About This Blog

Sekiranya anda memang pembaca blog-blog, barangkali anda ter'google', ter'link', maka pesanan saya. Jangan sekali anda membuat 'penilaian hebat' terlalu awal tentang 'Pecinta Kebijaksanaan' ini. Barangkali tulisan saya tidak mencapai 'taste' anda. Mungkin buah fikiran saya tidak selari dengan idea, pemikiran dan jiwa anda.

Sekiranya anda hadir ke blog ini kerana mengenali saya sebagai ahli kumpulan nasyid Saujana. Maka ketahuilah saya dan penasyid lain juga tidak sempurna, apalagi tulisan-tulisan di blog ini. Tak sempurna dan serba daif..

Sekiranya anda penulis yang hebat. Punya buku dan menjadi kolumnis di media-media ternama, saya merendah diri dan ingin menyatakan tulisan dalam blog ini hanyalah sebagai latihan buat saya. Banyak kelemahan bahasa dari sudut tata dan olahannya. Teguran membina amat saya hargai.

Sekiranya anda pecinta ilmu, maka anda sama seperti saya. Itulah antara sifat baik buat sebaik-baik manusia. Mencintai ilmu dan kebijaksanaan. Yang baik dalam blog ini tentunya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik pasti dari kesilapan saya sendiri yang tidak sempurna.

Anda boleh 'copy' dan 'paste' apa jua artikel, tulisan atau coretan dari blog ini dan sangat bertuahlah saya jika ada membuat link ke laman ini.