Friday, December 5, 2008

Masalah dan Penyelesaian


Asas topik kali ini adalah sekitar 'Semua manusia tak lari dari melakukan kesilapan'. Kita bukan maksum, maka jangan sesekali kita rasa diri kita ini hebat, 'perfect' dan sebagainya. Kadang2 kita bertanya pada diri kita kenapa masalah sering berlaku pada kita. "Ya Allah, Kenapalah aku diuji dengan masalah begini..?" Apalagi ketika kita telah pun mencuba sehabis baik untuk elakkannya.. Masalah masih tetap datang..

Saya juga bukan 'perfect', saya juga punya masalah yang banyak. Namun saya ingin mengajak kita semua berfikir dalam satu skop yang 'holistic' yakni melihat dari perspektif yang menyeluruh apabila sesuatu masalah itu berlaku. Jangan cepat melatah, 'blame' orang lain atau terus berputus asa. Sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi, kita harus faham bahawa setiap yang buruk ada hikmahnya. Wallahualam.

Dalam kelas Pn Mardziah Hashim di UiTM saat Semester 1 dahulu, kami belajar subjek berkaitan sistem dan komponen2 nya. (Wikipedia, 2008) memetik sistem 'is a set of interacting or interdependent entities, real or abstract, forming an integrated whole'. Makanya, definisi sistem itu sendiri dapat dihuraikan sebagai satu bentuk perkara yang mempunyai komponen2 tertentu, berkaitrapat antara semua, saling bergantung dengan yang lain dan tidak 'independent'.

Penyelesaian Masalah Menggunakan Sistem.

Allah SWT mencipta manusia dengan wujudnya sistem pernafasan, perncernaan dan pelbagai lagi sejak azali. Kita juga sedar akan sistem2 yang wujud seperti sistem2 duniawi masakini. Sebagai contoh, Sistem Pengambilan Pelajar di Universiti, Sistem Pengangkutan Jalanraya, Sistem Kewangan dan pelbagai lagi yang direka oleh penciptanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam bidang2 tertentu.

Makanya, kalau kita punya masalah kita juga harus punya sistem untuk selesaikannya bukan? Mari kita lihat contoh yang mudah dengan mengambil satu masalah klise anak muda zaman sekarang ini.

Masalah 1 - Masalah Belajar

Akibat dan Kesan Primer: Gagal dalam exam!
Punca:
1. Tidak faham dalam kelas (tidur, bersembang saat kuliah)
2. Tidak fokus (kerja part time mungkin, MLM dan sbgnya..)
3. Guru tidak suka
4. Tidak minat subjek
5. Tidak mampu beli bahan pembelajaran

Punca2 di atas hanya saya sebut dari apa yang terlintas dengan sepintas. Dari sedikit penyelidikan yang kita buat, kita mungkin dapat simpulkan bahawa masalah ini mempunyai punca-punca berkemungkinan yang datang dari sub-sistem.. Yakni sistem yang wujud dalam sistem pembelajaran kita.. Mari kita cuba korek, apa mungkin sistem2nya.

Punca 1 dan 4 mungkin dari masalah yang berkait dengan kemahuan. > SISTEM HOBI
Punca 2 mungkin datang dari masalah pengurusan masa > SISTEM MASA
Punca 3 datang dari hubungan kita > SISTEM SILATURRAHIM (Abaikan nama, isinya ambil)
Punca 5 dari masalah kewangan > SISTEM KEWANGAN

Apa yang dapat kita faham setakat ini? Saya mau berhenti di sini.. Saya mahu saudara saudari berfikir apa kaitannya, hubungan, saling bergantungan antara satu sama lain antara 4 sistem ini dengan Sistem Pembelajaran Kita yang punya masalah..

'To be continued..'

Sumber foto: www.tcw.utwente.nl

No comments:

Post a Comment