Saturday, December 5, 2009

Berat Badan Yang Ideal

Saya bukanlah pakar kesihatan. Cuma sekadar ingin berkongsi idea. Barangkali BMI boleh ditafsirkan sebagai kaedah terbaik untuk mengetahui samada berat kita sesuai atau tidak dengan tinggi kita.
 
Beberapa kenalan yang biasa menyertai pertandingan silat, kerap memberitahu saya bahawa mereka sering mengambil diet yang tidak sempurna, namun terbaik untuk pesilat seperti mereka.. Antara yang pasti mereka tidak mengambil Karbohidrat pada sebelah malam. Dalam erti kata lain, mereka tidak makan nasi pada malam hari.
 
Beberapa atlet lain seperti pemain bola sepak turut mengamalkan diet sebegitu.. Apatah lagi ahli bina badan.. Justeru memang kita dapati pemakanan yang melibatkan unsur gula atau karbohidrat berkait rapat dengan kegemukan kerana karbo tak ditukarkan kepada tenaga pada malam hari. Mereka memfokuskan makanan mereka kepada yang bersumberkan protein seperti ikan segar dan daging..

1 comment:

  1. Salam... sebenarnya semua nutrient mempunyai fungsinya yang tertentu dalam badan manusia.. termasuklah karbohidrat.. Hatta cholestrol yang dibenci oleh kebanyakan manusia itu juga mempunyai fungsi yang tersangat penting...

    Bagi kaedah pemakanan di waktu malam, tak salah mengambil makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat dll.. tetapi mestilah dalam amaun dan kuantiti yang sederhana.. dan elakkan juga makan bila lewat malam..

    ReplyDelete