Friday, November 8, 2019

2019 - 38 Tahun - Masih Meminati Bolasepak, Muzik dan Filem

Alhamdulillah masih sihat untuk bersukan khususnya bolasepak.
Masih mempunyai jiwa pada muzik dan filem.
Banyak ilmu baru sepanjang 5 tahun ini..
Paling utama, pelajaran dari kesilapan.
Juga, ilmu mengenal manusia.
Moga terus diberikan kekuatan untuk mengenal dan mendekatkan diri dengan Pencipta

- Pengguna Android selepas lebih 5 tahun menggunakan iPhone.

Thursday, June 12, 2014

2014 Dah..

Wow.. Aku tidak menulis sudah hampir setahun lebih.
Aku busy sepanjang tahun 2013.. Dan sekarang Jun 2014!!

Btw, instagram dan tweetku masih kekal aktif.

http://instagram.com/baysirna
http://twitter.com/baysirna


Tuesday, December 18, 2012

Ikon Pilihan 2012

Buah fikir Dr Siddiq - IKON PILIHAN 2012

Tahun Baru Yang Lebih Gemilang

Beberapa hari lagi tahun 2013 bakal menjelma..
Tahun depan pasti gemilang.
Moga Allah makbulkan doaku.

Amin.

Thursday, May 17, 2012

Kenangan Belajar di Universiti Memang Indah

Alhamdulillah.. Itulah perkataan pertama saya yang terlintas apabila tulisan saya sebelum ini dikhabarkan memberi impak positif. Tahun 2008 dahulu saya pernah menulis tentang sahabat saya Hasmudi Aziz. Tak terlintas langsung di fikiran ketika itu, coretan pendek itu bakal menjadi testimoni yang baik buat Murdi, apalagi menjadi sumber rujukan buat bakal pak mentua Murdi untuk recce bakal menantunya itu. Doa saya agar jodoh Murdi dan pasangannya sampai kelak.


Foto Terbaru Hasmudi (kanan) bersama Syed Mohd Faizal


Hakikatnya, Murdi bukanlah satu-satunya sahabat pilihan saya. Jika dinilai akan kelucuan, sudah pasti Redzmi menjadi pilihan saya. Jika dinilai dari sudut bijaksana dalam memberi pandangan pasti orangnya Fathul, dan jika dilihat dari sudut disiplin, tak lain tentu orangnya Nur Azry. Shafizal juga tak kurang hebat, walau hidup dalam 'alam' nya tersendiri, kata nasihat sering terungkap darinya buat kami.


Konvo 2009: Dari kiri, Nur Azry, Fathul, Maziah dan suami, Izzaldin, Shafizal, Redzmi dan Budeen Barca.


Semua orang mempunya karakter tersendiri, namun saya akui, teman-teman Uitm saya ini cukup memberi impak yang baik dalam hidup saya. Dahulu dan sekarang. Mereka membantu saya berfikir. Mereka memperlihatkan sosok bicara saya ketika muda. Ya, mereka semuanya junior saya saat kuliah dulu, namun pemikiran mereka cukup dewasa. Mereka matang dalam menyelesaikan masalah sekitar, cukup tenang bila situasi tegang, dan tidak gentar dengan cabaran belajar, susut kewangan dan godaan wanita. Akhlak mereka juga cukup baik, terutama apabila berkomunikasi dengan pensyarah-pensyarah di Fakulti. Kami berlainan negeri semuanya. Namun amat serasi. Kami tidak berpuak-puak. Jarang sekali mengundang pada kelahi dan salah faham.


Kerja dan Hidup
Saya bukanlah programmer IT yang baik, justeru pekerjaan pertama saya sebagai system developer tak akan mudah tanpa bantuan Izzaldin Misri, jagoan IT kami ketika di Universiti. Beliau membantu saya hampir setahun untuk menyelesaikan masalah dokumentasi pengkalan data di kilang Jepun, tempat saya bertugas dahulu.Tahap kesabaran saya juga banyak meningkat hasil kritikan ikhlas Syed Mohd Faizal saat belajar dulu. Syed cukup sinonim dengan penampilan bersederhana, cool dan bersahaja. 


Kalau ada pun kami semua bertekak hanyalah kerana sebiji bola. Biasalah, penyokong Manchester United dan Barcelona seperti Shafudeen pasti berang bila pasukan pilihannya kecundang. Namun, ukhuwah kami masih utuh. Bola adalah bola. Ukhuwah yang kuat lebih utama.



Ziarah menziarahi menjadi amalan saat sakit dan sihat. Dari kiri, Redzmi, Nur Azry, Fathul Muin dan Izzaldin (terlantar sakit perut).

Selamat Menempuh Alam Rumahtangga
Alhamdulillah. Sekali lagi saya lanjutkan pujian buat Allah kerana ramai teman-teman baik seperti Izzaldin, Hakimi, Shaifudin sudah berumahtangga. Bakal menyusul, Nur Azry dan Hasmudi.


Gadis di luar sana yang inginkan pemuda sunti yang lucu, riang, peramah dan bersuara lunak, barangkali Redzmi adalah antara calon yang sesuai. Redzmi asal Kedah sekarang bekerja sebagai Eksekutif IT di sebuah bank. Tingginya sekitar 180cm dan khabarnya masih memandu kereta Honda Civic berwarna hitam. Moga Allah kurniakan rezeki buat Jimy dan sesiapa sahaja bakal pasangannya.


Bagi yang meminati pemikir, penganalisis semasa dan lelaki berkumis kacak, Fathul Muin adalah sosok jejaka yang sesuai buat anda. Moga Allah pelihara sahabat baik saya ini. Hidup serumah merupakan pengalaman manis saya bersamanya.  Politik, perniagaan, saham dan perbincangan kritis memang menjadi pilihan kami daripada sering berbual kosong.


Terima Kasih Sahabat! Allah Pelihara Kalian Semua! Amin

Thursday, May 3, 2012

Hala Madrid

Walaupun saya sedar keputusan perlawanan bolasepak banyak dipengaruhi bookie dan aktiviti perjudian yang lain. Namun saya tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira saya. Real Madrid kembali memenangi Liga Sepanyol dan akan terus gemilang.

Pemain terbaik Real Madrid menurut saya ialah Mesut Ozil.

Tuesday, January 31, 2012

Kata-Kata Mantap

Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.

Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.

Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya TENAGA untuk BEKERJA.

Saya meminta KEBERANIAN dan Dia memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.

Saya meminta CINTA dan Dia memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.

Saya meminta NIKMAT dan Dia memberikan saya PELUANG.

Saya TIDAK MINTA apa-apa untuk DIRI SAYA, tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN

-Salahuddin Al Ayubi