Sunday, May 24, 2009

Membaca

Gambar Hiasan - Source: G-Jart-Surah

Terasa ingin membaca semua buku dalam dunia ni.. Tapi macam tak cukup masa (Alasan ni!) Baru baca buku tentang jin.. Dan sangat banyak juga info pasal jin yang tak kutahu disamping info2 asas jin yang semua maklum.. Sekadar berkongsi.. Jin itu suka 'transform' ke anjing dan ular hitam, suka pada gelap dan dan tempat maksiat, suka pada tempat kotor, ada yang mirip manusia, ada yang islam dan kafir, ada yang punya kuasa dan teknologi yang hebat, ada yang baik, banyak yang tidak, dan yang menariknya jin itu tidak tahu masa hadapan (Ternyata jahil lagi syirik yang meminta nombor ekor dari jin2 dan saudaranya) Jin ada keluarga, masyarakat dan kerajaannya sendiri.. Jadi mungkin mereka juga ada mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi.. Kurang pasti soal keadilan yang terlaksana dalam mahkamah2 jin.. Kebetulan jin banyak di hutan2, mungkin ada persidangannya di bawah pohon.. Hmm.. Banyakku melalut.. 'back to main point'

Mari kita banyakkan membaca, terutama tentang buku-buku agama, budaya dan sejarah bangsa lain dan bahan ilmiah yang lain seperti buku motivasi dan kemasyarakatan. Buku politik? Kalau rasa tak geli dan jijik.. Boleh juga membacanya..

- Jangan berperangai macam Jin! Kita manusia yang jauh lebih mulia.. Sejak dari syurga

1 comment:

  1. ada kaitan dengan filem syurga cinta..jodoh ada tiga, yang pertama, jodoh dari dari syaitan (iaitu pasangan yang bercinta, berhubungan dan akhirnya mengandung anak luar nikah), jodoh yang kedua, JODOH DARI JIN (iaitu mensihirkan pasangan dan akhirnya bernikah hasil dari sihir tersebut yang menggunakan pertolongan jin) dan jodoh yang ketiga adalah jodoh dari Allah (iaitu apabila melihat ke matanya terus menusuk ke kalbu dan akhirnya bercinta dan menikah kerana cinta Allah...akhirnya menemui SYURGA CINTA..)

    ReplyDelete