Wednesday, January 27, 2010

Artis Nasyid dan Lagu Cinta Islamik

Baru-baru ini saya menulis kepada Us. Zaharuddin www.zaharuddin.net. Berkenaan isu lagu cinta dari kalangan penasyid. Di sini saya ingin berkongsi bersama pembaca jawapan dari beliau..
 
 
SOALAN:
 
Assalamualaikum Al Fadhil Ustaz
Barangkali ustaz tak berkesempatan untuk membaca email saya ini.. Namun doa dan harapan saya agar ustaz dan keluarga terus dalam rahmat dan barokah Allah..
Kebelakangan ini, dalam artikel ustaz byk menyebut tentang kalangan penasyid yang menyanyikan lagu 'cinta islamik' dan 'memuja wanita.. suara mendayu-dayu'
Sedikit soalan andai ada kelapangan ustaz tolong jawabkan ya..
 
"Apakah salah (hukum) menyanyi lagu cinta walau buat isteri, atau buat ibu.. atau buat guru wanita yg bukan muhrim.. dengan alasan sebagai medium luahan perasan untuk mengerat lagi kasih sayang dan silaturrahim... Bagaimana pula kalau mereka yang dipuja adalah ahli agama tersohor lampau seperti saidatina khadijah, aishah, tokoh sufi rabiatul adawiyah dan lain"
 
Sampaikan salam buat Ummu husna, kak long & kak ngah dan adik2 kecil...
Saya yang kurang ilmu..

- Azalinor Saujana
www.saujana.net.my
 
 
JAWAPAN:
 
Wa'alaikumussalam akhi Azalinor,
Terima kasih atas doa dan ana mendoakan antum sekeluarga dan shabat juga sihat wal afiat.
Terus terang saya katakan, bagi saya, kumpulan nasyid perlu lebih berhati-hati ketika mendendangkan lagu-lagu yang berkaitan cinta dan kasih.
Begini, jika jelas dan terang dari lirik cinta dan kasih sesuatu lagu itu merujuk kepada Allah, Rasul, Sahabat sama ada lelaki atau perempuan, wali popular seperti Rabiatul Aadwiyah, tokoh sprt Ratu Balqis, ibu dan bapa serta keluarga. maka hukumnya adalah HARUS
Apa yang menurut pandangan saya TIDAK HARUS adalah laungan-laungan cinta dan kasih yang tidak jelas watak yang ditujukan, sehingga memungkinkan 'double meaning" berlaku serta mengasyikkan si dara. Contoh fakta yang boleh saya bawa secara spontan adalah lagu 'Siti Munawwirah oleh amar, Nur syahada oleh Far East dan mungkin banyak lagi cuma itu dua yang saya ingat.
Saya pasti rakan nasyid telah melihat konsep lagu-lagu Sami Yusuf dan Maher Zain terbitan awakening, ia tetap hebat dan popular walau tidak berkisar hal cinta wanita. Konsep sebegini perlu lebih dipopularkan.
Saya pasti kumpulan naysid kita juga telah banyak menghasilkan lagu-lagu berkonsep itu, cuma buanglah yang syubhah dan membawa syubhat dalam seruan-seruan cinta dan kasih.
Hujjah mendendanglah lagu sebegitu bagi menyediakan alternatif cinta hitam dan maksiat dendangan penanyi biasa juga bagi saya tidak boleh diterima.
Hujjah bahawa lirik lagu cinta islamik itu mengajak kepada cinta yang tulus dan bersih juga sukar bagi saya. Ia tetap negatif secara umumnya dan mudarat melebihi manfaat. Kaedah fiqhi menyebut " menolak mudarat melebihi target mencapai manfaat"
Mungkin itu bukan pilihan penasyid tetapi penerbit tetapi buatlah sesuatu agar penerbit boleh memahami.
Sampaikan salam kepada rakan-rakan Saujana, saya minat antara dua cinta yang didendangkan Saujana dan Keluarga Bahagia. Tema begitu ok.
Minta tolong sampaikan mesej ini kepada rakan-rakan penasyid lain juga.  Ingatan ikhlas dari saya.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

1 comment:

  1. Saya Gery Katrawansa, asal Riau, Indonesia. Saya sangat senang dengar lagu- lagu yang di bawa saujana (Usia Antara Masa- nya sangat bermakna bagi saya). Kapan mau kumpul-kumpul lagi dengan ahli- ahli saujana yang terdahulu ?. Rindu dengar suara mereka. Berkaitan tajuk di atas, saya setuju dengan apa yang dikatan Ustdaz Zaharuddin. Para penasyid mesti lebih perhatikan lirik-lirik lagunya. Terakhir buat bang Aza, sampaikan salam saya kepada bang Izzu, saya yakin dia hanya khilaf dan boleh berubah...
    Tetap semangat Allahu Akbar....

    ReplyDelete