Friday, April 23, 2010



Saujana ke Acheh minggu lepas. Ada konsert sempena Festival Universitas Syiah Kuala (Unsyia). 'Syiah' di sini bermaksud 'Syeikh'. Almarhum Syeikh Kuala adalah antara ulamak terkenal di Acheh. Saya sendiri terkejut apabila diberitahu Pyan yang kami akan berkonsert di Universiti 'Syiah'.

Rata-rata penduduk di Acheh muslim kesemuanya dan menganut fahaman ASWJ bermazhab Imam Syafie. Menurut seorang saudara seMalaysia yang menyambung kuliah di sini, terdapat juga aliran-aliran lain yang diikuti, seperti juga di Malaysia.


Adi Saujana di Masjid BaitulRahman, Banda Acheh


Dalam satu sesi wawancara di Acheh TV, seorang pemirsa(penonton) yang membuat panggilan langsung bertanyakan kami..

"Apakah ahli Saujana punya ritual tertentu sebelum atau ketika menggubah lagu atau lirik..?"

Soalan ini istimewa.. hampir 13 tahun bersama Saujana, rasanya kami belum pernah disoal begini.. Kalau ada pun soalan yang hampir serupa, ianya berkisar tentang idea atau ilham seperti:

"Adakah Saujana perlukan ilham tertentu untuk mendapat idea dalam mencipta lagu dan lirik?"

Biasanya jawapan kami untuk soalan ini berkait dengan lokasi dan suasana ketika menggubah lagu dan lirik.

"Tidak dinafikan kadang-kala suasana seperti di tempat cantik, tepi laut dan tasik dan pergunungan yang dingin boleh memberikan ilham dan idea.. Namun semuanya kehendak Allah.. Insyaallah.. Dimana jua idea boleh datang dengan izinNya.."

Ada juga jawapan berseloroh dari seorang penggubah lagu Malaysia yang pernah saya dengar di radio suatu ketika dahulu.

"Kadang-kadang dalam 'toilet' pun saya boleh dapat idea.."

Berbalik kepada isu ritual tertentu tadi, jawapan ikhlas dari saya (pencipta lagu & lirik yang masih muda mentah):

"Kami tidak punya ritual tertentu. Kalau ada pun aktiviti tertentu dalam berkarya adalah menerusi pembacaan (puisi, buku agama atau novel), pendengaran (sering mendengar lagu yang menjadi pilihan masyarakat, baik di radio atau media lain) dan sedikit penyelidikan untuk mengkaryakan lagi irama dan lagu dalam satu bentuk yang lebih inovasi"

Pasti lebih hebat kalau karya-karya pemuzik digubah setelah solat sunat tertentu dan puji-pujian buatNya melalui zikir-zikir seperti yang dilakukan oleh para sahabat dan imam-imam hebat terdahulu ketika tekun meriwayat dan mengumpul hadis atau ketika berijma' dalam mengeluarkan fatwa.. Janganlah pula nanti ada ritual mengarut seperti menelan air ludah ustaz tertentu untuk mendapat berkat dalam berkarya. Wallahualam

No comments:

Post a Comment