Tuesday, June 29, 2010

Tilik Nasib

Kebelakangan ini banyak perkara amat sukar dijangka. Letaklah beribu analisis sekalipun, atas kajian dan analisis dari fakta-fakta terdahulu, keputusan akhir tetap lari dari jangkaan.

Kalau dalam Piala Dunia 2010 yang masih belum selesai ini, kita dapati banyak jangkaan yang meleset. Pasukan hebat seperti Itali, Perancis dan Argentina semuanya tersungkur awal. Saya bukanlah penilik nasib namun saya tetap menaruh harapan agar Argentina menang. Barisan pemain skuad amerika selatan ini tampak lebih lengkap dari semua sudut dan corak permainan mereka yang 'counter attacking' sentiasa sukses.

Saya mewakili jutaan rakyat malaysia yang kecewa apabila lesen judi diberikan oleh kerajaan untuk Piala Dunia kali ini. Biarlah Allah menentukan hukuman buat mereka yang memberi, menerima dan terlibat sama. Namun saya sendiri musykil dengan kelulusan dari pihak kerajaan terhadap buku-buku 'ala tilik nasib' yang kononnya berdasarkan kajian terhadap tarikh lahir kita. Contoh buku, program dan seminar tertentu telah banyak dilancarkan dan ianya mendapat sambutan menggalakkan temasuk dari golongan muslim.

Kalaulah kajian itu terdapat dalam AlQuran dan Hadis Sahih barangkali ramai ulamak tidak pertikaikannya. Namun ianya terlalu berdasarkan kajian barat. Cuba bayangkan kalau dari pengiraan (yang dicadangkan dari buku-buku seperti ini) mengeluarkan suatu keputusan seperti, ANDA BUKAN SEORANG PENIAGA, ANDA TIDAK ROMANTIK dan sebagainya. Pasti ia bakal memberi kesan negatif kepada pembaca tersebut. Kebanyakan buku-buku ini terjual laris di pasaran!

Jujurnya saya gemar meneka sesuatu tentang seseorang dan sesuatu perkara. Namun tidaklah ia sebagai satu keputusan akhir. Lebih kepada berjenaka sesama teman dan kadangkala ianya sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam kehidupan.

"Aku rasa orang macam ni tak boleh pakai"

"Mungkin dia ni nak tipu ko aja kot"

Sekurang-kurangnya apabila 'TERKENA', kita dah bersedia. Saya tertarik dengan satu tulisan teman berbangsa cina saya.. Earpin dalam bukunya "Confession of Web Developer".

"I was never approached by a street fortune teller because I don't look like their customer. Perhaps, I looked like those who is going to throw them a question of why not they spend more time predicting their own future (to be more specific, Toto's winning numbers). "

Non muslim pun sudah berfikir begini :)

Foto: antihipokrit.blogspot.com

No comments:

Post a Comment