaan.
Kalau dalam Piala Dunia 2010 yang masih belum selesai ini, kita dapati banyak jangkaan yang meleset. Pasukan hebat seperti Itali, Perancis dan Argentina semuanya tersungkur awal. Saya bukanlah penilik nasib namun saya tetap menaruh harapan agar Argentina menang. Barisan pemain skuad amerika selatan ini tampak lebih lengkap dari semua sudut dan corak permainan mereka yang 'counter attacking' sentiasa sukses.
Saya mewakili jutaan rakyat malaysia yang kecewa apabila lesen judi diberikan oleh kerajaan untuk Piala Dunia kali ini. Biarlah Allah menentukan hukuman buat mereka yang memberi, menerima dan terlibat sama. Namun saya sendiri musykil dengan kelulusan dari pihak kerajaan terhadap buku-buku 'ala tilik nasib' yang kononnya berdasarkan kajian terhadap tarikh lahir kita. Contoh buku, program dan seminar tertentu telah banyak dilancarkan dan ianya mendapat sambutan menggalakkan temasuk dari golongan muslim.
Kalaulah kajian itu terdapat dalam AlQuran dan Hadis Sahih barangkali ramai ulamak tidak pertikaikannya. Namun ianya terlalu berdasarkan kajian barat. Cuba bayangkan kalau dari pengiraan (yang dicadangkan dari buku-buku seperti ini) mengeluarkan suatu keputusan seperti, ANDA BUKAN SEORANG PENIAGA, ANDA TIDAK ROMANTIK dan sebagainya. Pasti ia bakal memberi kesan negatif kepada pembaca tersebut. Kebanyakan buku-buku ini terjual laris di pasaran!
Jujurnya saya gemar meneka sesuatu tentang seseorang dan sesuatu perkara. Namun tidaklah ia sebagai satu keputusan akhir. Lebih kepada berjenaka sesama teman dan kadangkala ianya sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam kehidupan.
"Aku rasa orang macam ni tak boleh pakai"
"Mungkin dia ni nak tipu ko aja kot"
Sekurang-kurangnya apabila 'TERKENA', kita dah bersedia. Saya tertarik dengan satu tulisan teman berbangsa cina saya.. Earpin dalam bukunya "Confession of Web Developer".
"I was never approached by a street fortune teller because I don't look like their customer. Perhaps, I looked like those who is going to throw them a question of why not they spend more time predicting their own future (to be more specific, Toto's winning numbers). "
Non muslim pun sudah berfikir begini :)Foto: antihipokrit.blogspot.com


