Saturday, January 22, 2011

Sakit Jantung Masih No 1?

Sakit jantung masih menjadi pembunuh nombor 1 di Malaysia dan dunia. Lihatla berita dan akhbar kita. Berapa ramai YB dan artis yang meninggal dunia akibat sakit jantung. Belum pun dikira warga Malaysia yang kematiannya tidak dikhabarkan di media. Sesiapa pun termasuk saya berdepan risiko sakit jantung.

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita. Makan makanan yang seimbang, bersenam dan elakkan daripada melakukan kerosakan kepada diri sendiri.

Sumber: KKM dan Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment