Tuesday, February 8, 2011

Ibarat Roda

Yang di atas pasti akan jatuh. En Mubarak dan En. Ben Ali telah tersungkur. Ramai lagi akan berundur dek cintakan dunia. Dunia juga ibarat roda, tidak menjanjikan indah sahaja untuk penghuninya. Kelak nanti akan musnah. Itu janji tuhan kita. Hidup kita memang seperti roda kenderaan yang berpusing, kita tidak akan selalu berasa susah kerana dihempap bumi, terhentak masuk ke lubang, terlenyek dek kurang angin. Kita tidak selalu ditolak dek tekanan buat kenderaan berhenti. Kita digilap supaya nampak cantik. Dihias dengan RIM berbelas inci untuk menstabilkan kita. Namun jika kita sudah 'botak' dan menjamin bahaya, jangan mudah kecewa jika ditukarkan dan jangan khuatir, jika kita dilemparkan ke tempat buangan, ada yang akan mengumpul kita kerana kita masih lagi berguna untuk perhiasan bunga atau buat teduhan dan perumahan serangga kecil.

Albukhary (bukan nama sebenar), teman baik saya yang bergiat dalam industri hiburan dan dokumentari. Meceritakan satu kisah di mana beliau kesuntukan wang untuk membeli beg sekolah anaknya yang terkoyak menanggung beban berkilogram buku-buku teks yang perlu dibawa ke sekolah. Suatu hari, guru sekolah menghadiahkan anaknya sebuah beg baru bertulis 'Program Usahawan Muslim', dan apabila pulang, Albukhary sangat tersentuh kerana beg sekolah baru itu adalah tajaan sebuah syarikat yang dokumentari tentang syarikat itu pernah diterbitkan oleh Albukhary dan temannya.'Program Usahawan Muslim' itu sendiri adalah hasil ideanya. Begitulah nikmat Allah, kadang-kadang Allah balas kita cash di dunia atas usaha kita sebelum ini.

No comments:

Post a Comment