Wednesday, December 24, 2008

Nikmat dan Kesyukuran

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada, sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

Lirik lagu Antara 2 Cinta.. Karya Ustaz Pahrol Md Juoi, antara penulis lirik, buku agama dan motivasi terkenal tanah air. Lagu asal nyanyian The Zikr ini dinyanyikan semula oleh Saujana dalam album Kembara Cinta.. Saat rakaman dulu, aku faham akan maksud lirik ini, tapi waktu itu aku masih muda mentah, pemikiran juga terlalu cetek, maka perbandingan lirik2 'power' tersebut dengan hidup sendiri tidaklah begitu 'mengena'.

Alhamdulillah, syukur aku padaNya.. ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENGAMPUN, MAHA PEMBERI REZEKI DAN NIKMAT.. Kerana walau sebegitu banyak dosaku padanya, walau sebegitu leka aku akan ibadahku, walau kadang2 aku lupa padaNya, Allah masih mengurniakan nikmat padaku.. Aku rasa tahun ini, hampir saban hari aku sujud syukur pada Allah, atas kurniaan nikmat kesihatan, ilmu, makanan, ketenangan dan wang yang aku sendiri belum dapat benar2 meneliti kedahsyatan rezeki yang dikurniakan Allah ini..

Sujud Syukur bererti sujud kerana mengucapkan Syukur pada Allah serta berterima kasih kepadaNya kerana diberikan kemenangan, kejayaan dan menerima sesuatu perkara yang mengembirakan seperti selamat dari bencana dan mara bahaya, maka ekoran itu patutlah bagi Muslim itu sujud sekali sahaja sebagai menadakan kesyukurannya itu kepada Allah Taala.*

Hadis berkaitan sujud syukur yang bermaksud: Dari Abu Bakar r.a bahawa “Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.”
(Riwayat Ahmad )**

Aku tidak punya harta, tiada wang yang banyak, rumah tiada (sekadar menumpang rumah ibu dan menyewa bujang di S.A.) belum punya kenderaan sendiri (motor yang aku pakai sekarang pun motor adik) apalagi kereta mewah.. Aku juga belum punya isteri (nikmat ni..) dan anak2 (tengok anak buah pun dah 'happy', dapat dukung anak sendiri... Wowww!!) Aku pasti dan harus pupuk dalam minda.. bahawa berkeluarga itu 'best'! Sukar untuk membayangkan idea mereka yang merasakan keluarga itu bebanan.. Itu tangungjawab dan nikmat.. Itulah yang pasti.. Pada yang bekeluarga, cuba renung saat kita belum bernikah, kita beria2, dan tersangat gembira.. Kegembiraan itu nikmat. Kenapa kala ketika sudah lama bersama, kita rasa itu bebanan, ujian, apatah lagi yang menganggap anak, suami, atau isteri itu bala.. Keluarga adalah nikmat Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita...

“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan. Di dalamnya ada malaikat yang kasar lagi bengis yang tidak mengingkari terhadap apa yang diperintahkan kepadanya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. (QS.At-Tahrim:6)

Mungkin benar.. Aku juga belum berkeluarga, jadi belum tahu pahit manisnya.. Namun itulah hakikatya..

Tahniah aku ucapkan pada teman2 kuliah yang tamat belajar.. Tahniah juga pada semua teman sekelas yang berjaya pass CERT IBM DB2 tempoh hari.. Tahniah pada teman2 yang dah dapat kerja.. Jangan lupa open table time dapat 1st gaji nanti.. Nikmat semua tu...

* http://ms.wikipedia.org/wiki/Sujud#Sujud_Syukur
** http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=557

7 comments:

  1. jgn lupa saudara, memiliki teman yg akrab dan karib, seperti kamu, kita, dia dan mereka, juga nikmat tu..

    ReplyDelete
  2. betul kata2 anta. Kadang2 kita lupa nikmat yg kita sedia ada. Kalau kita berdoa tp x kesampaian,kita sedeh.. kita lupa bhw NIKMAT Allah itu sgt luas.. Dia mengetahui apa yg lebih dari kita ketahui..

    Teringat akan cerita si penjual tempe.Yg berhasrat menjual tempenye di pasar ttp tempenye belum menjadi.Bbrp kali dia mengagkat tgn berdoa kpd Allah supaya jualannya berubah menjadi tempe.Tapi sia2... Tiba2 dtg seorg wanita bertanyakan ttg tempe yg belum menjadi kerana hendak menghantar tempe tersebut kpd anaknya yg duduk jauh di luar negara.Habis semua tempe yg belum menjadi dibeli oleh wanita itu..

    SubhanaAllah..rupa2nya ada hikmah disebalik doa yg tidak dimakbulkan itu..

    ReplyDelete
  3. jgn lupa penderitaan itu juga satu nikmat.. ia sbg tanda tuhan masih menyayangi dgn memberi peringatan kpd kte..

    ReplyDelete
  4. tp saudara telah berjaya membawakan lagu tersebut dengan penuh penghayatan.. ianya menjadikan lagu tersebut antara lagu saujana yg plg saya minati sehingga ke hari ini..
    tahniah! =)

    ReplyDelete
  5. nikmat itu = 'x terkata' kira dalam ilmu hisab mcm infiniti la.. x ternilai..

    ReplyDelete
  6. Tadi bersembang dengan sahabat yang sering ku 'curhat'. kemudian, terkait pulak dengan "nikmat dan kesyukuran" dlm blog ni...kita sering merasa susah, banyak ujian, tak cukup(ini pun fitrah), tapi sebenarnya masih ramai lagi di luar sana yang susah.kita masih boleh duduk depan laptop sedangkan orang lain kena cari duit(macam pelajar u yang buat part time) kesian kan..tapi sesungguhnya.. LA YUKAKALLIFULLAHUNAFSAN ILLA WUS A'HA...ya Allah jadikanlah kami hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang KAU kurniakan selama ini..

    ReplyDelete