Wednesday, June 23, 2010

Nur Adam

Sekali-sekala melayan siri ulangan Nur Kasih ada juga istimewanya. Cerita ini cukup indah, terutama dari sudut garapan fotografinya.. Ada juga beberapa episod yang saya ter’miss’ dapat saya tonton kembali. Pada saya, drama ini merupakan satu momentum untuk industri drama dan filem mewujudkan lagi lebih banyak kisah tentang isu keluarga dengan lebih serius. Saya cukup yakin bahawa tunjang utama cerita ini ialah Nur Amina itu sendiri..

Nur Kasih
Nur seorang yang sangat hebat.. baik, cantik, sabar, terlalu sabar, dan hidupnya penuh dengan kesabaran saat mula berumahtangga.. Sangat ganjil andai ada insan yang benar-benar wujud sepertinya. Sanggup menunggu suami bertahun lamanya, sesudah itu berkorban dalam banyak perkara. Sudi pula dimadukan, tidak pernah melenting dengan adik sendiri yang memang ‘nakal’. Tidak pula tergoda dengan abang ipar yang cukup alim dan punya perasaan terhadap dirinya. Apalagi Nur tidak pernah curang saat kuliah di universii. Hebat.. Sangat Hebat! Ramai lelaki pasti idamkan isteri seperti Nur.


Adamaya
Selain itu kisah Adamaya juga cukup menarik perhatian saya, isteri dan keluarga. Adik saya sendiri sanggup berulangkali merakam aksi anak buah meniru gaya Amani. Drama ini juga cukup hebat.. Heronya adalah kuasa drama ini. Adam juga baik seakan malaikat. Kalau ada pun satu kelemahan beliau dalam drama ini ialah.. 'Scene 'Olok-olok' ketika tidak memaafkan Maya di akhir episod.. Yang lain cukup ‘perfect’. Sabar, bapa penyayang, romantic, kacak dan pelbagai lagi sifat baik. Semua wanita pasti idamkan lelaki seperti Adam.

Nur Adam?
Sebuah filem yang menggabungkan watak Nur dan Adam (Adamaya). Pasti hebat tanpa sebarang konflik. Kisah rumahtangga yang penuh kasih sayang..

No comments:

Post a Comment